NEW
Font size
WorksheetsPerlembagaan Persekutuan 6JP
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Yang manakah benar mengenai Perlembagaan Persekutuan ?
Parlimen mengatasi Perlembagaan
Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
Mahkamah berkuasa untuk meluluskan pindaan Perlembagaan
Peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dimansuhkan
Yang manakah penyataan yang menepati konsep ketertinggian perlembagaan ?
Perlembagaan tidak boleh dipinda
Parlimen berkuasa mentafsir undang-undang
Perlembagaan menjadi punca semua jenis undang-undang
Mahkamah tidak berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Yang manakah pelanggaran hak kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan ?
Encik P tidak dibenarkan masuk ke negeri Sarawak
Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram
Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan
Yang manakah merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan
setiap warganegara bebas menganut agama masing-masing
seseorang yang ditangkap perlu diberitahu kesalahannya
setiap warganegara bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
setiap warganegara tidak boleh dibuang negeri.
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. Adakah agama selain Islam boleh disebarkan secara meluas ?
Ya
Tidak
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan perlembagaan terhadap rakyat
Memberikan hak keistimewaan warganegara kepada bukan warganegara
Memupuk perpaduan nasional
Meningkatkan hutang negara
Berlaku pertindihan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
Semua pernyataan mengenai hak seseorang apabila ditangkap dibawah adalah benar kecuali ....
Encik X dibenarkan berbincang dengan Peguamnya
Encik X boleh memohon Habeas Corpus sekiranya penahanannya tidak sah
Encik X berhak mengetahui kesalahannya
Encik X boleh ditahan lebih 24 jam tanpa perintah tahanan
Penyataan manakah yang benar mengenai Perlembagaan Persekutuan
YDPA mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa badan pemerintah
Ketua Hakim Negara bebas untuk membuat keputusan berkaitan undang-undang negara
Parlimen diberikan kuasa untuk meluluskan undang-undang secara mutlak
Apakah impak sekiranya negara tidak mempunyai undang-undang
Tidak berlaku apa-apa
negara aman dan harmoni
Tiada asas dan panduan kepada pemerintahan negara
kehidupan rakyat terjamin
Habeas Corpus bermaksud ...
Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dibebaskan dari tahanan yang tidak mengikut undang-undang
Perintah yang dikeluarkan oleh pihak Polis kerana melanggar peraturan
Perintah yang dikeluarkan oleh YDPA kerana menghina mahkamah
Perintah yang dikeluarkan oleh Parlimen untuk mendapatkan sokongan
