wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA

Total questions: 40

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan format baharu KSSM, soalan novel akan diuji pada kertas berapa?


Plilih kod kertas yang betul

a)

1103/1

b)

1103/2

c)

1103/3

d)

1103/4

2.

Soalan novel akan disoal pada bahagian .... kertas 2 BM

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

3.

Soalan novel diuji pada soalan yang ke ....

a)

dua

b)

empat

c)

enam

d)

lapan

4.

Tajuk novel tingkatan empat yang dipelajari oleh calon-calon SPM negeri Johor ialah ...

a)

Silir Daksina

b)

Sejadah Rindu

c)

Di Sebalik Dinara

d)

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

5.

Novel yang dipelajari oleh murid-murid negeri Johor sewaktu tingkatan lima ialah ...

a)

Di Sebalik Dinara

b)

Silir Daksina

c)

Silir Daksinar

d)

Sejadah Rindu

6.

Pilih watak utama dalam novel yang dipelajari di tingkatan empat.

a)

Abdullah bin Kayan

b)

Farisha

c)

Dayang Noor

d)

Haiqal Hakimi

7.

Semua watak di bawah merupakan watak sampingan dalam novel Silir Daksina kecuali ...

a)

Lazim

b)

Siti Rafiqah

c)

Haiqal Hakimi

d)

Abdullah bin Kayan

8.

Dalam novel Di Sebalik Dinara, pejabat Soft Lab terletak di ...

a)

Putrajaya

b)

Nusajaya

c)

Cyberjaya

d)

Jaya Grocer

9.

Menerusi pembacaan dalam novel Silir Daksina, pembaca mengetahui bahawa Haiqal dibesarkan oleh ibu kandungnya dan bapa tiri. Siapakah nama bapa tiri Haiqal Hakimi?

a)

Walid

b)

Abdul Fatah

c)

Abu Bakar

d)

Fattah Amin

10.

Haiqal kehilangan kasih sayang bapa kandungnya berpunca daripada .......

a)

penceraian ibu dan bapanya

b)

bapanya tidak pulang ke pangkuan keluarga

c)

ibunya sibuk menguruskan perusahaan batik

d)

ibu dan bapanya tidak sependapat

11.

Pada permulaan cerita dalam novel Di Sebalik Dinara, rakan serumah Farisha iaitu Shida digambarkan sedang bermain skuasy dengan sebuah android yang diberi nama

a)

Jojo

b)

Jiji

c)

Jeju

d)

Juju

12.

DNA Farisha berjaya dibawa ke makmal untuk tujuan pengesahan identiti melalui sampel ...

a)

air mata

b)

air liur

c)

rambut

d)

retina

13.

Mengapakah Shida amat diperlukan untuk berada di Soft Lab?

a)

Menulis bibliografi Dr. Karl

b)

Menjadi pembantu kepada Aqram

c)

Menggodam sistem Dinara

d)

Menjadi ' physical backup ' kepada Farisha

14.

Pilih PERNYATAAN-PERNYATAAN yang BETUL berkaitan novel Di Sebalik Dinara.

a)

Ketika berada di bawah paras sedar, Karl telah memaklumkan kepada Shida bahawa Khairul Anwar merupakan seorang pengemis yang telah ditukarkan identiti dan ingatannya.

b)

Karl dan Medina sebenarnya merupakan pesaing dalam bidang penciptaan dan teknologi

c)

Dr.Karl membangunkan sistem Dinara namun penceroboh telah menyusupkan bom jangka untuk memusnahkannya.

d)

Dinara dibangunkan oleh Dr.Maxi dan dilengkapi dengan teknologi hypervisor

15.

Tauke Ong telah menyerahkan semua amanah Allahyarham Abdullah bin Kayan kepada Haiqal namun begitu Haiqal terpksa meminta Tauke Ong untuk menguruskan ladang sawit milik ayahnya kerana dia tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang pertanian.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Farisha menerima hakikat bahawa dia merupakan anak angkat dalam keluarga Aqram dengan rasa berat hati.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Azraai sudah mengetahui tentang keberadaan mikrocip dalam badan Farisha namun dia membohongi doktor dengan mengatakan bahawa Farisha sedia maklum dan secara sukarela menyertai satu uji kaji untuk sebuah universiti.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Kebijaksanaan dan kehebatan Farisha dalam bidang teknologi terbukti apabila dia berjaya menyelamatkan sistem sebuah bank yang telah digodam oleh penceroboh. Apakah nama bank tersebut?

a)

Bank Sapurnama

b)

Bank Kok

c)

Bank Sapurba

d)

Bank Saburpa

19.

Farisha ditawarkan oleh pihak Soft Lab untuk menggodam dan menyelamatkan tiga kelompok komputer Soft Lab dengan bayaran RM15 juta dalam tempoh empat minggu

a)

Betul

b)

Salah

20.

Kecintaan Abdullah bin Kayan terhadap seni dan budaya dibuktikan melalui usahanya menubuhkan kumpulan zapin Seri Purnama yang menarikan tarian zapin jincat.

a)

Salah

b)

Betul

21.

Watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan merupakan gambaran kepada ...

a)

Tauke Ong

b)

Ong See How

c)

Ong See Hwa

d)

Ai Ching

22.

Haiqal diminta oleh Tauke Ong untuk belajar selok-belok pengurusan ladang sawit daripada Bidin dan Salleh

a)

Betul

b)

Salah

23.

Dalam novel Silir Daksina, watak Ratna digambarkan sebagai seorang yang ...

a)

tidak mudah berputus asa

b)

pemalu

c)

mencintai seni dan budaya Melayu

d)

materialistik

24.

