Font size
WorksheetsPendidikan Islam
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Maksud puasa dari segi istilah ialah ? Pilih jawapan yang paling tepat
Menahan diri dari lapar dan dahaga
Menahan diri dari lapar ,dahaga dan perkara-perakara yang membatalkan puasa sahaja
Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari mengikut syarat tertentu dan disertai dengan niat
Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari mengikut syarat tertentu tanpa niat
Puasa dari segi bahasa ialah ?
Menahan diri
Menahan diri dengan niat
Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dengan niat
Apakah hukum berpuasa bagi individu muslim pada bulan Ramadhan
Wajib
Sunat
Makruh
Harus
Yang manakah antara berikut bukan syarat wajib puasa?
Islam
Baligh bukan kanak-kanak
Tiada uzur syar'ie yang menghalang untuk berpuasa
Mumayyiz
Tiada uzur syarie yang mengharuskan untuk berbuka puasa.
syarat ini ialah syarat apa?
Syarat wajib berpuasa
Syarat sah puasa
Rukun Puasa
Berikut adalah uzur syarie yang mengharuskan seseorang untuk berbuka puasa kecuali
Musafir
Sakit yang memudharatkan
Orang tua atau pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
pitam sepanjang hari
Kesemua berikut adalah uzur syarie yang menghalang seseorang itu daripada berpuasa kecuali?
Haid atau nifas
Gila walaupun seketika
Pitam sepanjang hari
Orang yang melakukan pekerjaan berat sepanjang hari
Rukun puasa ada dua. Nyatakan rukun-rukun tersebut
(a)
Maksud Qada ialah
Mengganti semula puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan
Mengganti puasa yang ditiggalkan pada bulan Syaaban
Memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi negara itu
Memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar 675g makanan asasi negara itu
Fidyah ialah ? Pilih jawpaan yang paling tepat
Memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi negara itu bagi sehari puasa yang ditinggalkan
Memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar 2 cupak makanan asasi negara itu bagi sehari puasa yang ditinggalkan
Memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar secupak makanan asasi negara
Kafarah ialah denda yang dikenakan kepada isteri kerana membatalkan puasa puasa pada bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan . Betul atau salah
Betul
Salah
Kafarah dikenakan kepada suami mengikut turutan denda.
betul atau salah
Betul
salah
i ) Jika tidak mampu, hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin dengan kadar secupak seorang
ii) Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut
iii) Memerdekakan seorang hamba.
kesemua diatas adalah denda yang dikenakan terhadap suami yang melakukan persetubuhan disiang hari pada bulan Ramadhan. Susun denda berikut mengikut urutan.
ii - i - iii
i - ii - iii
iii - ii - i
iii - i ii
Berikut adalah senarai orang yang wajib Qada puasa Ramadhan yang ditinggalkan kecuali
Musafir yang diharuskan syarak
orang yang diimpa sakit yang memudharatkan
Perempuan haid atau nifas
Ibu yang menyusukan atau mengandung yang bimbang akan kesihatan dirinya
orang tua yang tidak mampu berpuasa
Haniza mengandung 5 bulan, pada bulan Ramadhan yang lepas dia tidak berpuasa selama 10 hari kerana bimbang akan kesihatan anak di dalam kandungannya.
Jadi apakah yang Haniza perlu lakukan untuk mengganti semula puasa tersebut?
Wajib qada sahaja
Wajib fidyah sahaja
Wajib qada dan fidyah
Soerang lelaki telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan. Perbuatan tersebut telah menyebabkan puasanya batal dan dia dikenakan kafarah.
Apakah yang patut dilakukan oleh lelaki itu sebagai denda ke atas perbuatannya?
Wajib qada sahaja
Wajib qada dan kafarah
Wajib qada dan fidyah
Rania telah meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan 2020 sebanyak 7 hari kerana datang haid. Dia kemudian hanya sempat menggantikan puasa selama 5 hari tanpa ada keuzuran. ketika masuk bulan Ramadhan 2021 berbaki lagi 2 hari puasa yang tidak diganti.
Apakah yang Rania perlu lakukan pada untuk menggantikan 2 hari puasa yang tidak sempat diganti oleh dia itu?
Wajib qada dan fidyah
wajib fidyah
wajib qada dan kafarah
Atuk tidak mampu berpuasa kerana usianya yang terlalu tua dan tidak ada tenaga.
Apakah yang perlu dilakukan oleh atuk/warisnya untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh Atuk
Wajib fidyah sahaja
Wajib qada dan fidyah
Nenek telah meninggal dunia. Ketika itu nenek masih belu msempat mengganti puasanya selama 1 hari. Anak-anaknya juga tidak menggantikan puasa untuk nenek
apakah yang perlu dilakukan oleh waris untuk menggantikan puasa nenek?
Wajib fidyah sahaja
Wajib qada sahaja
Wajib qada dan fidyah
Antara berikut yang manakah bukan hikmah berpuasa
Menambah ketaatan kepada Allah
Memelihara kesihatan badan kerana merehatkan sistem pencernaan
Menjimatkan perbelanjaan kerana puasa dapat mengurangkan perbelajaan makan dan minum disiang hari
Memberi kemudharatan kepada pesakit yang tidak boleh sembuh
