wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 3 - REKA BENTUK LANDSKAP

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Reka Bentuk Landskap merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia melalui proses kerja kreatif atau secara semula jadi.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Hasil reka bentuk landskap bertujuan

a)

menyesakkan pemandangan

b)

mengindahkan suasana ruang

c)

meningkatkan kualiti ruang

d)

mewujudkan suasana harmoni

3.

Berikut merupakan Peranan Pereka Bentuk Landskap , kecuali ....

a)

Merancang menghias ruang landskap dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip-prinsip rekaan dalam reka bentuk landskap.

b)

Mendapatkan maklumat yang diingini oleh pelanggan mengikut peruntukan projek dan fungsi ruang tersebut hendak digunakan.

c)

Memastikan setiap reka bentuk yang dihasilkan memenuhi standard dan mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

d)

Memastikan ruang menjadi sempit dan sesak dengan pokok untuk keindahan alam semesta.

4.

Berikut merupakan Ciri-ciri Seorang Pereka Landskap ...

a)

Kreatif dan inovatif.

b)

Mengutamakan idea kendiri berbanding pelanggan

c)

Kemahiran menyelesaikan masalah.

d)

Kefahaman dalam ilmu seni, fizik, sejarah, matematik dan sains.

5.

Berikut merupakan langkah proses reka bentuk:

a)

Menjalankan inventori dan analisis tapak.

b)

Menentukan keperluan.

c)

Membuat gambar rajah fungsi.

d)

Membangunkan reka bentuk konseptual.

e)

Melukis reka bentuk akhir.

6.

Reka bentuk landskap yang berjaya merupakan rekaan yang memiliki konsep yang ...... .

a)

sekata

b)

jelas

7.

Konsep Reka Bentuk Landskap berfungsi sebagai:

a)

Panduan untuk mewujudkan persaingan dan perpaduan kepada hasil rekaan landskap.

b)

Lakaran sampingan yang dilukis secara suka-suka untuk kepentingan diri sendiri

c)

Membantu membimbing pereka landskap dalam mereka bentuk sesuatu projek.

d)

Menjelaskan fungsi bagi reka bentuk dengan baik melalui gambaran kegunaan dan pergerakan terhadap ruang yang dihasilkan.

8.

Konsep ialah paradigma bagi penyatuan sesebuah projek reka bentuk dan selalunya dianggap sebagai ............ .

a)

pengajaran

b)

metafora

c)

latar

d)

tema

9.

............................... ialah pendekatan popular yang memberi

acuan yang agak jelas dan ringkas untuk projek reka bentuk landskap.

a)

Tema taman bersejarah

b)

Tema serantau

10.

......................... boleh berkisar dari taman Perancis yang tidak formal sehingga kebangkitan rasmi taman English Cottage.

a)

Tema taman bersejarah

b)

Tema serantau

11.

Terdapat ............... Prinsip Asas Reka Bentuk Taman Mini .

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

12.

Berikut merupakan antara Prinsip Asas Reka Bentuk Taman Mini, kecuali ....

a)

Skala

b)

Keseimbangan

c)

Penumpuan

d)

Pemalsuan

13.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Jepun ialah ...

a)

Jenis taman kering atau taman batu.

b)

Dalam konsep ini biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung, pokok-pokok, binaan klasik, binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik.

14.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Inggeris ialah ......

a)

Penggunaan barangan serta aksesori tradisional seperti patung-patung juga menjadi identiti landskap ini dan ia membezakannya dengan taman-taman tropikal.

b)

Merupakan gaya landskap yang terhasil

di England pada awal abad ke-18.

15.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Taman Melayu ialah ..........

a)

Mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan.

b)

Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga.

16.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Islam ialah .....

a)

Konsep ini mempunyai tiga fungsi iaitu praktikal, agama dan nilai estetika.

b)

Antara elemen yang mempengaruhinya

adalah daripada budaya Pulau Dewata seperti

penggunaan tanaman yang menjadi salah satu

ciri taman ini. Sebagai contoh, penggunaan

pokok kemboja dan pandan Bali.

17.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Bali ialah .....

a)

Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga.

b)

Kebanyakan hiasan bagi landskap taman berkonsep Bali yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna.

18.

Berikut merupakan simbol untuk .....

a)

Simbol Renek

b)

Simbol Pokok

c)

Simbol Binaan

19.

Berikut merupakan simbol untuk .....

a)

Simbol Renek

b)

Simbol Pokok

c)

Simbol Binaan

20.

Berikut merupakan simbol untuk .....

a)

Simbol Renek

b)

Simbol Pokok

c)

Simbol Binaan