wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - TING 4 &5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud peribahasa bagai kaca terhempas ke batu

a)

gembira

b)

sangat sedih

c)

keciwa

d)

sakit hati

2.

Apakah maksud peribahasa bagai menatang minyak yang penuh

a)

menjaga dengan penuh kasih sayang

b)

menjaga dengan memberi kemewahan

c)

menjaga dengan sepenuh perhatian

d)

menjaga dengan ikhlas

3.

Apakah maksud peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

a)

sama-sama ambil berat

b)

sama-sama pikul bersama-sama

c)

sama-sama beri perhatian

d)

sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan

4.

Apakah maksud peribahasa ingat sebelum

kena, jimat sebelum habis

a)

beringat selalu

b)

berjimat cermat sementara ada wang

c)

jimat masa dan tenaga

d)

beringat sebelum ditimpa musibah

5.

Apakah maksud peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

a)

hidup miskin

b)

miskin papa kedana

c)

hidup miskin dan melarat

d)

hidup melarat

6.

Apakah maksud peribahasa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

a)

berterima kasih atas bantuan orang

b)

berterima kasih selalu

c)

ucapkan terima kasih

d)

menghargai bantuan orang

7.

Apakah maksud peribahasa kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

a)

mulut yang celupar

b)

maruah diri tercemar

c)

mulut manis

d)

kerana salah cakap, imej diri tercemar

8.

Apakah maksud peribahasa kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

a)

nampak kebaikan orang lain

b)

kesalahan orang lain yang kecil nampak, kesalahan sendiri yang ketara tak nampak

c)

nampak kesalahan orang lain sahaja

d)

menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri

9.

Apakah maksud peribahasa menangguk di air keruh

a)

mengambil peluang terhadap orang lain

b)

mengambil peluang atau kesempatan sewaktu orang lain menghadapi masalah

c)

mengambil peluang untuk bergembira dengan orang lain

d)

mengambil peluang yang ada bagi masalah yang kita hadapi

10.

Apakah maksud peribahasa pisang tidak akan berbuah dua kali

a)

tidak mahu keciwa lagi

b)

tidak mahu bersalah lagi

c)

tidak mahu terpedaya dan percaya kata-kata manis orang lain.

d)

tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama

11.

Apakah maksud peribahasa seperti cacing menjadi naga

a)

tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa

b)

tidak ambil peduli

c)

tidak ada daya upaya untuk membantu orang lain

d)

tidak makan cacing dan naga

12.

Apakah maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul

a)

hanya membuat kerja apabila dipaksa atau disuruh

b)

hanya berhenti apabila perlu

c)

hanya ambil kesempatan ketika masa yang sesuai

d)

hanya membantu apabila mendatangkan keuntungan

13.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

14.

Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

a)

Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya

b)

Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu

c)

Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya

d)

Mengikut adat di tempat orang dengan baik

15.

Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.

a)

Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak

b)

Tiada beban batu digalas

c)

Bapa borek anak rintik

d)

Bagai inai dengan kuku

16.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

17.
"hati-hati apabila berkawan dengan Murad.dia tu ........ Aku pernah melihat dia bersama-sama dengan mat rempit malam miunggu yang lalu."kata mak limah .
a)
laksana garam dengan asam 
b)
laksana pohon kayu tidak berbuah 
c)
laksana bunga dedap,merah warnanya berbau tidak
d)
ibarat ayam tiada kais tiada makan
18.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
19.

Rumusan mempunyai ... perenggan.

a)

4

b)

3

c)

2

d)

1

20.

Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan kelebihannya kepada para pelajar.


Berdasarkan tajuk di atas, apakah KATA KUNCI PERTAMA rumusan?

a)

kelebihannya kepada para pelajar

b)

sebab-sebab guru harus dihormati

21.

Saya membaca buku di perpustakaan sekolah.


Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

a)

Membaca buku di perpustakaan sekolah saya.

b)

Buku dibaca oleh saya di perpustakaan sekolah.

c)

Buku saya baca di perpustakaan sekolah.

22.

Beliau telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah itu.


Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

a)

Majlis Anugerah Cemerlang telah beliau rasmikan di sekolah itu.

b)

Majlis Anugerah Cemerlang telah dirasmikan oleh beliau di sekolah itu.

23.

Kakak saya guru di sekolah itu.


Apakah pola ayat di atas?

a)

Frasa Nama + Frasa Kerja

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

24.

Gadis berkaca mata itu tinggi lampai.


Apakah pola ayat di atas?

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

25.

Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.


Jenis ayat perintah di atas ialah...

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

26.

Jangan gunakan makmal tanpa kebenaran guru kerana terdapat kawasan-kawasan yang berisiko menyebabkan kemalangan.


Jenis ayat perintah di atas ialah...

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat larangan

c)

Ayat silaan

d)

Ayat permintaan

27.

Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris.


Kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

(a)  

28.

Wakil rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

(a)  

29.

Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

(a)  

30.

Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan

(a)  

31.

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri.

(a)  

32.

Nyatakan Prosa Tradisional yang pernah anda pelajari di Tingkatan 4?

a)

Kepimpinan Melalui Teladan

b)

Burung Terbang Dipipiskan Lada

c)

Kaduk, Ayam dan Raja

d)

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

33.

Apakah tema sajak sejadah rindu?

a)

Keinsafan dan penyesalan kerana melakukan dosa

b)

Penyesalan yang sudah terlambat

c)

Cara-cara untuk bertaubat

d)

Sejadah yang sudah lama tidak digunakan

34.

Yang manakah BUKAN persoalan dalam Sejadah Rindu ?

a)

Penyajak mengharapkan pengampunan daripada Allah.

b)

Penyayak menyesal dengan perbuatan dosanya yang lalu

c)

Penyajak ikhlas dalam pengakuannya

d)

Penyajak tidak sedari dengan perbuatannya yang lepas

35.

Apakah kesan jika seseorang itu terus menerus melakukan dosa ?

a)

Hidupnya sentiasa tenang

b)

Jauh daripada rahmat Tuhan

c)

Semua yang diingini akan tercapai

d)

Disayangi oleh semua masyarakat

36.

Sebelum saat aku dinisankan.


Perkataan dinisankan bermaksud

(a)  

37.

Hafizan ........................ anaknya bernama liyana yang merupakan anak bongsunya

a)

sayangkan

b)

sayang akan

38.

Adik dibenarkan bermain.....................menghabiskan kerja sekolah terlebih dahulu

a)

bila

b)

apabila

39.

Masalah buli ......................... pelajar semakin serius sehingga menyebabkan kematian

a)

dalam kalangan

b)

di kalangan

40.

....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.

a)

Penghuni

b)

Petani

c)

Penduduk

d)

Peneroka