wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7 : Merancang Pengendalian Perniagaan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menentukan hala tuju dan strategi perniagaan

b)

Satu dokumen menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan

c)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membangunkan perniagaan

d)

Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan di pasaran

2.

Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

Memastikan perniagaan boleh terus beroperasi di pasaran

b)

Meningkatkan daya saing perniagaan dalam pasaran

c)

Membantu organisasi membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan pada masa depan

d)

Menjangka risiko yang akan dihadapi dalam pasaran

3.

Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?

a)

Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang

b)

Menilai operasi perniagaan yang telah dijalankan

c)

Meyakinkan agensi kerajaan untuk memberikan tender kepada usahawan

d)

Menangani risiko yang pernah dialami serta menjangka risiko yang akan berlaku

4.

Elemen manakah yang merupakan format rancangan perniagaan?

a)

Kedudukan tapak projek

b)

Latar belakang tapak projek

c)

Keluasan tapak projek

d)

Pemaju tapak projek

5.

Pernyataan manakah yang benar tentang ringkasan eksekutif?

a)

Memberikan satu gambaran umum yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin dimulakan

b)

Menerangkan latar belakang industri yang akan diceburi oleh perniagaan

c)

Menunjukkan dapatan yang diperoleh daripada hasil kajian yang telah dijalankan terhadap perniagaan

d)

Menimbulkan minat pengguna rancangan perniagaan untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan

6.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegunaan tujuan rancangan perniagaan yang disediakan oleh seorang usahawan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Merancang pelaksanaan sesuatu perniagaan

b)

Menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan

c)

Meyakinkan pembekal untuk memberikan kredit kepada perniagaan

d)

Memohon pembiayaan kewangan daripada pihak bank

7.

Maklumat manakah yang perlu dimuatkan dalam latar belakang perniagaan?

a)

Modal permulaan perniagaan

b)

Nama bank peminjam

c)

Nama ahli keluarga

d)

Alamat media sosial

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu elemen dalam rancangan perniagaan?


-> Kursus yang pernah dihadiri

-> Kemahiran

-> Status perkahwinan

-> Tarikh lahir


Apakah elemen tersebut?

a)

Latar belakang pemilik tunggal

b)

Lakar belakang ahli kongsi

c)

Latar belakang pemegang saham

d)

Latar belakang pengarah perniagaan

9.

Pernyataan manakah yang benar tentang kedudukan tapak projek?

a)

Menerangkan bangunan yang digunakan untuk melaksanakan projek

b)

Menerangkan ketersediaan bahan mentah yang dibekalkan untuk melaksanakan projek

c)

Menerangkan kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk melaksanakan projek

d)

Menerangkan lokasi projek yang hendak dilaksanakan

10.

Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai

I kertas laporan

II Kertas kerja

III Pelan induk perniagaan

IV Pelan bangunan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV