wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tingkatan 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

" __________ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku, " kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Para forensik itu ___________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

3.

Kanak - kanak yatim itu bergembira __________ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

4.

Adik mengutip duit syiling yang ____________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

bertabur

d)

bertaburan

5.

Bendera - bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang pintu pagar sekolah sempena temasya sukan tahunan sekolah. Tiada kesalahan


Ayat di atas mungkin betul dan mungkin salah. Pilih kesalahan sekiranya ada.

a)

Bendera - bendera

b)

berkibaran

c)

di

d)

Tiada kesalahan

6.

Selepas berlaku perselisihan faham itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Keadaan ini diibaratkan

a)

jauh panggang dari api

b)

air dicencang tiada putus

c)

antan patah, lesung hilang

d)

berkerat rotan, berpatah arang

7.

Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

8.

Polis telah menangkap ____________ perompak yang telah memecah masuk ke sebuah kedai emas di Jalan Lahat dua hari lepas.

a)

sekawan

b)

segerombolan

c)

sepasukan

d)

seangkatan

9.

Tujuan utama ___________ ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita.

a)

kaji selidik

b)

soal jawab

c)

soal selidik

d)

maklum balas

10.

Ibu menyediakan senarai barang-barang yang diperlukan untuk memasak kek sarang lebah. Tiada kesalahan.


Ayat di atas mungkin betul atau salah. Pilih kesalahan sekiranya ada.

a)

menyediakan

b)

barang-barang

c)

diperlukan

d)

Tiada kesalahan

11.

Nenek membeli lima _________ petai untuk membuat sambal tumis ikan bilis petai.

a)

kerat

b)

papan

c)

batang

d)

tangkai

12.

Pembentangan kertas kerja tentang amalan berjimat cermat itu disampaikan oleh ____________ dari Universiti Malaya.

a)

karyawan

b)

perunding

c)

sasterawan

d)

cendekiawan

13.

Oleh sebab tidak dapat menyiapkan tugasan yang diamanatkan oleh majikannya, Amirul seperti ____________ apabila membentangkan hasil tugasannya itu.

a)

cacing kepanasan

b)

rusa masuk kampung

c)

telur di hujung tanduk

d)

embun di hujung rumput

14.

Peribahasa bagai pinang dibelah dua bermaksud sudah sepadan atau sejodoh.

Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas ialah

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai pahat dengan pemukul

d)

bagai cincin dengan permata

15.

Peribahasa yang berikut mempunyai kaitan rapat dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang erat, kecuali

a)

bagai aur dengan tebing.

b)

biar putih mata, jangan putih tulang

c)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

d)

bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat