WorksheetsSEJARAH TAHUN 6
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pandai sungguh adik menari,
Menari adik penuh sopan
Jika adik bijak bestari
berikan contoh alat tiupan.
seruling
tabla
Penyampai cerita itulah tugasnya,
Sebagai hiburan juga teladan,
Tekalah kawan siapakah dia,
Supaya tak hilang ditelan zaman.
Tok Selampit
Tukang Karut
Jika dimain perlu dipetik,
Asal diri dari Sarawak,
Berbadan kayu bercorak cantik,
Cubalah teka jangan teragak.
Sape
Sompoton
Masyarakat Sabah sungguh kreatif,
Diambilnya labu serta buluh,
Jika adik bijak inovatif,
Cubalah teka dengan bersungguh.
Nafiri
Sompoton
Alat dimain kaum India,
Paling berguna upacara agama,
Jika adik sudah bersedia,
Cubalah teka berilah nama.
Tabla
Veenai
Asal dimain kaum Cina,
Dibuat daripada sumber galian,
Nama disebut di mana-mana,
Marilah teka wahai kawan.
Dagu
Bo
Tugal padi jangan bertangguh,
Kunyit di kebun siap digali,
Kalau tuan cerdik sungguh,
Tarian apakah untuk Orang Asli
Tarian Sewang
Tarian Sumazau
Buah Bidara sedang mengkal,
Duduk sambil makan tapai,
Jika adik sungguh berakal,
Tarian apakah disambut semasa Hari Gawai?
Tarian Singa
Tarian Ngajat
Masak dabai kuah pekat,
Boleh dimakan di Sarawak kini,
Dibuat daripada pemidang bertingkat
Cubalah teka permainan ini.
Permainan Tibau
Kabbadi
Kuih ketayap dilipat petak,
Gula Melaka jadi intinya,
Pemain cuba jatuhkan kotak,
Jika jatuh jadi miliknya.
Permainan Tayam
Permainan Sepak Manggis
