Worksheetspjk tingkatan 1 unit 3: Bola sepak
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ semasa sepak mula hendak dilakukan.
11 orang pemain
13 orang pemain
15 orang pemain
10 orang pemain
Hantaran leret biasanya digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak yang ___________.
tidak terjangkau
dekat
luar garisan gol
jauh
Pemain bola sepak berada dalam kedudukan ofsaid jika________ .
bola melintasi garisan gol
bola disentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan
posisi pemain lebih hampir kepada garisan gol pihak lawan daripada bola dan pmain kedua terakhir pihak lawan
pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri
Kad kuning akan diberikan jika melakukan kesalahan berikut kecuali
melakukan tindakan berbahaya seperti hadangan keras
memegang atau menyentuh bola dengan sengaja ketika permainan sedang berlangsung
penjaga gol menangkap bola menggunakan tangan melalui hantaran tanduk pasukan sendiri
membuka jersi selepas menjaringkan gol
Nyatakan 3 jenis takel dalam permainan bola sepak.
Takel hadapan
Takel belakang
Takel secara menggelungsur
takel sisi
Dalam permainan bola sepak, menjaring menggunakan kepala memerlukan kemahiran ________.
menanduk
menahan
menendang
menggelecek
Berikut merupakan tujuan kemahiran menghantar bola secara lambung kecuali
untuk menjaringkan gol dari jarak jauh
untuk menghantar bola kepada rakan yang dihalang oleh pemain lawan
untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak yang jauh
untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak yang dekat
Apakah bahagian anggota badan yang tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol?
Siapakah pemain yang dibenarkan menggunakan tangan dalam kawasan gol semasa permainan berlangsung?
Penyerang
Pemain pertahanan
Penjaga gol
Pemain tengah
Siapakah lagenda bola sepak terkenal Malaysia?
Kad merah akan diberikan jika pemain
Penjaga gol memegang bola
Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahan yang dilakukan dengan sengaja.
Mendapat kad kuning kali ke dua.
Tendangan dimulakan di pusat padang.
Pilih kasut yang sesuai digunakan dalam sukan bola sepak
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Berikan 2 contoh peralatan atau perhiasan yang tidak dibenarkan.
Cincin
Shin pad
Pengikat getah ambut
Jam tangan
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil. (Pilih 3)
Bertindak sebagai pengawal jurulatih dan pemain simpanan
Menguatkuasakan undang-undang perlawanan.
Mengawal permainan dengan bantuan penolong pengadil.
Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
Nyatakan 2 situasi bola dikira keluar dari padang permainan.
Apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru dan berada di dalam kawasan permainan.
Diberhentikan oleh pengadil
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi atau garisan gol sama ada di tanah atau di udara.
Apabila ia melantun samada daripada pengadil atau penolong pengadil yang berada dalam kawasan permainan.
Nyatakan 2 situasi bola dikira dalam permainan
Diberhentikan oleh pengadil
Apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru dan berada di dalam kawasan permainan.
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi atau garisan gol sama ada di tanah atau di udara.
Apabila ia melantun samada daripada pengadil atau penolong pengadil yang berada dalam kawasan permainan.
Bagaimanakah jaringan gol dikira?
Apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah palang gol dengan syarat tiada perlanggaran undang-undang dilakukan oleh pasukan yang menjaringkan gol tersebut.
Apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru dan berada di dalam kawasan permainan.
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi atau garisan gol sama ada di tanah atau di udara.
Apabila ia melantun samada daripada pengadil atau penolong pengadil yang berada dalam kawasan permainan.
Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari? (Pilih 3)
Sepakan gol
Lontaran ke dalam
Sepakan penjuru
Pemain berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang _________ dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat.
1 meter
2 meter
0.5 meter
3 kaki
Pilih sarung tangan yang sesuai untuk penjaga gol.
A
B
C
D
