Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5 (5.1 5.2) 2nd

Total questions: 42

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja? (PILIH 2)

a)

Bincangkan asas perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

b)

Rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Bincangkan penubuhan Malayan Union

d)

Rangka pembentukan Malayan Union

2.

Jawatankuasa Kerja terdiri daripada wakil dari ____________________________

a)

wakil Raja-raja Melayu

b)

wakil UMNO

c)

wakil PUTERA

d)

wakil AMCJA

e)

pegawai kanan British

3.

Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan ___________ dan kerajaan _________________

a)

pusat / negeri

b)

negeri / pusat

c)

persekutuan / negeri

d)

pusat / wilayah

4.

Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga pertengahan bulan November 1946. Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja ini?

a)

Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu unit pentadbiran dan dua buah negeri Selat

b)

Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu

c)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

d)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

5.

Gabungan PUTERA terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu seperti _______________________

a)

PKMM

b)

GERAM

c)

UMNO

d)

AWAS

e)

BATAS

6.

Siapakah pengerusi AMCJA?

a)

John Thivy

b)

Tan Cheng Lock

c)

Ahmad Boestamam

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

7.

Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar ____________________ sebagai wadah untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.

a)

Suara Tangisan

b)

Perjuangan Melayu

c)

Suara Rakyat

d)

Al-Imam

8.

Perlembagaan Rakyat telah mencadangkan Raja-raja Melayu sebagai ______________________________

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Raja Berkuasa Mutlak

c)

Raja Berdemokrasi

d)

Raja Berparlimen

9.

PUTERA-AMCJA telah menganjurkan __________________ pada 20 September 1947 yang meminta semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan.

a)

hartal

b)

mogok lapar

c)

pemberontakan

d)

konfrontasi

10.

Apakah peranan Pegawai Tinggi British dalam Jawatankuasa Kerja?

a)

Pemerhati dan penasihat undang-undang

b)

Merangka perlembagaan baru menggantikan Malayan Union

c)

Penasihat kepada Raja-raja Melayu

d)

Perantara bagi orang Melayu dan kerajaan British

11.

Apakah alasan nasionalis Melayu radikal menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja?

a)

British hanya berbincang dengan UMNO

b)

Tidak melibatkan kaum bukan Melayu

c)

Jawatankuasa ini didominasi oleh pegawai tinggi British

d)

Jawatankuasa ini melibatkan nasionalis radikal

12.

Golongan bukan Melayu turut menentang Jawatankuasa Kerja ini.


Mengapakah golongan bukan Melayu menentang jawatankuasa ini?

a)

Jawatankuasa ini melibatkan kaum bukan Melayu

b)

Jawatankuasa ini berkuasa penuh menentukan masa depan Tanah Melayu

c)

Bimbang hak dan kedudukan bukan Melayu akan ditarik balik

d)

British dituduh tunduk kepada tuntutan UMNO

13.

Gabungan PUTERA-AMCJA telah menyediakan draf Perlembagaan Rakyat dan menyerahkan kepada kerajaan British tetapi ditolak. Apakah reaksi pertubuhan tersebut?

a)

Menganjurkan hartal sebagai tanda penentangan

b)

Melancarkan demonstrasi secara aman

c)

Mendesak kesatuan sekerja melancarkan mogok

d)

Menganjurkan ceramah dan kempen menentang British

14.

Golongan nasionalis Melayu Radikal


Apakah perjuangan golongan ini?

a)

Kedudukan istimewa orang Melayu

b)

Kedaulatan Raja-raja Melayu

c)

Hak semua kaum dalam negara

d)

Pembelaan terhadap orang Melayu

15.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau?

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

16.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan?

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

17.

Siapakah nama tokoh di atas dan apakah peranan tokoh tersebut?

a)

Tan Cheng Lock; Pengerusi AMCJA

b)

John Eber; Pengerusi MDU

c)

Chan Loo; Setiausaha PMFTU

d)

John Thivy; Presiden MIC

18.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

19.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu?

a)

Biru dan kuning

b)

Merah dan kuning

c)

Biru dan putih

d)

Merah dan putih

20.

PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu _________________

a)

semua peniaga harus menyewakan kedai

b)

semua peniaga harus menutup kedai

c)

semua peniaga harus pindah milik kedai

d)

semua peniaga harus membuka kedai untuk 24 jam

21.

Theodore Adams

Roland Braddell

Ralph Hone

Apakah peranan pegawai-pegawai di atas dalam Jawatankuasa Kerja

a)

peguam negara & penasihat kepada sultan

b)

Ketua setiausaha Malayan Union

c)

pegawai pentaksir & ketua jawatankuasa kerja

d)

pegawai pemerhati & penasihat undang-undang

22.

