WorksheetsBM Tahun 5 (Penjodoh Bilangan)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.
ulas
biji
buah
urat
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
batang
rumpun
Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se__________ nasi.
gugus
cubit
suap
butir
Badan Alex bengkak kerana disengat se __________________ lebah di hutan itu.
kawan
kumpulan
gerombolan
angkatan
Dua _____________________ meriam dipamerkan di hadapan Kota A'Famosa.
butir
laras
buah
biji
Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.
butir
gugus
biji
kuntum
Ibu memotong daging dengan menggunakan ________________ pisau.
bilah
buah
keping
butir
Ibu membeli empat ______________________ petai di pasar.
utas
gugus
papan
biji
Beberapa ____________________ rokok bertaburan di bawah meja.
puntung
pasang
patah
lembar
Rose membantu emaknya mengupas se _________________ bawang merah.
biji
ulas
ketul
keping
Pak Mat menggunakan se _____________________ jala untuk menangkap ikan di laut.
rawan
pasang
urat
sikat
__________________ kedai musnah dalam kebakaran semalam.
Sekumpulan
Sepatah
Segerombolan
Sederet
Pekebun itu memiliki se ___________________ tanah yang luas.
bidang
petak
keping
gumpal
Pemburu itu melepaskan ___________________ tembakan ke arah seekor burung.
selaras
sedas
sebutir
sepucuk
Lelaki itu ditangkap kerana menjual beberapa ___________________ mercun.
biji
timbun
papan
buah
Kakak membeli ____________________ majalah di kedai buku itu.
senaskhah
sebuah
sehelai
sekeping
Beberapa____________________ jalan raya terpaksa ditutup akibat hujan lebat semalam.
buah
baris
batang
kaki
Tiga _______________________ permaidani disandarkan di penjuru rumah itu.
gelung
gulung
ekor
buah
Mak Teh Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dijualnya.
hiris
batang
ketul
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul rambut Sofia.
Sejambak
Sekuntum
Seketul
Sebatang
