Worksheetspenjodoh bilangan
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
kelompok
tompok
buah
biji
Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
patah
potong
cebis
untai
Polis melepaskan lima _________ tembakan ke arah perompak itu.
butir
das
biji
pucuk
Beliau memulakan ucapannya dengan se___________ pantun.
rangkap
baris
patah
buah
Ayah membeli lima ___________ petai di gerai itu.
gelung
mata
biji
papan
Beberapa ___________ rokok bertaburan di lantai.
puntung
berkas
kotak
pucuk
Pemuda itu membeli _____________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
senaskhah
selembar
sehelai
sekeping
Dia menggunakan ___________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
sekepul
segugus
setompok
segumpal
Beberapa _____________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.
kaki
pucuk
batang
pohon
Rosli pergi ke Lumut untuk membeli se_________ payung dan se ________ jala.
kaki.....rawan
bentuk.....rawan
batang....buah
buah....jambak
Terdapat beberapa __________ batu-bata di hadapan rumah Zainab yang
sedang dalam pembinaan itu.
tompok
longgok
butir
biji
Hidayah membeli dua __________ benang untuk menjahit baju.
buah
buku
utas
gelung
Ibu menggunakan lima __________ sabun untuk membuat gubahan bunga
sabun itu.
batang
biji
buku
potong
Emak memberi adik se __________ biskut dan dua __________ nangka .
ketul.... biji
keping.....ulas
ketul.....butir
potong.....tongkol
Puan Latifah menghidangkan beberapa ____ nangka madu kepada tetamunya.
biji
butir
ulas
pangsa
Ayah membeli se____ telur di kedai runcit itu untuk dibuat kek lapis.
biji
butir
papan
kampit
Puan Azlin menyerahkan se____ kunci kepada Zila untuk disimpan.
bentuk
biji
gugus
lembar
Hampir se ____ rumah kedai itu hangus dijilat api dalam kemalangan yang berlaku lewat petang semalam.
kawan
rumpun
deret
biji
Ibu menumis beberapa ____ bawang di dalam kuali itu.
bilah
jambak
hiris
pangsa
Alisya membeli se____ majalah dan se ____ dawai di kedai itu.
buah, utas
helai, gulung
naskhah, gelung
buku, lembar
Encik Hashim membawa se____________ kapak ke dalam hutan untuk menebang pokok.
baris
bilah
raut
rangkap
Hariz menulis se _______________ surat kepada isterinya yang berada di luar negara.
keping
urat
bentuk
pucuk
Beberapa __________________ serainya mati akibat serangan serangga perosak.
pucuk
bidang
rumpun
ikat
Ibu memasukkan se _____________ garam ke dalam masakannya.
kepal
hiris
cubit
biji
Li En dan anaknya berteduh di bawah se ______________ pokok sambil menikmati keindahan suasana kampung.
longgok
kuntum
gugus
batang
Para peserta diminta menyediakan satu _____________ pantun secara spontan dalam masa 60 saat.
rangkap
papan
baris
kaki
Kemalangan ngeri itu melibatkan empat _______________ kereta dan sebuah lori.
biji
bentuk
baris
buah
Puan Dewi menghadiahkan se ____________ kain songket kepada ibunya.
helai
raut
gulung
bungkus
Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.
ulas
biji
buah
urat
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
baris
buah
bidang
petak
Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya.
gugus
biji
cucuk
batang
Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.
bilah
baris
batang
buah
Raju mengarang dua _____ pantun jenaka untuk mengusik Sara.
untai
naskhah
cebis
rangkap
Murid-murid perlu membawa se_____ gunting untuk digunakan ketika mata pelajaran seni.
bilah
batang
biji
kaki
Puan Sevi membeli se_____ sos tomato di kedai runcit.
botol
bidang
buah
biji
Pak Halim menggunakan se_____ sabit untuk memotong rumput-rampai.
bilah
batang
kaki
rangkap
Raisha mengutip beberapa _____ rambutnya yang gugur di atas bantal itu.
urat
helai
kepal
longgok
Pengantin perempua itu tersenyum manis di atas pelamin sambil memegang se_____ bunga.
pasang
kajang
tongkol
jambak
Pemburu itu melepaskan beberapa _____ tembakan ke arah burung yang sedang terbang.
ketul
das
laras
cucuk
Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
biji
buah
bentuk
butir
Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.
butir
gugus
biji
kuntum
Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.
naskhah
buah
keping
helai
Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok kacang.
cubit
genggam
butir
ketul
Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat masam.
buah
hiris
keping
ulas
Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Hazirah.
lembar
keping
gulung
buah
Ibu menghadiahi Syaqira se ............... baju kurung sempena ulangtahun kelahirannya.
helai
pasang
buah
keping
Pak Hamid membawa beberapa ____________ pisang yang ditebang dari kebunnya dengan kereta sorong.
batang
papan
tandan
gugus
Abang menggali lubang dengan menggunakan se ____________ cangkul.
batang
pucuk
bilah
butir
Amran menggunakan ____________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
sejambak
sepasang
sebidang
serawan
Tuan Haji Rahman membeli beberapa _________ buluh dan lima __________
kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.
ruas....biji
rumpun....ulas
batang....butir
batang........buah
Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
seekor
secubit
seketul
segenggam
Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
butir..... pucuk
das...... laras
biji..... batang
laras....das
Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
sehelai..... segulung
secarik..... segelung
secebis..... sehamparan
sehelai..... sebidang
Ibu merebus beberapa ____________jagung di dalam periuk.
biji
tongkol
batang
papan
Adiba menyimpan dua_____ubat demam itu di dalam peti pertolongan cemas dengan rapi.
papan
botol
buah
biji
Hadif berehat sambil makan beberapa________________buah tembikai yang kaya dengan vitamin itu.
biji
potong
ulas
ketul
