WorksheetsBAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : SIMPULAN BAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Name
Class
Date
1.
Pilih maksud bagi simpulan bahasa 'telinga lintah" yang betul.
a)
orang yang tajam pendengaran
b)
orang yang tidak mendengar nasihat
2.
Saya membawa ________ semasa melawat nenek di hospital.
a)
buah hati
b)
buah tangan
3.
Puan Sita melahirkan _________ yang pertamanya pagi tadi.
a)
anak emas
b)
cahaya mata
4.
Kenalpasti maksud simpulan bahasa,
"Menyimpan perasaan dengki atau cemburu"
"Menyimpan perasaan dengki atau cemburu"
a)
iri hati
b)
hati batu
5.
Apakah maksud simpulan bahasa "tangkai jering"?
a)
orang yang kedekut
b)
orang yang berjimat-cermat
6.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
7.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
8.
Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka telah mendapat _________ tentang program itu.
a)
kata dua
b)
kata sepakat
c)
hitam putih
d)
jalan keluar
9.
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
a)
cangkul angin
b)
embun jantan
c)
cakar ayam
d)
getah bawang
10.
Peniaga itu terpaksa membayar ____________ kepada pelangannya kerana barangan yang dijualnya tidak berkualiti.
a)
wang muka
b)
duit kopi
c)
gaji pokok
d)
ganti rugi
11.
Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga __________
a)
nama baik
b)
nama pena
c)
nama samaran
d)
tanda hati
12.
Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
a)
kepala angin
b)
kepala batu
c)
keras hati
d)
putih mata
13.
Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.
a)
angin makan
b)
makan angin
c)
atas angin
d)
ada angin
14.
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
a)
pisau cukur
b)
puteri lilin
c)
hidung tinggi
d)
bunga dedap
15.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
16.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
17.
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
a)
bekas tangan
b)
tangan terbuka
c)
buah tangan
d)
panjang tangan
18.
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
a)
bekas tangan
b)
tangan terbuka
c)
buah tangan
d)
panjang tangan
19.
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
a)
berat tulang
b)
ringan tulang
c)
ringan mulut
d)
ayam tambatan
20.
Kawan-kawannya tidak suka akan perangai Intan yang __________ kerana dia selalu mengada-ngada.
a)
buruk makan
b)
banyak lemak
c)
hati batu
d)
lipas kudung
100 %
