wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TASAWWUR ISLAM T4:P1 ISLAM ADALAH CARA HIDUP

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Islam bermaksud

a)

agama Allah SWT untuk semua makhluk

b)

agama Allah SWT untuk semua manusia

2.

Islam sebagai al-Din bermaksud Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi tiga perkara.


Apakah tiga perkara itu?

a)

Akhlak

b)

Fekah

c)

Ibadah

d)

Akidah

3.

Berikut merupakan Surah Ali 'Imran ayat 19, yang merupakan dalil bahawa hanya Islam agama yang diterima oleh Allah SWT.

Apakah maksud ayat ini?

a)

Sesungguhnya agama Islam ialah agama yang mulia

b)

Sesungguhnya Islam itu indah

c)

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam

4.

Berikut adalah sebab mengapa manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup, KECUALI:

a)

Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat kebenaran sesuatu perkara.

b)

Cara hidup Islam ialah jalan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

c)

Tidak mencapai keharmonian hidup bermasyarakat.

d)

Memandu arah hidup manusia supaya mengikut syariat Islam.

5.

Maksud Islam dari segi bahasa ialah:

a)

sejahtera, selamat dan penyerahan

b)

aman, sentosa dan pemberian

c)

sejahtera, sentosa dan penyerahan

d)

aman, selamat dan pemberian

6.

Maksud iman dari segi bahasa ialah:

a)

Kepimpinan Melalui Teladan

b)

Amanah dan bertanggungjawab

c)

Jujur dan ikhlas

d)

Yakin dan percaya

7.

Maksud Ihsan dari segi bahasa ialah:

a)

Berbuat kejahatan

b)

Berbuat kebaikan tanpa keikhlasan

c)

Berbuat kejahatan dengan ikhlas

d)

Berbuat kebaikan

8.

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, meninggalkan larangan-Nya, beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila berserah kepada-Nya.


Pernyataan di atas menerangkan tentang ___________

a)

Islam

b)

Iman

c)

Ihsan

d)

Taqwa

9.

Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota badan merujuk kepada

a)

Iman

b)

Islam

c)

Ihsan

d)

Ibadat

10.

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah SWT. Kenyataan ini merujuk

a)

Islam

b)

Iman

c)

Ikhlas

d)

Ihsan

11.

Berikut merupakan Rukun Islam KECUALI :

a)

mengucap dua kalimah syahadah

b)

mengeluarkan zakat

c)

berpuasa pada bulan Syaaban

d)

mengerjakan haji

12.

Perkara yang terdapat dalam sebuah hadis yang masyhur yang dikenali sebagai "Hadis Jibrail" ialah:

(jawapan lebih daripada satu)

a)

Islam

b)

Iman

c)

Ijmak

d)

Ihsan

13.

Orang Islam digelar sebagai ____________________ .

a)

Mulhid

b)

Muslim

c)

Murabbi

d)

Muallim

14.

Mengeluarkan harta yang tertentu pada kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu merupakan ibadah ___________

a)

ihsan

b)

haji

c)

puasa

d)

zakat

15.

Kalimah _______________ merujuk kepada penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan menyaksikan bahawa Nabi Muhamad ialah utusan Allah.

a)

sa'adah

b)

salam

c)

syahadah

d)

syumul

16.

Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai contoh nilai ihsan dalam kehidupan

a)

mengumpat dan mengata orang

b)

belas kasihan kepada haiwan

c)

tolong menolong

d)

mengajak sahabat berbuat kebaikan

17.

Apakah kepentingan rukun Islam?

a)

menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah

b)

mewujudkan masyarakat yang harmoni

c)

iman ialah syarat amalan dierima oleh Allah

18.

"Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbirratul ihram dan diakhiri dengan salam"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

a)

Mengucap dua kalimah syahadah

b)

Mengeluarkan zakat

c)

Menunaikan solat

d)

Berpuasa pada bulan Ramadan

19.

Kepentingan Ihsan ialah

a)

Mewujudkan masyarakat yang hancur

b)

Merasakan tiada yang mengawasi

c)

Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada manusia dan makhluk yang lain

20.

Ketika makan di sebuah restoran yang ramai pelanggan. Anda terlihat gantungan tangkal azimat di dalam restoran tersebut. Pilih tindakan anda yang paling tepat

a)

Mengabaikan tangkal tersebut

b)

Membaca bismillah sebelum makan

c)

Menegur dan menasihati pemilik restoran

d)

Memboikot restoran tersebut

21.

Anda melihat kawan anda sering solat berjemaah, namun beliau tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Pilih tindakan anda yang paling tepat

a)

Tidak berkawan dengan beliau

b)

Menasihati beliau agar menutup aurat

c)

Memuatnaik gambar beliau di media sosial

d)

Tidak mempedulikan tindakan beliau

22.

Hilmi konsisten berbuat baik dan menyeru kawan-kawannya berbuat kebaikan kerana percaya dan yakin akan balasan baik di akhirat nanti.


Situasi berikut berkait dengan:

a)

iman

b)

ihsan

c)

islam

23.

Yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku kepada manusia dan alam telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

Beriman kepada Allah

b)

Beriman kepada Malaikat

c)

Beriman kepada Rasul

d)

Beriman kepada Qadak dan Qadar