wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 9 PEMANASAN GLOBAL

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?

a)

Suhu bumi yang melebihi 40 C

b)

Suhu atmosfera bumi yang sentiasa berubah-ubah

c)

Suhu atmosfera bumi meningkat secara berterusan

d)

Suhu atmosfera yang semakin kesan fenomena La Nina

2.

2. Apakah faktor yang menyebabkan suhu bumi semakin panas?

a)

Haba yang terbentuk kesan pembakaran bahan api fosil

b)

Haba panas yang terbentuk di permukaan Lautan Pasifik

c)

Haba yang terperangkap dalam atmosfera oleh gas rumah hijau

d)

Haba yang terbentuk akibat jumlah hujan yang turun semakin berkurangan

3.

3. Apakah gas yang menyebabkan peningkatan suhu atmosfera?

a)

Oksigen dan Hidrogen

b)

Hidrogen dan nitrogen

c)

Karbon dioksida dan Kloroflourokarbon

4.

4. Lapisan bumi yang terlibat dengan fenomena pemanasan global ialah

a)

toposfera

b)

eksosfera

c)

mesosfera

d)

atmosfera

5.

5. Mengapakah sebahagian besar haba daripada pancaran matahari diserap oleh bumi dan bertindak memanaskan bumi?

a)

Akibat proses pantulan

b)

Akibat proses kondensasi

c)

Akibat proses pembekuan

d)

Akibat proses penyerapan

6.

6. Apakah jenis gas yang dihasilkan kesan aktiviti pertanian menggunakan bahan berikut secara berlebihan?


#Racun serangga

# Baja kimia

a)

Kloroflourokarbon (CFC)

b)

Metana

c)

Sulfur dioksida

d)

Karbon monoksida

7.

7. Apakah kesan aktiviti pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah terhadap alam sekitar?

a)

Pembebasan debu semakin meningkat

b)

Gas karbon dioksida semakin meningkat

c)

Gas karbon monoksida akan berlebihan di atmosfera

8.

8. Apakah punca berlakunya pemanasan global di kawasan bandar?


I Aktiviti perindustrian

II Penduduk yang sedikit

III Amalan kitar semula

IV Bilangan kenderaan yang banyak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

9. Apakah gas yang dibebaskan akibat letusan gunung berapi?

a)

Helium

b)

Metana

c)

Sulfur dioksida

d)

Nitrus oksida

10.

10. Apakah kesan pemanasan global terhadap kawasan tersebut?


I Pencairan bongkah ais

II Peningkatan suhu air laut

III Gangguan habitat hidupan

IV Pembebasan gas karbon dioksida

a)

I dan II

b)

I dab IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

11. Antara yang berikut, manakah penyakit yang berlaku kesan peningkatan suhu dunia?


I Hipertensi

II Kanser kulit

III Katarak mata

IV Kekurangan zat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

12. Antara berikut, manakah kesan peningkatan suhu terhadap gangguan cuaca?


I Taburan hujan tidak menentu

II Kejadian kemarau yang teruk

III Strok haba dan dehidrasi

IV Udara menjadi semakin lembap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Antara berikut, yang manakah amalan 5R untuk mengurangkan kesan pemanasan global?

a)

Menggunakan pengangkutan awam

b)

Menggunakan beg plastik ketika membeli belah

c)

Menggunakan kereta persendirian ke tempat kerja

d)

Menebang hutan secara besar-besaran

14.

14. Apakah langkah yang diambil hasil daripada perjanjian antarabangsa berikut?


Protokol Kyoto 1997


I Mengurangkan kesan rumah hijau

II Mengurangkan pencemaran udara

III Mengawal penebangan hutan semula jadi

IV Meningkatkan aktiviti amalan kitar semula

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

15. Apakah isu yang dibincangkan di Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis pada 30 November hingga 11 Disember 2015?

a)

Isu alam sekitar

b)

Isu perubahan iklim

c)

Isu El Nino dan La Nina

d)

Isu kepupusan sumber asli

16.

16. Antara berikut, yang manakah sumber alternatif yang dapat mengurangkan kesan pemanasan global?


I Tenaga angin

II Petroleum

III Arang batu

IV Tenaga suria

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

17. Antara berikut, manakah tip yang dapat megurangkan pemanasan global?


I Menggunakan barangan elektrik jimat tenaga

II Mengurangkan penyaman udara secara maksimum

III Menggunakan kereta persendirian ke tempat kerja

IV Menanggalkan plag daripada soket jika tidak digunakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV