WorksheetsPENGATURCARAAN TAHUN 4 A/B
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan komputer dalam istilah pengaturcaraan?
Alat yang digunakan untuk berkomunikasi
Alat yang membantu pengguna menaip kerja
Peranti yang dapat mengendalikan data input mengikut arahan pengguna
Peranti bagi memudahkan pengguna bermain permainan
Apakah maksud atur cara komputer?
Susun atur komputer di rumah
Urutan arahan berkod dalam perkakasan elektrik
Komputer yang berkualiti
Arahan kepada pengguna komputer
Apakah maksud pengaturcaraan?
Urutan arahan komputer daripada pengguna
Peranti yang memproses data input pengguna
Set arahan yang mengarahkan komputer melalukan sesuatu tindakan
Khas kepada komputer sahaja
Adakah mesin pengisar makanan dan oven merupakan perkakasan yang mempunyai pengaturcaraan komputer?
Ya
Tidak
Adakah kasut dan baju merupakan perkakasan yang menggunakan pengaturcaraan komputer?
Ya
Tidak
Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi pengaturcaraan komputer kepada jam digital diatas?
Pengguna dapat melihat masa
Pengguna dapat mengaktifkan jam pengera
Pengguna dapat menentukan waktu untuk penggera berbunyi
Pengguna dapat meramal cuaca
Pengaturcaraan komputer dalam televisyen dapat membantu pengguna melihat dan memilih siaran yang diminati.
Betul
Salah
Berfungsi untuk menentukan berat, jumlah air, waktu bagi membasuh, mengeringkan dan berhenti setelah selesai. Apakah perkakasan tersebut?
Pembersih vakum robotik
Mesin basuh automatik
Peti sejuk
Berfungsi untuk bergerak mengikut ketetapan dan peta, membersihkan kawasan, mengelak halangan dan berhenti setelah selesai. Apakah perkakasan ini?
Mesin basuh automatik
Kereta
Motorsikal
Pembersih vakum robotik
Pengguna perlu menetapkan suhu, masa yang dikehendaki, tetapan jenis masakan dan berbunyi setelah selesai. Apakah perkakasan ini?
Penyaman udara
Suhu kenderaan
Ketuhar/oven
Mesin basuh automatik
Mengapakah pengaturcaraan komputer penting bagi kehidupan manusia? Pilih 3 jawapan yang tepat.
Memudahkan urusan
Menjimatkan masa dan tenaga
Permintaan yang tinggi oleh pengguna
Mahal dan merugikan
Pengaturcaraan komputer pada perkakasan elektrik diatas dapat membantu pengguna menjimatkan masa ketika memasak.
Betul
Salah
Perkakasan diatas dapat membantu pengguna mengekalkan kualiti makanan dan memanjangkan tempoh makanan daripada rosak dan basi.
Betul
Salah
Alat diatas dapat membantu pengguna melayari internet, berkomunikasi, mengumpul bahan kerja, menyunting video dan mendengar lagu.
Betul
Salah
Pengaturcaraan komputer pada perkakasan elektrik di rumah dapat membantu pengguna untuk menjimatkan masa dan tenaga serta memudahkan kerja harian mereka.
Betul
Salah
Algoritma ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan maslaah atau melaksanakan tugasan. Betul atau Salah?
Betul
Salah
Pseudokod ialah satu set pernyataan dalam bahasa biasa yang menunjukkan langkah demi langkah melaksanakan tugasan. Beul atau Salah?
Betul
Salah
Carta alir ialah langkah-langkah menyelesaikan masalah secara grafik. Betul atau salah?
Betul
Salah
Bagaimanakah simbol pada carta alir dapat berhubung antara satu langkah dengan langkah yang seterusnya?
Menggunakan simbol empat segi
Menggunakan simbol diamond
Menggunakan anak panah
Apakah perkataan yang WAJIB ada jika menulis pseudokod?
MULA dan TAMAT
AWAL dan AKHIR
PERTAMA dan TERAKHIR
SATU dan EMPAT