Ahmad Boestamam dalam penulisan bukunya _____________________ menyatakan secara tegas bahawa "mereka" menentang penjajah British kerana British bertindak menindas golongan nasionalis Melayu Radikal

a)

Al-Imam

b)

Utusan Melayu

c)

Testament Politik API

d)

Perjuangan Radikal Rakyat

23.

Bahawa sekalipun kemerdekaan dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan. Siapakah yang memberikan pernyataan ini?

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr.Ismail Abdul Rahman

c)

Abdul Samad Ismail

d)

Samsiah Fakeh

24.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi?

a)

Saranan AMCJA

b)

Saranan PUTERA

c)

Saranan UMNO

d)

Saranan PBB

25.

Apakah maksud dekolonisasi?

a)

Penjajahan semula

b)

Berkerajaan sendiri

c)

Penjajahan berterusan

d)

Latihan berkerajaan

26.

Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) merupakan gabungan

I. Singapura

II. sembilan buah negeri Melayu

III. dua buah Negeri-negeri Selat

IV. tiga buah Negeri-negeri Selat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan?

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Perdana Menteri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

28.

Apakah peranan sultan di peringkat negeri?

a)

menguruskan hal kewangan

b)

mengesahkan rang undang-undang

c)

membantu Pesuruhjaya Tinggi British

d)

mengetuai ketenteraan

29.

Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli?

I. rakyat Raja

II. rakyat British

III. rakyat Singapura

IV. rakyat Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Tingkah laku baik

Tiada rekod jenayah

Menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Taat kepada Persekutuan Tanah Melayu


Ciri-ciri di atas merujuk kepada kewarganegaraan secara _______________

a)

pendaftaran

b)

kuat kuasa undang-undang

c)

jus soli

d)

automatik

31.

Rakyat Raja adalah dua golongan yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan itu?


I. Orang India

II. Orang Cina

III. Orang Melayu

IV. Orang Asli

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Sultan negeri manakah yang menjadi JURUCAKAP semasa perundingan antara Raja-raja Melayu dengan Pihak British pada 27 Mei 1946 di Kuala Kangsar ?

a)

Sultan Perak

b)

Sultan Johor

c)

Sultan Melaka

d)

Sultan Singapura

33.

Tokoh tersebut antara pegawai British yang menyokong PTM 1948.


Beliau mencadangkan British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan.

a)

Sir Ralph Hone

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Malcom MacDonald

34.

Berikut yang manakah cadangan Raja-raja Melayu? (Pilih 2 )

a)

Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya jajahan

b)

Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union

c)

Sultan harus menjadi ketua negara

d)

Perkataan "Negeri-negeri Bersekutu" perlu muncul dalam persekutuan yang baharu

35.

Berikut manakah merupakan pentadbir British yang menyokong konsep Persekutuan Tanah Melayu ?

a)

Sir Otto Holly

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Ralph Hone

d)

Sir Steward Duncan

36.

Manakah yang dianggap sebagai rakyat British di Tanah Melayu?

a)

Ahli keluarga bekas pegawai British di Tanah Melayu

b)

Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu

c)

Mereka yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka

d)

Golongan bukan Melayu yang lahir di negeri Melayu

37.

Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Perundangan Persekutuan?

a)

Merangka undang-undang Tanah Melayu

b)

Memperkenan undang-undang yang diluluskan

c)

Membatalkan undang-undang bertentangan dengan perlembagaan

d)

Mengetuai persidangan Majlis Perundangan Persekutuan

38.

Apakah kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

a)

Membantu kerajaan menghapuskan ancaman komunis

b)

Merintis jalan kepada kemerdekaan

c)

Mewujudkan jurang hubungan antara kaum

d)

Melahirkan kebudayaan kebangsaan

39.

Mengapakah Raja-raja Melayu dan orang Melayu menerima baik Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kaum bukan Melayu tidak lagi layak menjadi warganegara

b)

Memulihkan status Raja-raja Melayu dan orang Melayy

c)

Dasar perlindungan British dihentikan

d)

Menyekat hak dan kebebasan kaum bukan Melayu

40.

Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikatakan menguntungkan kaum bukan Melayu?

a)

Mendapat keistimewaan dalam bidang pentadbiran jika lahir di Tanah Melayu

b)

Diberi peluang untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu

c)

Dilantik ke dalam jawatan tinggi kerajaan

d)

Berpeluang menjadi warganegara

41.

Siapakah yang layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu secara pendaftaran?

a)

Lahir di luar Persekutuan Tanah Melayu

b)

Bermastautin antara 15 hingga 20 tahun

c)

Telah bekerja di Tanah Melayu melebihi 20 tahun

d)

Pegawai British dan bekas pegawai British

42.

Siapakah ahli parlimen British yang telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union? (Pilih 2)

a)

Harold Mac Michael

b)

Ralph Hone

c)

Gammans

d)

Rees Williams