Font size
WorksheetsKuiz Bab 1 Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Definisi reka bentuk?
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
Pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematikbagi menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai sumber,alat,teknik & sistem.
Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Maksud teknologi ialah pengaplikasian ilmu...................... dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
Sains dan Bahasa Melayu
Sains dan Sejarah
Sains dan Geografi
Sains dan Matematik
Bidang dalam reka bentuk dan teknologi terdiri daripada 2 iaitu...
asli
konkrit
sampingan
abstrak
Berikut adalah bidang reka bentuk konkrit KECUALI
Mesin
Pengangkutan
Sulaman
Seramik
Berikut adalah elemen reka bentuk KECUALI
Garisan
Ruang
Warna
Keseimbangan
Pilih prinsip reka bentuk yang betul.
Keringkasan
Tekstur
Pengulangan
Kepelbagaian
Saiz
Rajah menunjukkan produk yang menggambarkan prinsip reka bentuk. Apakah prinsip reka bentuk yang betul merujuk kepada rajah di atas?
Keseimbangan
Kontras
Kepelbagaian
Harmoni
Terdapat dua jenis keseimbangan.
Konkrit
Simetri
Abstrak
Asimetri
Mewakili ketegangan antara dua titik seperti garisan lurus pada tali gitar. Apakah elemen reka bentuk yang sesuai pada gambar gitar di tunjukkan.
Garisan
Warna
Bentuk
Ruang
Gambar rajah menunjukkan warna yang merupakan salah satu elemen reka bentuk? Apakah kategori warna bagi merah, kuning dan biru?
Warna primer
Warna sekunder
Warna tertier
Antara berikut yang manakah terdiri daripada warna sekunder?
Jingga
Biru
Ungu
Hijau
Merah
Gambar rajah merupakan salah satu elemen dalam reka bentuk iaitu rupa. Apakah kategori rupa yang terdapat pada gambar tersebut?
Rupa Organik
Rupa Geometri
Antara contoh rupa organik ialah ...
Berikut adalah kriteria reka bentuk yang baik KECUALI
Kreativiti
Cantik
Keaslian reka bentuk
Murah
Ergonomik
Dalam pembuatan produk, ciri __________ haruslah dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.
inovasi
kreativiti
kualiti
ergonomik
Etika dalam reka bentuk adalah
Bermanfaat
Harmoni
Amanah
Selamat digunakan
Keaslian
Paten, cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk perindustrian ialah __________ yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia.
harta persendirian
harta pusaka
harta intelek
harta ciptaan
Di bawah adalah kepentingan reka bentuk KECUALI
Menyediakan peluang pekerjaan
Menyumbang peningkatan teknologi
Mengaut keuntungan berlipat kali ganda
Meningkatkan taraf hidup
Rajah di atas merujuk kepada teknik pembinaan objek .......
pembenaman
pembuangan
penyatuan
peleraian
Berikut merupakan teknik...
Pembenaman
Pembuangan
Penyatuan
Peleraian
Peranan reka bentuk terdiri tiga kelompok sasaran,iaitu ?
Individu
Masyarakat
Pesaing
Negara
Antara berikut, yang manakah peranan reka bentuk kepada individu?
melindungi dan memelihara etika sosial
melahirkan nilai-nilai estetika
memberikan kebebasan memilih kepada pengguna mengikut kemampuan
mengeluarkan produk berjenama negara
Apakah yang dimaksudkan dengan invensi ?
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.
Berikut adalah aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk KECUALI ...
Rajah menunjukkan sebuah pencetak 3D. Produk di atas dikategorikan dalam bidang .........
pendidikan
teknologi maklumat
pembuatan
pertahanan
