wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8: CAHAYA DAN OPTIK

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan jenis-jenis cermin yang digunakan dalam topik Cahaya dan Optik kecuali______________.

a)

Cermin Satah

b)

Cermin Cembung

c)

Cermin Cekung

d)

Cermin Mata

2.

Imej sahih ialah__________________.

a)

Imej yang terbentuk pada skrin.

b)

Imej yang terbentuk pada cermin.

c)

Imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin.

d)

Imej yang terbentuk pada skrin dan cermin.

3.

Antara contoh imej maya ialah___________________.

a)

Tayangan filem di panggung wayang.

b)

Imej yang terbentuk dalam kamera.

c)

Pantulan diri sendiri di dalam cermin.

d)

Tayangan slaid di hadapan kelas.

4.

Ciri imej yang dapat dilihat pada cermin yang digunakan oleh doktor gigi ialah____________.

a)

Imej tegak

b)

Imej maya

c)

Saiz imej lebih besar daripada saiz objek.

d)

Saiz imej lebih kecil daripada saiz objek.

5.

Cermin ini membantu pengguna jalan raya untuk melihat kawasan yang sukar dilihat. Apakah jenis cermin yang digunakan?

a)

Cermin cembung

b)

Cermin cekung

c)

Cermin satah

d)

Cermin muka.

6.

Periskop adalah contoh alat optik yang menggunakan cermin satah.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Mungkin

d)

Tidak pasti

7.

Berikut merupakan sifat-sifat cahaya.

a)

Bergerak lurus.

b)

Kelajuannya melebihi kelajuan bunyi.

c)

Tidak boleh menembusi objek legap.

d)

Menghasilkan pelangi.

8.

Ali melihat kilat di langit, kemudian dia mendengar bunyi guruh. Situasi ini menunjukkan bahawa cahaya ________________.

a)

Bergerak lurus

b)

Disebarkan

c)

Dihalang oleh objek legap

d)

Bergerak lebih laju dari bunyi

9.

Apakah sifat cahaya yang terdapat pada jam matahari yang menyebabkan jam matahari dapat membantu menentukan masa?

a)

Penyebaran cahaya

b)

Pergerakan cahaya

c)

Pembiasan

d)

Halangan cahaya

10.

Imej Rapunzel yang terhasil pada cermin di atas adalah bersifat _______________.

a)

Tegak, sahih, jarak serta saiz objek dan imej sama, songsang sisi.

b)

Tegak, maya, jarak serta saiz objek dan imej berbeza, songsang sisi.

c)

Tegak, maya, jarak serta saiz objek dan imej sama, songsang sisi.

d)

Songsang, maya, jarak serta saiz objek dan imej sama, songsang sisi.

11.

Berdasarkan hukum pantulan, berapakah sudut pantulan, r jika sudut tuju, i ialah 50°?

a)

<50°

b)

>50°

c)

90°

d)

50°

12.

Berdasarkan gambar rajah pantulan cahaya di atas, Garis normal mesti bersudut 90° daripada cermin satah.

a)

Benar

b)

Palsu

13.

Fenomena di atas berlaku disebabkan oleh_____________.

a)

Penambahan cahaya

b)

Penyerakan cahaya

c)

Penyebaran cahaya

d)

Pembiasan cahaya

14.

Apabila cahaya bergerak daripada medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat, cahaya merambat ke arah menjauhi normal.

a)

Benar

b)

Palsu

15.

sinar tuju dan sinar pantulan bergerak selari dengan garis normal, maka pembiasan cahaya tidak berlaku.

a)

Benar

b)

Palsu

16.

Pembiasan cahaya menyebabkan berlakunya____________.

a)

Dasar kolam renang kelihatan cetek.

b)

Pembentukan pelangi.

c)

Pembentukan bayang-bayang.

d)

Lampu yang berwarna-warni di pentas.

17.

Dalam cahaya putih, terdapat 7 warna yang mempunyai kelajuan berbeza. Warna apakah yang mempunyai kelajuan tertinggi?

a)

Biru

b)

Indigo

c)

Merah

d)

Ungu

18.

7 warna dalam cahaya putih dikenali juga sebagai__________.

a)

Spektrum cahaya

b)

Warna-warna pelangi

c)

Warna-warni

d)

Warna yang disebarkan

19.

Susun semula warna-warna cahaya berikut mengikut tertib susunan yang betul.

a)

Merah, kuning, biru, ungu.

b)

Kuning, biru, ungu, jingga.

c)

Merah, jingga, biru, hijau.

d)

Merah, biru, hijau, kuning.

20.

Pelangi terhasil kesan daripada _______________.

a)

Pantulan cahaya

b)

Penyebaran cahaya

c)

Penyerakan cahaya

d)

Pembiasan cahaya

21.

Pembentukan pelangi membuktikan bahawa air membiaskan cahaya.

a)

Benar

b)

Palsu

22.

Penyerakan cahaya berlaku apabila_____________.

a)

Sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah.

b)

Cahaya putih dihalang dan dibiaskan kepada tujuh warna cahaya berbeza.

c)

Cahaya dirambat apabila melalui dua medium yang berbeza ketumpatan.

d)

Sinar cahaya dipantulkan ke sudut tertentu yang dipanggil sinar pantulan.

23.

Apakah yang menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu siang?

a)

Sinar cahaya merah dihalang oleh molekul udara dalam atmosfera.

b)

Kedudukan matahari secara mengufuk menyebabkan cahaya biru terus ke bumi.

c)

Cahaya biru paling banyak diserak oleh molekul udara dalam atmosfera.

d)

Kedudukan matahari berada paling tinggi dan cahaya biru mudah sampai bumi.

24.

Apakah yang menyebabkan berlakunya fenomena di atas?

a)

Matahari memancarkan sinar cahaya yang berwarna merah/jingga.

b)

Cahaya merah paling kurang diserak dan melalui atmosfera tanpa gangguan.

c)

Molekul udara banyak menyerakkan cahaya berwarna merah pada ketika ini.

d)

Kedudukan matahari berada tegak di atas kepala.

25.

Berikut merupakan warna-warna primer KECUALI____________.

a)

Biru

b)

Merah

c)

Kuning

d)

Hijau

26.

Warna sekunder terhasil daripada campuran antara 2 atau lebih warna primer. Campuran warna apakah membentuk warna kuning?

a)

Merah dan hijau

b)

Merah, hijau dan biru

c)

Hijau dan biru

d)

Merah dan biru

27.

Apakah yang menyebabkan epal ini kelihatan merah?

a)

Epal memantulkan cahaya merah ke mata permerhati

b)

Epal menyerap warna merah

c)

Epal memantulkan semua warna cahaya

d)

Epal menyerap semua warna cahaya

28.

Apakah konsep cahaya yang berlaku yang menyebabkan bunga ini kelihatan kuning?

a)

Penyebaran Cahaya

b)

Penolakan Cahaya

c)

Penyerapan Cahaya

d)

Penambahan Cahaya

29.

Cahaya warna apakah yang dipantulkan sehingga bunga ini kelihatan kuning?

a)

Cahaya kuning sahaja

b)

Cahaya kuning, biru dan hijau

c)

Cahaya kuning dan merah

d)

Cahaya kuning, hijau dan merah

30.

Mengapakah sesuatu objek itu kelihatan putih?

a)

Objek berwarna putih menyerap semua warna cahaya

b)

Objek putih hanya memantulkan cahaya berwarna putih

c)

Objek berwarna putih memantulkan semua warna cahaya

d)

Objek berwarna putih hanya menyerap cahaya berwarna putih