WorksheetsKELAS PINTAS 3 OGOS 2021 (5 RAZI)
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
Berikut adalah tujuan sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.
A Penawaran barang dan perkhidmatan
B Mewujudkan peluang pekerjaan
C Menambahkan pendapatan negara
D Membantu masyrakat setempat
Apakah bentuk milikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
tidak dikenakan beban cukai
pentadbiran secara demokrasi
bantu keperluan anggota-anggotanya
liabiliti terhad
A Syarikat sendirian berhad
B Syarikat Awam Berhad
C Perkongsian
D Koperasi
Antara berikut, pilih kelebihan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara usaha sama.
I Dapat berkongsi kepakaran dan modal
II Semua aset akan diserapkan dalam perniagaan baru
III Risiko perniagan dapat dikongsi bersama
IV Dapat meningkatkan pengeluaran
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Rajah berikut mewakili sektor perniagaan.
Apakah X?
I Kejuruteraan
II Perkilangan
III Perlombongan
IV Perikanan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
Gambar berikut berkaitan dengan skala suatu perniagaan.
Pilih pasangan yang betul.
Skala : Zon
Saiz : Besar
Skala : Tempatan
Saiz : Kecil
Skala : Negeri
Saiz : Sederhana
Skala : Global
Saiz : Besar
Pasangan manakah yang benar mengenai perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam sektor perkhidmatan?
Jumlah jualan tahunan : RM300,000 hingga kurang daripada 3 juta
Bilangan pekerja tetap : 5 hingga kurang daripada 30
Jumlah jualan tahunan : RM20 juta ke atas
Bilangan pekerja tetap : 75 orang ke atas
Jumlah jualan tahunan : RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta
Bilangan pekerja tetap : Antara 30 hingga 75 orang
Jumlah jualan tahunan : RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta
Bilangan pekerja tetap : Antara 75 hingga 200 orang
Antara berikut, yang manakah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu perniagaan?
I Tingkat pertumbuhan ekonomi negara
II Membantu mengurus sesebuah perniagaan yang bermasalah
III Memantau dan kawal guna tenaga penuh
IV Mengawal inflasi dan deflasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Faktor luaran yang mempengaruhi trend perniagaan
Gaya pengurusan
Politik dan perundangan
Kewangan
Pengeluaran
Yang manakah merupakan isu yan perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
A Negara
B Serantau
C dua hala
D tempatan
Pernyataan berikut berkaitan dengan strategi pemasaran
“ Menyampaikan maklumat produk melalui pasukan jurujual kepada pengguna tentang ciri-ciri produk yang berkualiti supaya pengguna tertarik untuk membeli”
Pernyataan tersebut berkaitan dengan
A Promosi dan harga
B Promosi dan produk
C Pengedaran dan produk
D Pengedaran dan promosi
Apakah maksud visi?
A Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi
B Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi
C Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi
D Visi menyatakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus
Pernyataan objektif
“ Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 2 tahun.”
Nyatakan konsep SMART yang ada dalam pernyataan objektif.
A Boleh diukur dan spesifik
B Munasabah dan jangka masa
C Boleh diukur dan jangka masa
D Munasabah dan boleh diukur
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?
A Berlaku kerugian
B Sumber tidak diagih dengan betul
C Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai
D Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
Mengapakah Syarikat Ummah Berhad perlu mempunyai daya saing yang tinggi dalam memasarkan produk makanan halal di Malaysia?
A Dapat kekal dalam pasaran makanan halal
B Mengekalkan pelanggan makanan halal
C Terus menikmati keuntungan dalam industri makanan halal
D Perniagaan kekal mendapat pulangan modal sahaja
Mengapakah peningkatan jumlah pelaburan menyebabkan objektif organisasi perniagaan perlu diubah?
A Sasaran pengeluaran perlu ditingkatkan supaya tidak berlaku pembaziran sumber
B Perlu memberi kadar dividen yang tinggi kepada pemegang saham
C Gaji pekerja perlu ditingkatkan untuk memberi motivasi
D Berlaku peningkatan permintaan produk
Apakah maksud struktur organisasi ?
