Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UBF 1143 PRINSIP PEMASARAN (LATIHAN BAB 6)

Total questions: 10

Worksheet time: 2hrs 31mins

Name
Class
Date
1.

Barangan “chocolate choice” yang dibeli oleh Ahmad di kedai Ecotiga Ringgit tidak memaparkan tarikh luput, kandungan produk dan alamat pengeluar atau pengimport. Situasi ini merujuk kepada isu ______________ .

a)

A. pelabelan

b)

B. pembungkusan

c)

C. pembangunan harga

d)

D. pembangunan produk

2.

Antara yang berikut, manakah institusi utama yang mengeluarkan sijil halal kepada pemasar barangan halal.

a)

A. Jabatan Agama Islam Negeri

b)

B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

C. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

d)

D. Institut Kefahaman Islam Malaysia

3.

Kementerian ini berperanan menentukan dan memantau harga barang-barang keperluan sekiranya pengguna membuat aduan kenaikan harga barang. Kementerian ini merujuk kepada ________________ .

a)

A. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

b)

B. Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Kepenggunaan

c)

C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

d)

D. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

4.

Diberi pernyataan seperti berikut:

Iklan yang menggambarkan seksualiti wanita dan tidak menggambarkan kecerdasan wanita tersebut boleh dianggap tidak sopan.

Pilih isu dalam pengiklanan yang menerangkan pernyataan tersebut.

a)

A. Manipulasi

b)

B. Iklan ancaman

c)

C. Penipuan pengiklanan

d)

D. Kebenaran dalam pengiklanan

5.

Tindakan yang manakah berkait dengan dimensi ‘manfaat yang pasif’ dalam Teori Etika Pengguna?

a)

A. Meletakkan semula barangan yang telah dicuba tanpa membelinya.

b)

B. Membeli sesuatu barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula walaupun harganya mahal.

c)

C. Melaporkan barang yang hilang sebagai ‘dicuri’ kepada syarikat insurans untuk menuntut wang pampasan.

d)

D. Tidak berkata apa-apa dan mengambil wang apabila juruwang memberi baki wang yang melebihi daripada yang sepatutnya.

6.

Syarikat McDonal’s sering mendapat kritikan daripada pembeli berkaitan dengan produk baharu yang ditayangkan di televisyen tidak sama seperti produk yang dijual. Pernyataan ini merujuk kepada isu _______________ .

a)

A. produk

b)

B. pengguna

c)

C. pengiklanan

d)

D. perhubungan awam

7.

Situasi berikut diberikan kepada anda:

Pn. Siti mendapati penjaja di pasar tidak mempamerkan harga buah-buahan dan selalu meletakkan buah-buahan yang rosak di bahagian bawah dan cuba menyembunyikan kebenaran tentang kandungannya.

Apakah isu etika pemasaran yang berlaku berdasarkan situasi di atas?

I. Keselamatan

II. Pelabelan

III. Pembungkusan

IV. Pengetahuan pengguna

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

8.

Situasi berikut diberikan kepada anda:

Encik Faris telah menyewa satu bilik di hotel dan mendapati jenis bilik yang ditunjukkan dalam iklan adalah berbeza dengan bilik sebenar. Selain itu, caj tambahan tersembunyi telah dikenakan semasa pemulangan kunci bilik.

Apakah isu etika pemasaran yang dihadapi oleh Encik Faris berdasarkan situasi tersebut?

I. Manipulasi

II. Penipuan harga

III. Kebenaran dalam pengiklanan

IV. Pengetahuan pelanggan tentang harga

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

9.

Seseorang peniaga yang menjual produk cetak rompak di premis perniagaan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pernyataan ini merujuk kepada kesalahan dari segi ____________ .

a)

A. paten

b)

B. duplikasi

c)

C. cap dagangan

d)

D. hak cipta terpelihara

10.

Berikut adalah etika pemasaran yang boleh dijadikan pegangan oleh Syarikat Kerepekku Sedap dalam menjalankan pemasaran kepada pelanggan KECUALI:

a)

A. Harga diukur dengan kemampuan kuasa beli masyarakat.

b)

B. Menggunakan pengiklanan untuk merayu keinginan, keperluan dan emosi pelanggan.

c)

C. Iklan perlu menyampaikan sebahagian maklumat tentang produk yang diiklankan.

d)

D. Produk yang dihasilkan perlu berguna dan dapat memuaskan kehendak pelanggan.