wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PANTUN KIASAN

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

berikan maksud rangkap 4 pantun kiasan.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.

a)

mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

b)

berhajatkan sesuatu yang besar

c)

menginginkan kehidupan yang senang

d)

bercita-cita tinggi

2.

nyatakan maksud bagi rangkap 5.

Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung.

a)

Sikap seseorang yang gemar memarahi orang lain.

b)

Sikap seseorang yang suka mengejek orang lain.

c)

Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah ternadap orang lain.

d)

Sikap sambil lewa dalam pekerjaan.

3.

pantun kiasan mempunyai...

a)

17 rangkap

b)

15 rangkap

c)

1 rangkap

d)

21 rangkap

4.

jangan diikut resmi ayam,

bertelur sebiji riuh sekampung.

penyataan di atas adalah..

a)

simpulan bahasa

b)

gurindam

c)

peribahasa

d)

syair

5.

Laksana gadis Menteri Bogor,

Bijak membilang ayam betina;

Nyawa menangis di pintu kubur,

Hendak pulang ke dalam dunia.


rangkap ini membawa maksud..

a)

Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.

b)

Orang yang sudah mati meninggalkan kita

c)

Orang yang lupakan segala pengorbanan yang telah dilakukan

d)

Orang yang memberikan kasih sayang telah pergi buat selamanya.

6.

Tema dalam pantun ini ialah _________________

a)

sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif

b)

sikap sombong dan bongkak yang ada dalam diri seseorang

c)

sifat malas yang tidak boleh diubah

7.

Berikut ialah persoalan yang terdapat dalam pantun ini, kecuali

a)

perantau yang jauh akan pulang juga ke tempat asal

b)

kecantikan tidak kekal lama jika tidak berbudi bahasa

c)

orang kaya boleh mendapat apa sahaja

8.

Pilih satu unsur alam yang terdapat dalam pantun ini

a)
b)
c)
d)
9.

Perlambangan kumbang dalam pantun ini bermaksud

a)

adik

b)

lelaki

c)

anak dara

10.

Sinkope ialah perkataan yang dipendekkan. Contohnya, 'hendak' menjadi 'nak'. Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa sinkope.

a)

Hujan ribut gunung terbakar

b)

nyawa menangis di pintu kubur.

c)

Kilat memancar hujan tak lalu;

d)

Macam melukut di tepi gantang;

11.

Simile ialah satu perkataan yang menunjukkan perbandingan. Perkataan yang menunjukkan simile ialah bak, seperti, laksana, macam dan sebagainya. Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa simile.

a)

Macam melukut di tepi gantang;

b)

Kilat memancar hujan tak lalu;

c)

Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;

d)

Gila apakah ikan di laut.

12.

Hiperbola ialah ungkapan atau ujaran yang berlebih-lebihan. Berdasarkan jawapan di bawah pilih jawapan yang bertepatan dengan gaya bahasa hiperbola.

a)

Kilat memancar hujan tak lalu;

b)

nyawa menangis di pintu kubur.

c)

Macam melukut di tepi gantang

d)

Embun setitik padam apinya.

13.

Pilih nilai yang sesuai berdasarkan rangkap pertama.

a)

Nilat berjimat cermat

b)

Nilai keinsafan

c)

Nilai merendah diri

d)

Nilai berbudi bahasa

14.

Pilih imej alam yang betul bagi tempua.

a)
b)
c)
d)