WorksheetsFEQAH ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara yang berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan pembubaran perkahwinan?
poligami
talak
fasakh
Nyatakan hukum asal talak.
harus
sunat
wajib
Antara yang berikut, yang manakah membawa maksud talak?
pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab tertentu
pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan
pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami
Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu
talak raj'ie
talak bain
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
talak
khuluk
fasakh
Khuluk ialah pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami. Berikut adalah contoh bayaran ganti rugi kecuali
emas
wang tunai
makanan
Antara berikut yang manakah maksud li'an?
lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab
pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak
Antara berikut yang manakah kesan daripada li'an?
suami boleh rujuk dengan akad nikah yang baru
suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya
suami boleh rujuk sewaktu isteri masih dalam iddah
Apakah iddah bagi perempuan yang kematian suami?
3 kali suci
3 bulan
4 bulan 10 hari
Apakah perkara yang dilarang ketika iddah?
keluar daripada rumah kerana keperluan seperti bekerja
menerima pinangan lelaki lain
berhias diri bagi wanita yang dalam iddah raj'ie
Berikut adalah syarat rujuk, kecuali
bukan dengan kerelaan sendiri
bukan perceraian kerana fasakh atau khuluk
bukan diceraikan dengan talak 3
Apakah hukum nusyuz?
harus
makruh
haram
Siapakah orang yang paling berhak untuk menjaga anak selepas perkahwinan dibubarkan?
ibu
bapa
ibu saudara
Apakah hukum mengambil anak angkat?
harus
makruh
wajib
Pasangan akan didenda jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut saluran yang betul seperti berkahwin di Thailand. Berikut adalah implikasi dari
fasakh yang dituntut oleh isteri ke atas suami kerana tidak memberi nafkah
perkahwinan tidak mengikut syariat dan undang-undang Malaysia
isteri enggan mentaati perintah suami yang sah
