wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 PENGANTUNAN

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah pengantunan seksual kanak-kanak?

a)

Hubungan emosi yang terjalin antara orang dewasa dengan kanak-kanak.

b)

Hubungan fizikal yang terjalin antara orang dewasa dengan remaja.

c)

Hubungan fizikal yang terjalin antara orang dewasa dengan orang dewasa juga.

2.

2) Siapakah sasaran pengantunan seksual kanak-kanak?

a)

Kerap terjadi kepada orang dewasa yang selalu bersendirian dan tidak suka berkawan.

b)

Kerap terjadi kepada kanak-kanak yang cukup kasih sayang dari keluarga.

c)

Kerap terjadi kepada kanak-kanak yang selalu bersendirian atau kurang mendapat kasih sayang dan perhatian.

3.

4) Bagaimanakah pengantunan seksual kanak-kanak berlaku?

( Tandakan 3 pilihan jawapan )

a)

Mendapatkan maklumat tentang mangsa.

b)

Memujuk mangsa.

c)

Mendera,memukul dan mencederakan mangsa.

d)

Memberikan pujian, hadiah dan layanan istimewa kepada mangsa.

4.

5) Adakah pengantunan seksual kanak-kanak boleh berlaku melalui media sosial?

a)

Ya

b)

Tidak

5.

6) Bagaimanakah cara untuk mengelakkan pengantunan sesksual kanak-kanak?

a)

Berkomunikasi secara berhemah tetapi tegas.

b)

Berkomunikasi secara kasar dan memukulnya.

6.

MENGAJAK KAMU MAKAN DAN MINUM SECARA BERSENDIRIAN

7) Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlaku nya pengantunan sesksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.

a)

Saya tak nak la makan bukan sedap pun.

b)

Terima Kasih, saya sudah makan.

7.

MEMBERI KAMU HADIAH ATAU BARANGAN TANPA SEBAB TERTENTU

8) Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan sesksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.

a)

Terima Kasih, tetapi ibu bapa saya tidak membenarkan saya menerima hadiah tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.

b)

Ambil hadiah tersebut dan membuangnya dalam tong sampah.

8.

MENGAJAK KAMU UNTUK KELUAR DAN BERTEMU SECARA BERSENDIRIAN.

9) Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan sesksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.

a)

Berkata ya, dan mengikut sahaja orang yang tidak dikenali itu.

b)

Minta maaf. Saya tidak boleh keluar tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa saya.

9.

MENGAJAK KAMU BERMAIN BERSAMA-SAMA SECARA BERSENDIRIAN.

10) Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan sesksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.

a)

Berkata ya dan main bersama-sama.

b)

Minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang, abang dan kakak saya menunggu disana.

10.

Pengantunan seksual kanak - kanak kerap berlaku terhadap kanak - kanak yang...

a)

kurang mendapat perhatian keluarga

b)

kurang kasih sayang daripada ibu bapa.

c)

kurang kasih sayang daripada kawan - kawan.

d)

kurang perhatian daripada media sosial.

11.

Siapakah yang melakukan pengantunan seksual kanak - kanak?

a)

Ia mungkin dilakukan oleh ahli keluarga mangsa sahaja.

b)

Ia mungkin dilakukan oleh orang yang tidak dikenali sahaja.

c)

Ia mungkin dilakukan oleh kenalan keluarga, ahli keluarga atau orang yang tidak dikenali.

12.

Bagaimanakah pengantunan seksual kanak - kanak boleh berlaku?

a)

Mendapatkan maklumat tentang mangsa.

b)

Memberikan pujian dan hadiah kepada mangsa.

c)

Melakukan sentuhan fizikal kepada mangsa.

d)

Semua jawapan di atas.

13.

Berikut merupakan cara pengantunan seksual yang dilakukan oleh orang dewasa kepada mangsa. Pilih 2 jawapan yang TIDAK TEPAT.

a)

memberikan hadiah

b)

menjaga adab dalam pergaulan

c)

memujuk mangsa

d)

menjaga adab ketika bertutur

14.

Berikut merupakan tindakan - tindakan yang perlu diambil perhatian oleh kanak - kanak agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan seksual. Antaranya adalah...

a)

Jangan mudah percaya dengan kata - kata seseorang yang tidak dikenali

b)

Elakkan diri dengan berjalan bersendirian

c)

Elakkan diri daripada memuatnaik gambar di media sosial

d)

Membiarkan diri disentuh oleh orang lain secara suka - suka