'Umi' merupakan panggilan yang digunakan oleh Haiqal buat ibunya. Apakah nama sebenar 'umi' ?

a)

Siti Afiqah

b)

Rafidah

c)

Siti Asiyah

d)

Siti Rafiqah

25.

Kehebatan Dr. Karl dalam bidang sains dan penciptaan teknologi terbukti apabila beliau berjaya memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Tawaran kerja yang diberikan kepada Shida di Soft Lab sebenarnya telah dirancang oleh Aqram dan Dr. Maxi.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Farisha dan Rosman bekerjasama untuk membersihkan virus yang menyerang sistem Dinara dalam tempoh 4 minggu

a)

Betul

b)

Salah

28.

Apakah sebab Farisha begitu teruja ketika mula-mula sampai di Hotel Renaissance?

a)

Philips Young menyampaikan ucaptama melalui hologram

b)

Sistem pendaftaran dan pengurusan diuruskan sepenuhnya oleh robot

c)

Farisha bertemu Aqram

d)

Farisha dapat duduk di kerusi beg kekacang ( bean bag )

29.

Siti Rafiqah sangat menentang minat Haiqal dalam bidang seni dan budaya kerana ...

a)

benci akan Abdullah bin Kayan yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka

b)

beranggapan peminat seni dan budaya seolah-olah mengejar bayang-bayang sendiri

c)

dia tiada bakat melukis, menyanyi dan menari

d)

menghalang perancangannya untuk menjadikan Haiqal seorang usahawan yang terkemuka

30.

Manuskrip yang dihantar kepada Haiqal melalui Ong See Hwa merupakan kisah sebenar kehidupan Abdullah bin Kayan

a)

Salah

b)

Betul

31.

Pilih pasangan watak dan sifat positif yang betul

a)

Farisha - berani menghadapi risiko

b)

Aqram - amanah dalam melaksanakan tanggungjawab

c)

Siti Rafiqah - mementingkan diri sendiri

d)

Tauke Ong - pandai menyesuaikan diri

32.

Pilih pernyataan-pernyataan yang betul berkaitan novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

a)

Marilyn dan Karl merupakan pesaing dalam bidang teknologi dan penciptaan. Pada masa yang sama, mereka merupakan ibu bapa kepada Farisha.

b)

Alia merupakan sebuah cyborg yang dijelmakan daripada seorang wanita bernama Rusminah yang telah didera oleh Karl.

c)

Abdul Fatah menyokong hasrat Haiqal untuk ke Kampung Seri Purnama kerana memahami isi hati Haiqal yang rindu akan ayah kandungnya.

d)

Keadaan di balai raya Kg Seri Purnama berubah semenjak pemergian Abdullah bin Kayan kerana tiada pengganti yang mahu meneruskan warisan zapin jincat.

33.

Pembedahan memasukkan mikrocip ke dalam tengkuk Shida menyebabkan memori dan pengalaman Karl selama 20 tahun telah dipindahkan ke dalam otak Shida.

a)

Betul

b)

Salah

34.

Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.

a)

Betul

b)

Salah

35.

Sebelum meninggal dunia, Karl berwasiat agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di ...

a)

Selat Melaka

b)

Selat Sunda

c)

Sungai Melaka

d)

Sungai Abong

36.

Kehadiran Siti Rafiqah ketika Haiqal sedang mempersembahkan tarian zapin menunjukkan kepada pembaca bahawa ...

a)

dia rindu akan anaknya

b)

dia telah menerima minat dan bakat Haiqal yang diwarisi daripada Abdullah bin Kayan

c)

dia perlu memaksa Haiqal untuk meneruskan perniagaan batiknya

d)

rahsia Haiqal telah terbongkar

37.

Pilih amalan-amalan baik yang ditonjolkan oleh masyarakat di Kampung Seri Purnama menerusi novel Silir Daksina.

a)

menerima baik kehadiran Haiqal di kampung mereka

b)

bekerjasama merealisasikan hasrat Haiqal untuk menghidupkan kembali warisan peninggalan ayahnya di kampung itu

c)

memancing ikan puyu ketikan waktu lapang

d)

hidup bertoleransi dan mengenepikan perbezaan kaum serta kepercayaan

38.

Pilih persamaan-persamaan yang dimiliki oleh Abdullah bin Kayan dan Haiqal Hakimi

a)

kedua-duanya memendam rasa rindu yang sangat mendalam

b)

kedua-duanya mahir dalam bidang pertanian

c)

kedua-duanya menderita penyakit barah

d)

kedua-duanya merupakan penulis yang hebat.

39.

Pernyataan di bawah bukan bukti yang menunjukkan kepincangan institusi kekeluargaan dalam novel Di Sebalik Dinara kecuali ...

a)

Karl tidak menjalankan contoh sebagai suami yang baik kerana mendera Rusminah sehingga cacat akibat tidak mahu meninggalkan agama

b)

Karl menukarkan Farisha kepada sebuah cyborg demi memastikan kejayaan penciptaan Sistem Dinara

c)

Karl menceraikan Marilyn selepas wanita itu menjadi separuh gila

d)

Karl menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai untuk dijaga semenjak dia masih bayi

40.

Saya akan memastikan bahawa saya menguasai jalan cerita kedua-dua buah novel dan mendapatkan markah terbaik dalam soalan novel

a)

saya berjanji

b)

saya tidak akan berhenti berusaha

c)

saya akan kerap membaca novel supaya tidak lupa

d)

semua jawapan di atas