WorksheetsBiologi Bab 10.3
Total questions: 7
Worksheet time: 4mins
Urutan yang manakah betul untuk pergerakan impuls elektrik di jantung?
Nodus sinoatrium → Nodus atrioventrikel → Berkas His → Gentian Purkinje
Nodus atrioventrikel → Nodus sinoatrium → berkas His → gentian Purkinje
Nodus sinoatrium → Berkas His → Gentian Purkinje → Nodus atrioventrikel
Gentian Purkinje → Berkas His → Nodus atrioventrikel → Nodus sinoatrium
Antara struktur berikut, yang manakah menyebabkan otot kardium mengecut secara spontan untuk
memulakan denyutan jantung?
Gentian Purkinje
Injap bikuspid
Nodus sinoatrium
Nodus atrioventrikel
Antara yang berikut, yang manakah dikenali sebagai perentak?
Septum
Berkas His
Gentian Purkinje
Nodus sinoatrium
Apakah yang menyebabkan bunyi ‘lub-dup’ jantung?
Pembukaan injap di jantung
Penutupan injap di jantung
Pengecutan otot jantung
Pengenduran otot jantung
Rajah di bawah menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses pengepaman jantung. Apakah P ?
Berkas His
Gentian Purkinje
Nodus sinoatrium
Nodus atrioventrikel
Maklumat berikut menerangkan pengecutan otot jantung yang membawa kepada pengepaman
oleh jantung.
S : Impuls tersebar kedua-dua ventrikel dan menolak darah keluar
T: Impuls sampai ke nodus atrioventrikel
U: Nodus sinoatrium menjana impuls
V: Impuls tersebar dengan cepat ke seluruh dinding kedua-dua atrium dan menolak darah ke dalam ventrikel
W: Berkas His dan gentian Purkinje membawa impuls ke apeks jantung
Urutan yang manakah betul tentang pengecutan otot kardiak?
T → S → U → V → W
U → S → T → V → W
U → V → T → W → S
T → U → V → W → S
Seseorang individu menggunakan perentak tiruan apabila nodus sinoatrium gagal berfungsi dengan baik. Individu ini tidak digalakkan melakukan aktiviti cergas. Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan situasi tersebut?
Denyutan jantung diperlahankan oleh perentak tiruan
Denyutan jantung dikawal oleh perentak tiruan
Perentak tiruan menghalang pemindahan impuls elektrik
Perentak tiruan menyebabkan pengenduran atrium dan ventrikel
