wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BIJAK BAHASA P7-1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Puan Melur ____________ makanan kepada tetamu yang berkunjung ke rumahnya.

a)

menghulurkan

b)

meletakkan

c)

menyusunkan

d)

menghidangkan

2.

Encik Murugan sedang ______________rumahnya di pinggir tasik itu.

a)

memperbesar

b)

memperlebar

c)

memperluas

d)

memperkuat

3.

Hakim ______________ penjenayah itu hukuman penjara selama lima tahun.

a)

menjatuhi

b)

menjatuhkan

c)

menggugurkan

d)

memberikan

4.

Kami ________________ tiga buah novel karya Sasterawan Negara itu dari perpustakaan sekolah.

a)

mengambil

b)

memesan

c)

meminjam

d)

memperoleh

5.

Mereka ____________ketibaan tetamu dari luar negara itu dengan penuh hormat.

a)

memandang

b)

menyambut

c)

menunggu

d)

mempelawa

6.

Datuk saya membaca surat khabar sambil ___________ secawan kopi panas.

a)

menghirup

b)

merasai

c)

menelan

d)

menjamah

7.

Zulaikha _____________ makanan yang keras itu terlebih dahulu sebelum menelannya.

a)

mengisar

b)

memotong

c)

mengunyah

d)

menggigit

8.

Adam hanya sempat __________________ tiga buah lagu dalam majlis keramaian itu.

a)

memberikan

b)

mendendangkan

c)

menghadiahkan

d)

membingkiskan

9.

Banyak rakyat asing yang sanggup menyabung nyawa datang ke Malaysia demi mencari sumber pendapatan. Hal ini dikatakan demikian kerana di Malaysia terdapat pelbagai peluang pekerjaan.


Hal ini diibaratkan ________________________________.

a)

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

ada gula, ada semut

10.

Sungguhpun Alif dan Amin adik-beradik, kedua-duanya memiliki sikap dan minat yang berlainan.


Keadaan itu dikatakan sebagai______________________.

a)

air dicecang tak akan putus

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati

d)

cubit paha kanan, paha kiri sakit juga

11.

Ketua kampung kami ______________________ hadir ke majlis jamuan tersebut kerana beliau ada urusan yang lebih penting.

a)

tiada

b)

bukan

c)

tidak

d)

betul

12.

"Segala maklumat yang disampaikan oleh Puan Surina itu __________________benar," kata pegawai polis itu.

a)

ya

b)

ialah

c)

betul

d)

adalah

13.

"________________________Jeffri sahaja yang gemar makan ulam malahan adiknya juga begitu,"kata Mamat.

a)

Tidak

b)

Bukan

c)

Benar

d)

Tiada

14.

Puan Hajah Norlida ____________________ pengetua yang akan ditempatkan di sekolah itu.

a)

ialah

b)

benar

c)

betul

d)

adalah

15.

____________peminat yang berebut-rebut untuk bersalaman dengan pemain nombor satu dunia itu.

a)

Separuh

b)

Sebilangan

c)

Segelintir

d)

Banyak

16.

Setiap pemain diberikan _____________ hektar tanah seorang sebagai ganjaran memenangi kejuaraan itu.

a)

seluas

b)

sebelah

c)

setengah

d)

seluruh

17.

Puan Tumirah telah tinggal di kawasan perumahan itu ___________________ tahun lamanya.

a)

berpuluh-puluh

b)

sekalian

c)

kesepuluh

d)

tiap-tiap

18.

Majlis perasmian Bulan Patriotisme yang berlangsung di sekolah saya pagi tadi meriah________________.

a)

sekali

b)

paling

c)

agak

d)

terlalu

19.

Peribahasa "setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga" mempunyai makna yang sama dengan peribahasa yang berikut, KECUALI......

a)

Belut pulang ke lumpur

b)

Ikan pulang ke lubuk

c)

Sirih pulang ke gagang

d)

Itik pulang petang

20.

Kerajaan telah mendirikan sebuah perhentian bas untuk kemudahan orang ramai. Lima bulan berikutnya, tempat duduk di perhentian bas itu telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Keadaan ini diumpamakan...............

a)

si buta kehilangan tongkat

b)

tikus membaiki labu

c)

mencurah air ke daun keladi

d)

lempar batu sembunyi tangan