wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PANTUN KIASAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema bagi pantun kiasan.

a)

Selalu bersangka baik terhadap sesuatu perkara.

b)

Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

c)

Rajin berusaha menjadikan sesuatu yang tidak baik menjadi baik.

d)

Sikap seorang yang malas berfikir.

2.

Pilih persoalan yang tepat berdasarkan rangkap ke-9.

a)

Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.

b)

Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

c)

Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

d)

Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.

3.

Nyatakan persoalan bagi rangkap ke-17 berdasarkan gambar tersebut.

a)

Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

b)

Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.

c)

Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.

d)

Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.

4.

Sinkope ialah perkataan yang dipendekkan. Contohnya, 'hendak' menjadi 'nak'. Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa sinkope.

a)

Hujan ribut gunung terbakar

b)

nyawa menangis di pintu kubur.

c)

Kilat memancar hujan tak lalu;

d)

Macam melukut di tepi gantang;

5.

Maksud rangkap pertama pantun kiasan ialah

a)

Perbuatan membazir merupakan amalan yang merugikan

b)

Perbuatan membazir merupakan amalan yang digalakkan

c)

Perbuatan membazir dilakukan oleh orang-orang kaya

d)

Perbuatan membazir merupakan amalan syaitan

6.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu,

Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.


Maksud pantun di atas ialah...

a)

Mengharapkan sesuatu yang pasti tiba

b)

Berdoa sesuatu akan berlaku

c)

Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti

d)

Tiada harapan

7.

Antara ciri-ciri Pantun Kiasan ialah

a)

Terdiri daripada 16 rangkap pantun

b)

Terdiri daripada 17 rangkap pantun

c)

Mempunyai dua baris setiap rangkap

d)

Tiada pembayang tetapi mempunyai maksud

8.

Perasaan marah akan segera hilang apabila ada nilai _________ dalam diri.

a)

sopan

b)

murni

c)

sabar

d)

takwa

9.

Antara persoalan pantun kiasan ialah

a)

perasaan gembira apabila ibu telah pulang ke rumah

b)

sifat rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang

c)

berbangga dengan kejayaan orang lain

d)

berbuat baik kepada ibu bapa

10.

Contoh gaya bahasa repetisi dalam Pantun Kiasan ialah

a)

Tikar pucuk tikar mengkuang

b)

ikan

c)

Sungguh laksana bunga dedap

d)

Jangan diikut resmi ayam

11.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh gaya bahasa Imej alam?

a)

ikan

b)

buah bacang

c)

gunung

d)

raga

12.

"bertelur sebiji, riuh sekampung" ialah gaya bahasa ________

a)

peribahasa

b)

imej alam

c)

repetisi

d)

simile

13.

Nilai apakah yang kita peroleh daripada maksud rangkap pantun yang pertama?

a)

sabar

b)

berani

c)

berjimat-cermat

d)

rajin

14.

Antara pengajaran yang diperoleh ialah kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap __________ sejak kecil lagi.

a)

cuai

b)

leka

c)

rajin

d)

malas

15.

Pilih nilai yang sesuai berdasarkan rangkap pertama.

a)

Nilat berjimat cermat

b)

Nilai keinsafan

c)

Nilai merendah diri

d)

Nilai berbudi bahasa

16.

Berikan pengajaran yang sesuai merujuk kepada rangkap ke-8.

a)

Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang.

b)

Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

c)

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.

d)

Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan dalam diri

17.

Simile ialah satu perkataan yang menunjukkan perbandingan. Perkataan yang menunjukkan simile ialah bak, seperti, laksana, macam dan sebagainya. Pilih jawapan yang tepat dengan gaya bahasa simile.

a)

Macam melukut di tepi gantang;

b)

Kilat memancar hujan tak lalu;

c)

Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;

d)

Gila apakah ikan di laut.

18.

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu

(R1, B3-4)


Maksud pantun di atas ialah.....

a)

Pendirian seseorang mudah berubah jika tidak berpegang teguh pada sesuatu pendapat

b)

Benda buruk tidak harus dibuang kerana benda itu boleh digunakan untuk tujuan lain

c)

Orang cantik tidak dianggap sempurna jika kelakuannya kurang sopan

19.

Hujan ribut gunung terbakar,

Embun setitik padam apinya.

(R8, B3-4)


Pantun di atas membawa maksud...

a)

Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampung halaman

b)

Kehendak hati yang terlalu besar sehingga tidak berupaya untuk mencapainya

c)

Kemarahan boleh dipadamkan dengan kata-kata bernas daripada orang berilmu pengetahuan

20.

Nyatakan gaya bahasa ayat berikut:


Nyawa menangis di pintu kubur

a)

personifikasi

b)

imej alam

c)

peribahasa

d)

sinkope