Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 1 Bab 8

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?

a)

Taburan penduduk yang sama rata

b)

Taburan penduduk yang tidak sekata

c)

Tumpuan penduduk di kawasan pertanian sahaja

d)

Kawasan pedalaman tanpa penduduk

2.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan berlorek dalam peta?

a)

Sosial

b)

Pendidikan

c)

Fizikal

d)

Ekonomi

3.

Di Malaysia, penduduk bertumpu di lembah sungai kerana

I tanih yang subur untuk pertanian

II kemudahan pengangkutan sungai

III bebas daripada kemarau

IV bebas daripada bencana alam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Apakah faktor yang menjadikan kawasan di bawah berpenduduk jarang?


-Ulu Tembeling (Pahang)

-Tasik Banding (Perak)

-Kapit (Sarawak)

a)

Tempat penginapan yang mahal

b)

Kejadian bencana alam

c)

Darjah ketersampaian yang rendah

d)

Bentuk muka bumi yang tidak rata

5.

Mengapakah kawasan berlorek P, Q dan R berpenduduk padat?

a)

Kawasan perlombongan petroleum

b)

Lokasi bandar pentadbiran negeri

c)

Tanah subur untuk pertanian

d)

Kawasan yang aman dan selamat

6.

Bagaimanakah aktiviti perindustrian menggalakkan tumpuan penduduk di sesuatu kawasan?

a)

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan

b)

Bentuk muka bumi yang rendah

c)

Sumber makanan banyak dan murah

d)

Pelbagai barangan keperluan yang murah

7.

Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2016 adalah seramai

a)

30 juta orang

b)

26.8 juta orang

c)

31.7 juta orang

d)

42.1 juta orang

8.

Berapakah jenis taburan penduduk di Malaysia?

a)

1

b)

4

c)

2

d)

3

9.

Kawasan berpenduduk padat adalah seperti

a)

Kuching (Sarawak)

b)

Dungun (Terengganu)

c)

Kapit (Sarawak)

d)

Tumpat (Kelantan)

10.

Kegiatan perniagaan dijalankan di...

a)

Kawasan Berpenduduk Jarang

b)

Kawasan Berpenduduk Sederhana

c)

Kawasan Berpenduduk Padat

11.

Menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur. Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Kawasan Berpenduduk Jarang

b)

Kawasan Berpenduduk Sederhana

c)

Kawasan Berpenduduk Padat

12.

Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat termasuk dalam faktor

a)

Dasar Kerajaan/Governan

b)

Faktor Sosial

c)

Faktor Fizikal

d)

Faktor Ekonomi

13.

Kawasan yang berwarna merah adalah kawasan

a)

berpenduduk padat

b)

berpenduduk sederhana

c)

berpenduduk jarang

d)

tiada penduduk

14.

Untuk faktor ekonomi kawasan-kawasan berikut berpenduduk padat kecuali

a)

kawasan pertanian

b)

kawasan perindustrian

c)

kawasan perlombongan

d)

kawasan perikanan

15.

Bandar-bandar berikut berpenduduk padat kecuali

a)

Kuching

b)

Kota Kinabalu

c)

Shah Alam

d)

Tumpat

16.

Kawasan berpenduduk padat bermaksud

a)

kurang dari 50 org sekilometer persegi

b)

50-200 orang sekilometer persegi

c)

lebih dari 200 orang sekilometer persegi

d)

tiada satu pun di atas

17.

Ini adalah gambar foto Taman Negara Pahang. Faktor taburan penduduk adalah mengikut dasar kerajaan/governan di bawah

a)

Tanah Rancangan

b)

Pembukaan Bandar Baharu

c)

Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara

d)

Infrastruktur

18.

Apakah maksud taburan penduduk?

a)

Perbezaan penduduk yang terdapat di sesuatu kawasan

b)

Sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara

c)

Jumlah penduduk di sesuatu negara

d)

Purata penduduk di sesuatu negara atau kawasan

19.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?


I Taburan penduduk di Malaysia ialah sekata

II Taburan penduduk padat di bandar-bandar utama

III Kawasan jarang penduduk terletak di pedalaman

IV Negeri paling padat penduduk ialah Johor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan yang berpenduduk padat?

a)

Memindahkan penduduk ke bandar lain

b)

Pembukaan bandar baharu di pinggir bandar induk

c)

Pembinaan lebih banyak rumah kos rendah

d)

Mengusir keluar penghuni yang menganggur