Font size
WorksheetsPendidikan Islam T3 :Beriman Kepada Rasul(Unit 1)
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Seorang lelaki menerima wahyu untuk dirinya sendiri dan diperintahkan untuk menyampaikan kepada orang lain, merupakan pengertian bagi .....
Rasul
Nabi
Muslim
Mukmin
Seorang lelaki menerima wahyu untuk dirinya sendiri tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada orang lain.
Nabi
Rasul
Mukmin
Muslim
Berikut merupakan sifat wajib bagi Rasul kecuali
Siddiq
Amanah
Tabligh
Kitman
Berikut merupakan sifat mustahil bagi Rasul kecuali
kazib
khianat
kitman
basyariah
_________________ bagi para rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka seperti makan, minum tiudr, berkahwin, suka, duka, sihat, letih dan sakit
sunat
wajib
harus
Pilih padanan sifat wajib-mustahil yang tidak benar;
Tabligh - Basyariah
Sidik - Kazibun
Amanah - Khianat
Fatanah - Baladah
Berikut ialah hikmah rasul dipilih dalam kalangan manusia kecuali
manusia lebih mudah beriman
menunjukkan kemuliaan manusia
sebagai contoh ikutan yang sempurna
Allah SWT menyayangi manusia berbanding makhluk lain
Pemeliharaan Allah terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar. Pernyataan ini merujuk kepada
Ismatul rasul
ulul azmi
mukjizat hissyiyah
Mukjizat ialah
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul.
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang yg bakal menjadi Rasul
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para pengikut setia para Rasul.
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pengikut setia para Nabi.
Mukjizat terbahagi kepada ________________ jenis
dua
tiga
empat
lima
Mukjizat dari sudut bahasa bermaksud ...
yang menakutkan
yang mengagumkan
yang melemahkan
yang menguatkan
Mukijizat yang dapat dikesan dengan pacaiendera tetapi tidak berkekalan.
contoh : Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW
mukjizat ululazmi
mukjizat maknawiyah
mukjizat hissyiyah
Mukijizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu.
contoh : Al Quran
mukjizat ululazmi
mukjizat maknawiyah
mukjizat hissyiyah
➡️ Membelah bulan dengan isyarat tangan
Berikut ialah mukjizat Nabi _________________
Muhammad SAW
Isa as
Nuh as
Hud as
Contoh mukjizat nabi Isa ialah tongkat bertukar menjadi ular dan menelan ular jelmaan ahli sihir Firaun.
betul
salah
Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu dengan tangan baginda.
Berikut merupakan contoh mukjizat bagi Nabi?
Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Isa A.S.
Nabi Musa A.S.
Nabi Musa A.S.
Para rasul yang paling sabar dan paling banyak menerima ujian dalam menyampaikan dakwah merupakan maksud bagi...
Ulul Azmi
Mukjizat
Ismatur rasul
Berikut merupakan di antara rasul yang bergelar rasul ulul azmi kecuali:
Nabi Muhammad SAW
Nabi Ibrahim as
Nabi Nuh as
Nabi Adam as
Pilih pernyataan yang benar tentang kecekalan Nabi Ibrahim as sehingga mendapat gelaran Ulul Azmi
Dijatuhkan hukuman bakar oleh Namrud dan dihalau daripada tanah air sendiri.
Ditentang oleh golongan yahudi sehingga merancang untuk membunuh baginda tetapi Allah menyelamatkan baginda lalu diangkat ke langit.
Berhadapan degan tentangan musyrikin Quraisy di Mekah dan tentangan Yahudi di Madinah.
Tugas tugas Rasul ialah__________________
(boleh jawab seberapa banyak yang kamu rasa betul)
menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT.
menyampaikan berita gembira kepada orang yang beriman dan berita sengsara kepada orang kafir.
menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat manusia dalam semua aspek kehidupan.
menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
Apakah Mukjizat yang ada pada Nabi Musa A.S?
Seekor Unta keluar dari batu
Tongkat yang bertukar menjadi ular
Keluar air dari batu selepas dipukul dengan tongkat
Menghidupan burung dari tanah
Antara berikut, mana satukah Mu'jizat Ma'nawiyyah
Al-Quran
Taurat
Injil
Tongkat Nabi Musa
