Font size
WorksheetsKuiz bahasa Melayu
Total questions: 34
Worksheet time: 17mins
Apakah maksud peribahasa?
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu untu menyampaikan berita, secara rasmi dan tidak rasmi.
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang berubah-ubah susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Peribahasa ialah frasa atau kumpulan kata yang tidak tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Berikut merupakan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Tingkatan 4 bagi Tema 1 : Merealisasikan Impian...
Berakit - rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Ibarat belayar sambil memapan
Hendak belajar berenang, dapatkan itik hendak belajar memanjat, dapatkan tupai
Sudah terhantuk baru tengadah
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Pilih peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu KSSM bagi Tema 2, Insan terdidik negara sejahtera
Zaman Tuk Nadur berkajang kain
Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih
Orang mengantuk disorong bantal
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
umpama kera mendapat bunga
Peribahasa yang terdapat dalam tema 3, Memetik Bintang Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak sampai ke sebarang
diam-diam ubi berisi, diam-diam ubi berkarat
Maksud bagi peribahasa yang terdapat dalam Tema 3 ; Memetik Bintang Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku. Namun, apabila sudah mati atau meninggal dunia terserah pula kepada hukum Tuhan
Diam orang berilmu merupakan masa yang digunakan untuk berifikir. Manakala, diam orang bodoh sia-sia sahaja
Baik buruk perangai atau sikap ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
Takkan tercapai maksudnya jika tidak mahu berusaha dan bersusah payah
Berikut merupakan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tema 4; Menjulang harapan di bumi bertuah .
Tandakan peribahasa dan maksud yang betul . Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud jika bernasib baik akan selamat dan jika bernasib malang akan binasa
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud orang yang pandai bermain judi akan mendapat keuntungan yang besar
Bertangguh itu pencuri masa bermaksud orang yang mencuri merupakan orang yang tidak menghargai masa
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud kalau kita membuang sabut ke dalam sungai, sabut akan timbul dan batu akan tenggelam,
Bertangguh itu pencuri masa bermaksud melakukan tugasan secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
Berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1 hingga 6
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang betul
Ayahnya membesarkan Katrina dan adik beradiknya hasil (a) dan pendapatan menjual barangan kitar semula yang dicarinya setiap hari.
Sebagai pelajar yang ingin berjaya, kita perlulah sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh dan bijak mencari pembimbing untuk membimbing dalam menuntut ilmu bagi sesuatu bidang. Hal ini sesuai dengan peribahasa (a)
Ana (a) kerana dia terpaksa. Jika dia tidak melakukan kerja sambilan, wang untuk membiayai pendidikannya di universiti akan berkurangan.
Aleeya Idalis, Hilmee dan Tini umpama (a) apabila mereka bertiga mendapat hadiah yang diimpikan dan dihajati selama ini daripada guru Bahasa Melayu kerana telah mendapat A+ dalam subjek Bahasa Melayu.
Maksud : Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang-orang yang ahli ataupun akar dalam perkara.
Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.
Hendak mengaji biarlah bersedia, hendak berkerja silalah berusaha.
Hendak berguru datanglah segera, hendak bermesra bawalah hadiah.
Maksud: Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Leftenan Adnan dijulang sebagai wira bangsa kerana dia sanggup berkorban demi mempertahankan tanah airnya daripada diserang oleh penjajah.
Berani kerana benar takut kerana salah.
Biar putih tulang, jangan putih mata
Alah bisa tegal biasa
Adik saya yang lemah dalam subjek Matematik Tambahan telah berjumpa dengan Puan Lim untuk meminta bantuan dan ajaran daripadanya agar lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun.
Hendak berguru datanglah segera, hendak bermesra bawalah hadiah.
Hendak mengaji biarlah bersedia, hendak berkerja silalah berusaha.
Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.
Remaja yang masih mentah dan belum berfikiran matang itu telah mengambil keputusan terburu- buru tanpa memikirkan akibatnya.
Cekur jerangau berbau lagi.
kacang lupakan kulit
indah khabar daripada rupa
Mereka sudah memasang tekad untuk bekerjasama menghalang kemasukan askar Jepun. Ada yang membina kubu dan ada yang memasang perangkap.
Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.
Bagai aur dengan tebing
Gajah dipandang seperti kuman
Lengkapkan peribahasa tersebut. Hendak belajar berenang, dapatkan ..................., hendak belajar .............. dapatkan tupai.
itik, memanjat
angsa, melompat
ikan, menggigit
buaya, mendaki
Apakah maksud peribahasa zaman Tuk Nadur berkajang kain?
Zaman penjajahan.
Zaman orang memakai kain.
Zaman kanak-kanak .
Zaman yang telah lama berlalu.
Peribahasa Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa, maksudnya
Anak tidak akan sama saiz seperti bapa.
Perangai anak akan sama dengan perangai bapa.
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan khusus untuk orang-orang tua sahaja
Anak tidak akan mempunyai kecerdikan seperti bapa.
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
Menurut sahaja kehendak orang lain.
(a)
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di bawah:
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(a)
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
(a)
lain hulu lain parang, (a)
Lengkapkan peribahasa di bawah:
berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian (a)
Nyatakan peribahasa yang sesuai:
Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
(a)
nyatakan peribahasa yang sesuai:
Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
(a)
nyatakan peribahasa yang sesuai:
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
(a)
nyatakan peribahasa yang sesuai:
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(a)
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(a)
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(a)
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
(a)
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. " (a) , biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa (a)
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.
Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu (a)
