wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 JADUAL BERKALA UNSUR (TING. 4 KSSM)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Menurut nombor proton

b)

Menurut nombor nukleon

c)

Menurut bilangan elektron

d)

Menurut bilangan elektron

2.

Maklumat berikut adalah tentang atom X dan Y.



- Susunan elektron atom Y ialah 2.8.7

- Unsur X terletak di atas unsur Y dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan elektron bagi atom X?

a)

2

b)

2.7

c)

2.8

d)

2.8.7

3.

Atom A terletak di kala 2 dan kumpulan 13.

Apakah susunan elektron bagi atom A?

a)

2.2

b)

2.3

c)

2.8.2

d)

2.8.3

4.

Apabila menuruni Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur...

a)

saiz atom kurang

b)

takat lebur unsur berkurang

c)

ketumpatan unsur bertambah

d)

keterlarutan unsur bertambah

5.

Apakah unsur yang digunakan untuk mengisi mentol?

a)

Neon

b)

Argon

c)

Helium

d)

Hidrogen

6.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan kestabilan gas neon?

a)

Wujud sebagai gas dwiatom

b)

Mempunyai 8 elektron valens

c)

Mempunyai susunan elektron duplet

d)

Boleh terima, derma atau kongsi elektron

7.

X terletak dalam kumpulan yang sama dengan kripton dalam Jadual Berkala.


Antara yang berikut, yang manakah betul tentang X?

a)

Zarah monoatom

b)

Lengai secara kimia

c)

Pepejal pada suhu bilik

d)

Boleh mengkonduksi haba

8.

Maklumat berikut menunjukkan sifat-sifat unsur X.

- Logam yang lembut

- Larut dalam air dan menghasilkan larutan hidroksida X

Antara unsur berikut, yang manakah unsur X?

a)

Zink

b)

Sulfur

c)

Litium

d)

Kuprum

9.

Unsur Y mempunyai nombor proton 11. Sifat kimia unsur Y sama dengan sifat kimia unsur yang mempunyai nombor proton....

a)

1

b)

3

c)

9

d)

10

10.

Maklumat di bawah menunjukkan nombor proton bagi atom unsur X, Y dan Z. 
Unsur X - nombor proton 3
Unsur Y - nombor proton 11
Unsur Z - nombor proton 19
Antara susunan berikut, yang manakah menunjukkan tertib kereaktifan menaik apabila unsur-unsur tersebut bertindak balas dengan gas klorin?

a)

X, Y, Z

b)

Z,Y, X

c)

Y, Z, X

d)

X, Z, Y

11.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bagi logam alkali?

a)

Pepejal kelabu dan berkilat

b)

Tidak boleh mengkonduksikan elektrik

c)

Lebih keras berbanding dengan logam lain

d)

Takat lebur dan takat didih lebih rendah berbanding dengan logam lain

12.

Suatu oksida unsur Z dilarutkan ke dalam air untuk menghasilkan suatu larutan yang tidak berwarna.


Larutan ini menukarkan kertas litmus merah kepada biru.

Apakah unsur Z?

a)

Ferum

b)

Karbon

c)

Sulfur

d)

Litium

13.

Unsur X adalah reaktif dan mudah meruap.

Unsur ini mesti disimpan dalam sebiji botol gelap yang berisi.....

a)

air bromin

b)

minyak parafin

c)

tetraklorometana

d)

larutan kalium manganat (VII)

14.

Antara unsur berikut, yang manakah terletak dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Hidrogen dan oksigen

b)

Helium dan hidrogen

c)

Bromin dan oksigen

d)

Klorin dan bromin

15.

Antara yang berikut, yang manakah benar bagi unsur Kumpulan 17 apabila menuruni kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Saiz atom berkurang

b)

Keamatan warna berkurang

c)

Bilangan elektron valens bertambah

d)

Takat didih dan takat lebur bertambah

16.

Unsur Q terletak dalam kumpulan yang sama dengan oksigen dalam Jadual Berkala Unsur.

[Nombor proton oksigen: 8]


Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Q?

a)

Membentuk ion Q2+

b)

Membentuk oksida bes

c)

Wujud sebagai dwiatom

d)

Mempunyai tujuh elektron valens

17.

Pernyataan yang manakah benar apabila merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan?

a)

Nombor proton bertambah

b)

Keelektronegatifan unsur bertambah

c)

Cas positif pada nukleus berkurang

d)

Jumlah bilangan petala elektron bertambah

18.

Oksida Y adalah pepejal putih yang tidak larut dalam air tetapi boleh bertindak balas dengan asid nitrik dan juga larutan natrium hidroksida.

Unsur Y mungkin....

a)

kalium

b)

karbon

c)

aluminium

d)

magnesium

19.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur peralihan?

a)

Tidak mengalirkan arus elektrik

b)

Mempunyai takat lebur yang rendah

c)

Membentuk ion yang tidak berwarna

d)

Digunakan sebagai mangkin dalam tindak balas

20.

Rajah menunjukkan kedudukan unsur K, Mg dan Cl dalam Jadual Berkala Unsur.

Berdasarkan rajah di atas, yang manakah ialah unsur peralihan?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z