wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Farid mencarik ____________ kertas untuk menulis nombor telefon rakannya itu.

a)

segulung

b)

secebis

c)

sekeping

2.

Puan Anne memasukkan __________ garam ke dalam sayur yang dimasaknya.

a)

secubit

b)

seketul

c)

secawan

3.

Pasukan polis menemukan beberapa _______________ peluru terlekat pada dinding bangunan itu.

a)

butir

b)

kapal

c)

buah

4.

_____________ singa berlegar-legar di kawasan zoo sambil diperhatikan oleh pegawai yang bertugas.

a)

Sebiji

b)

Segerombolan

c)

Sekawan

5.

Mak Cik Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dipesan oleh pelanggannya.

a)

hiris

b)

batang

c)

ketul

6.

Tok Ayah membeli se _________ tongkat di pasar raya untuk memudahkannya berjalan.

a)

kaki

b)

bilah

c)

buah

7.

Se___________ burung terkukur hinggap di atas dahan itu.

a)

biji

b)

buah

c)

ekor

8.

Beberapa ____________ rambut ditemukan di dalam perut buaya yang baru sahaja dibelah itu.

a)

ikat

b)

gulung

c)

gumpal

9.

Sesetengah ibu bapa menyumbangkan beberapa ____________ majalah pendidikan kepada pihak perpustakaan sekolah setiap bulan.

a)

butir

b)

buah

c)

naskhah

10.

Mesin itu boleh menghasilkan 1500 ___________ sate dalam masa sejam.

a)

baris

b)

hiris

c)

cucuk

11.

Mardiana memasukkan beberapa ___________ ais ke dalam gelas.

a)

biji

b)

ketul

c)

batang

12.

Dengan hanya ___________ MyKad, kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan.

a)

sebiji

b)

sebuah

c)

sekeping

13.

Pak Meon mengusahakan se ___________ tanah peninggalan arwah ayahnya.

a)

keping

b)

gelung

c)

bidang

14.

Pihak polis melepaskan se __________ tembakan ke udara.

a)

butir

b)

das

c)

buah

15.

Pak Cik Rashid telah membeli beberapa __________ kawat berduri untuk memagari kebunnya.

a)

bidang

b)

gulung

c)

gelung

16.

Ayah menghadiahi ibu s ______ rantai emas pada hari ulangtahun perkahwinan mereka.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

17.

Se __________ kata pun tidak terucap walaupun sudah setengah jam mereka duduk di meja makan itu.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

18.
Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
a)
biji
b)
ulas
c)
buah
d)
buku
19.

Kamala mengelap peluh dengan se_______ sapu tangan.

a)

buah

b)

batang

c)

helai

20.

Kakak memakai se__________ cincin berlian yang cantik.

a)

bentuk

b)

biji

c)

butir

21.

Dini menerima se______ surat daripada rakan penanya yang tinggal di Sarawak.

a)

helai

b)

pucuk

c)

keping

22.

Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang yang tajam.

a)

biji

b)

batang

c)

bilah

23.

Guru besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.

a)

rangkap

b)

ruas

c)

patah

24.

Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.

a)

jalur ….. pintu

b)

kaki ….. baris

c)

batang ….. deret

25.

Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini? tanya Mak Esah kepada penjual itu.

a)

sebakul ..... seberkas

b)

selonggok ..... seikat

c)

sekawan ...... sepokok