WorksheetsKUIZ ULANGKAJI PUISI TRADISIONAL DAN MODEN ANTOLOGI KOMSAS
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Berdasarkan Syair Pohon Buluh, apakah maksud rangkap ketiga syair?
Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status. Barulah hidup aman dan harmoni.
Pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan darjat.
Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.
Pilih tema Syair Pohon Buluh yang paling tepat.
Kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.
Kesyukuran atas nikmat yang Tuhan kurniakan.
Kepentingan bersatu padu menentang musuh.
Pilih DUA persoalan Syair Pohon Buluh.
Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan saksama.
Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.
Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
Berdasarkan Syair Pohon Buluh, berapakah bilangan suku kata bagi baris kedua rangkap kedua syair?
*Tulis dalam bentuk nombor
(a)
Pilih TIGA bentuk sajak bagi Pantun Dua Kerat (Nasihat).
Mempunyai lima rangkap
Setiap rangkap mempunyai dua baris
Rima akhir pantun ialah a,a
Pantun berbentuk bebas
Pantun mempunyai 10 baris
Apakah maksud rangkap pertama Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.
Pilih DUA nilai yang terkandung dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
Kerajinan
Kesungguhan
Menghormati orang tua
Kasih sayang
Berapakah bilangan perkataan bagi baris pertama rangkap ketiga Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
*Tulis dalam bentuk perkataan
3
5
4
Apakah tema Pantun Dua Kerat (Nasihat)?
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.
Keyakinan diri yang harus dipupuk daripada kecil.
Penghormatan terhadap jasa para pejuang negara.
Apakah maksud duafa yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak Kita Umpama Sehelai Daun?
Orang yang lemah atau daif.
Orang yang mengambil orang lain untuk bekerja.
Orang yang baik hati dan pemurah.
Apakah maksud kikir yang terdapat dalam rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun?
Kedekut/bakhil
Baik hati
Sombong
Apakah maksud rangkap kedua sajak Kita Umpama Sehelai Daun?
Manusia haruslah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara.Hal ini dapat membantu golongan yang lemah lantas menjanjikan pembangunan negara yang seimbang.
Manusia diharap dapat menabur bakti sepanjang hidupnya agar jasa tersebut tetap dikenang.
Kita tidak boleh angkuh dengan kelebihan yang dimiliki kerana pada satu ketika setiap manusia akan meninggal dunia.
Pilih rima akhir yang tepat bagi rangkap ketiga sajak Kita Umpama Sehelai Daun?
a,b,c,b,d
n,a,i,a,p
a,b,b,c,d
Pilih DUA pengajaran yang boleh diteladani daripada sajak Kita Umpama Sehelai Daun.
Kita harus bersikap baik hati terhadap insan yang kurang bernasib baik agar kebajikan mereka terpelihara.
Kita harus insaf terhadap keupayaan diri yang bersifat sementara agar tidak melakukan kesilapan.
Kita haruslah bijak menggunakan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.
Kita sewajarnya menjaga nama baik ahli keluarga kerana ahli keluarga ialah orang yang paling berjasa kepada kita.
Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, berikan satu elemen sinkope (singkatan perkataan) yang terdapat dalam sajak ini.
(a)
Apakah maksud rangkap keempat sajak Kuingin Berterima Kasih?
Penyajak berterima kasih kepada hujan kerana mendinginkan suasana yang panas dan meredakan kemarahan.
Penyajak amat mengagumi pejuang negara yang berkorban demi negara dan setia menjaga kedaulatan tanah air
Penyajak ingin menjadi bunga yang mewangi supaya dapat mengurangkan keresahan masyarakat yang ditimpa peperangan.
Apakah tema sajak Kuingin Berterima Kasih?
Sifat menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan.
Penghormatan kepada jasa perwira negara.
Kepelbagaian ragam masyarakat majmuk di sesebuah negara.
Berapakah jumlah suku kata bagi baris pertama rangkap kelima sajak Kuingin Berterima Kasih?
*Tulis dalam bentuk nombor
(a)
Pilih DUA persoalan yang berkaitan dengan sajak Kuingin Berterima Kasih.
Persoalan tentang keinsafan atas akibat peperangan.
Persoalan tentang kesyukuran terhadap hasil tangkapan daripada lautan.
Persoalan tentang kelebihan menghargai masa.
Persoalan tentang sifat angkuh kerana merasakan diri mempunyai kelebihan berbanding orang lain.
Berikan unsur sinkope (singkatan perkataan) yang terdapat dalam sajak Aku.
(a)
Pilih rima akhir rangkap ketiga sajak Aku.
a,b,c
a,t,n
a,c,b
Apakah maksud rangkap terakhir sajak Aku>
Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagao pencipta alam.
Penyajak menyesali segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.
Penyajak perlu insaf dengan berbakti kepada masyarakat.
Apakah maksud berbilur yang terdapat dalam sajak Kunci Bahasa?
Bekas pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis.
Kecacatan akibat dipukul dengan benda tajam.
Luka yang susah untuk diubati.
Berdasarkan sajak Kunci Bahasa, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersejarah?
Bahasa yang digunakan dalam perbincangan dan perbahasan.
Bahasa yang digunakan dalam pelbagai urusan harian.
Bahasa yang dapat mengeratkan hubungan dan persahabatan.
Berdasarkan sajak Kunci Bahasa, apakah DUA fungsi bahasa?
Untuk mengeratkan perhubungan dan persahabatan.
Digunakan dalam pelbagai urusan harian.
Untuk mencetuskan perbalahan.
Merupakan medium untuk meluahkan ketidakpuasan hati.