A Struktur jawatan pihak atasan
B Struktur pengagihan tugasan pekerja
C Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi
D Susun atur dan interaksi yang wujud antara setiap bahagian fungsian
Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan peranan bahagian fungsian pengeluaran?
I Membuat pesanan pembelian
II Mencari pembekal yang sesuai
III Memenuhi keperluan dan kehendak
IV Menghasilkan barang dan perkhidmatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan penggunaan teknologi maklumat.
Sesebuah syarikat dapat mengembangkan pasarannya ke pasaran antarabangsa dengan adanya teknologi maklumat
Bagaimanakah teknologi maklumat dapat membantu sesebuah perniagaan?
A Mempercepatkan proses pengeluaran barang
B Mengedarkan risalah secara besar-besaran
C Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul
D Mempromosikan melalui laman web untuk memperkenalkan barang
Bagaimanakah interaksi dengan pihak bank membantu perniagaan mengatasi masalah operasi pengeluaran?
A Mengatasi masalah kekurangan modal kerja
B Memudahkan urusan pembayaran perniagaan
C Memudahkan perniagaan membayar bil dan gaji pekerja
D Memudahkan perniagaan menyimpan wang dengan selamat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan perniagaan kecil berbanding dengan perniagaan besar?
A Terdapat staf yang ramai bekerja dalam organisasi
B Terdapat banyak bahagian fungsian dalam organisasi
C Proses komunikasi yang mengambil masa yang lama
D Pengurus mudah menjalankan tugas memantau aktiviti staf
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia?
I Pemantapan budaya strategik
II Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
III Latihan peningkatan kemahiran
IV Menjaga sumber kewangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Manakah ciri sumber fizikal yang melancarkan operasi sesebuah perniagaan?
I Bangunan yang besar dan strategik
II Mesin yang diselenggara secara berkala
III Bahan mentah yang dibeli dengan kos yang tinggi
IV Bangunan yang selamat dan lengkap dengan kemudahan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Apakah tujuan mengurus harta intelek?
A Dapat menjimatkan kos penyelenggaraan harta intelek
B Mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak dan peniruan
C Dapat mencapai keuntungan dalam jangka masa pendek
D Dapat memudahkan sumber fizikal dan sumber teknologi
Apakah tindakan PERODUA yang sewajarnya untuk mengelakkan reka bentuk kereta ditiru oleh pesaing?
A Memiliki lesen perisian
B Memiliki kemahiran dan pengalaman
C Memiliki hak cipta terpelihara
D Memiliki paten
Maklumat berikut berkaitan dengan rancangan Encik Hafiz.
Encik hafiz ingin menubuhkan sebuah syarikat pengeluaran kasut.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Hafiz?
A Simpanan sendiri
B Sahabat handai
C Ar-Rahnu
D Pinjaman bank
Rajah berikut menunjukkan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan.
Apakah prosedur yang sesuai bagi P?
A Membayar yuran yang sewajarnya
B Menyediakan asset tetap sebagai cagaran
C Berunding dengan pakar runding bagi mendapatkan khidmat nasihat
D menyemak jenis keperluan perniagaan yang diperlukan oleh usahawan
Apakah maksud penyata kewangan?
A Satu bentuk laporan yang menunjukkan harta dan hutang perniagaan.
B Penyata yang menunjukkan strategi dan ekuiti pemilik perniagaan.
C Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu..
D Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu
Mengapakah Encik Zulkifli , pemilik perniagaan tersebut tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama?
A Menggunakan nama sendiri untuk perniagaan
B Modal tidak mencukupi untuk memulakan perniagaan
C belum melengkapkan Borang PNA 42
D belum melengkapkan Borang D
Antara yang berikut,yang manakah merupakan pihak berkepentingan yang memerlukan penyata kewangan perniagaan?
I Pekerja
II Pemegang saham
III Pemiutang
IV Penghutang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Dokumen tersebut dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa yang menyenaraikan semua urus niaga yang dibuat melalui bank.
A Cek
B Bil tunai
C Penyata bank
D Slip daftar tunai
