Font size
WorksheetsHABA TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
1.Apakah maksud suhu?
bahan panas apabila menerima haba
bahan sejuk apabila kehilangan haba
sejenis tenaga yang mengalir
ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
Unit piawai bagi suhu dalam sistem metrik ialah darjah Celcius (°C )
Benar
Salah
Nyatakan bacaan termometer rajah tersebut?
30°C
35°C
39°C
40°C
Ramalkan suhu air berais?
3°C
30°C
60°C
90°C
Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu?
Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?
Belon mengembang kerana panas.
Belon bersifat kenyal.
Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.
Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.
Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?
Rendam gelas P dalam air panas.
Rendam gelas Q dalam air panas.
Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.
Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.
Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?
Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.
Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.
Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.
Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.
Antara yang berikut, yang manakah cara yang betul mengendalikan termometer?
Secawan kopi panas diletakkan di atas sebuah meja. Apakah yang akan berlaku apabila kopi itu dibiarkan selama beberapa jam?
Air kopi itu kehilangan haba
Air kopi itu akan mendapat haba
Air kopi itu akan kekal panas
Suhu air kopi itu tidak berubah
Mengapakah suhu bahan meningkat apabila dipanaskan?
Haba mengalir dari bahan yang panas kepada bahan yang sejuk
Bahan itu kehilangan haba
Bahan itu menerima haba
Bahan itu kehilangan jisim
Manakah pernyataan yang betul tentang suhu air?
Suhu air berkurang apabila menerima haba
Suhu air meningkat apabila menerima haba
Suhu air meningkat apabila kehilangan haba
Suhu air tidak berubah apabila menerima haba
Azim meletakkan sebotol air masak di dalam peti sejuk. Selepas dua jam dia dapati botol itu menjadi kempis sedikit. Mengapakah keadaan itu berlaku?
Botol itu mengecut
Air di dalam botol itu mengecut
Udara di dalam botol itu mengecut
Air dan udara di dalam botol itu mengecut
Mengapakah bola besi itu dapat melalui semula gelang besi apabila disejukkan?
Bola besi megembang apabila dipanaskan
Bola besi mengecut apabila disejukkan
Gelang besi mengembang apabila dipanaskan
Gelang besi megecut apabila disejukkan
Mengapakah paras air bewarna dalam salur kaca menurun apabila dimasukkan dalam bekas berisi ais?
Air mengecut apabila disejukkan
Air mengembang apabila dipanaskan
Salur kaca megecut apabila disejukkan
Salur kaca mengembang apabila dipanaskan
Mengapakah kabel elektrik dipasang secara kendur?
Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengembang semasa cuaca sejuk
Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk
Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengambang semasa cuaca panas
Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk
Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi................... dan tidak boleh melalui gelang.
mengecut
mengembang
menggecil
membesar
Berdasarkan pemerhatian anda ,apakah yang akan berlaku jika botol itu direndam didalam air panas.
belon akan mengembang
belon akan mengecut
belon akan hilang
botol akan mengembang
Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit pada laluan pejalan kaki untuk membolehkan........................ pada hari panas.
pengembangan
penggecutan
penggaratan
pendaratan
Azman tidak dapat membuka penutup sos cili yang ketat. Apakah yang boleh dia buat untuk membuka penutup itu ?
merendam botol sos cili dalam air yang sejuk
merendam penutup sos cili dalam air yang panas
menambah kekuatan untuk buka penutup itu
meletakkan botol sos cili ke dalam peti sejuk
