WorksheetsAyat Sama Maksud Tatabahasa Tahun 6
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir diminta oleh Adib agar menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir akan menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sekiranya Adib menyuruhnya berbuat demikian.
Adib menggalakkan Amir menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Kuala Lumpur.
Jika keadaan menjadi lebih serius, Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya.
Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian hujung tahun nanti," kata Cikgu Ikhwan kepada murid-muridnya.
Cikgu Ikhwan berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian hujung tahun.
Murid-murid meminta Cikgu Ikhwan mengadakan ujian pada hujung tahun.
Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ikhwan pada hujung tahun ini.
Cikgu Ikhwan meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian hujung tahun yang akan datang.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.
Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya.
Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami.
Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.
Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid," kata Cikgu Azizah.
Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Azizah.
Murid-murid Cikgu Azizah diminta beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu.
Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik," kata Rizal.
Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi kandungannya menarik.
Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita Bahasa.
Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana isi kandungannya menarik.
Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Jangan sekali-kali membantah arahan guru," pesan ayah kepada adik.
Ayah mengingatkan adik agar jangan sekali-kali membantah arahan guru.
Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.
Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.
Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada kakitangannya.
Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus syarikat.
Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat.
Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada kakitangannya.
Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada kakitangannya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Mi rebus ini sedap tetapi agak pedas," kata Rita kepada Melati.
Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Lantai itu bersih kerana baru disapu oleh ibu.
Lantai yang baru disapu oleh ibu itu bersih.
Ibu baru saja menyapu lantai yang bersih itu.
Ibu menyapu lantai baru itu sehingga bersih.
Lantai baru yang bersih itu telah disapu oleh ibu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Potret yang cantik itu dilukis oleh seorang pelukis yang terkenal.
Pelukis yang termasyhur telah mengeluarkan kecantikan potret itu.
Potret yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pelukis yang cantik itu.
Pelukis yang terkenal telah menghasilkan potret yang cantik itu.
Kecantikan potret yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pelukis yang terkenal.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu.
Kata Maria, "Tahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Kata Maria, "Ucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Kata Maria, "Syazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri tahniah."
Kata Maria, "Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Datuk perlu kita bawa ke hospital untuk diubati penyakitnya," kata Latif kepada adik-adiknya.
Latif dan adik-adiknya disuruh membawa datuk mereka ke hospital untuk diubati penyakitnya.
Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital untuk dirawat.
Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital sebelum penyakitnya melarat.
Latif menyuruh adik-adiknya membawa datuknya yang sakit itu ke hospital untuk diubati.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Karim menasihati Siva supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Siva mematuhi peraturan jalan raya setelah dinasihati oleh Karim.
Siva dinasihati oleh Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Sivalah yang menasihati Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Karim mematuhi peraturan jalan raya setelah menasihati Siva.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana," kata Sarina.
Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya..
Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana dia hendak menolong Liana.
Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Dr. Noor Hisham menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Dr. Noor Hisham dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
Kata Cikgu Siti kepada Ros,”Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan.”
Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.
Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.
Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.
Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan.
Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.
Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.
Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.
”Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini,” kata Hakim kepada Faizul.
Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan terbuka.
Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka.
Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan terbuka.
Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan tangan terbuka.
Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat lamanya itu.
Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.
A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.
Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
A Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.
B Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba.
C Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.
D Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
