wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ CATUR SK TELUK KEPAYANG

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Satu set permainan catur memerlukan dua pemain. Seorang akan menggunakan buah putih (cerah) manakala seorang lagi menggunakan buah hitam (gelap)


Berapakah bilangan pemain untuk bermain 1 set catur?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

2.

Suatu papan catur dibina pada papan yang mengandungi 8x8 petak dimana warna putih dan hitam berselang seli.


Suatu set catur mengandungi _______ petak.

a)

8

b)

16

c)

64

d)

100

3.

Rajah menunjukkan buah bidak (pawn). Terdapat 8 buah bidak bagi setiap pemain.


Apakah nama buah yang ditunjukkan pada gambar?

a)

Bida

b)

Bidak

c)

Budak

d)

Buaya

4.

Pemain buah putih akan mempunyai 8 bidak putih manakala pemain buah hitam akan mempunyai 8 bidak hitam.


Di dalam set catur akan mempunyai sebanyak ____ bidak

a)

8

b)

2

c)

4

d)

16

5.

Mengikut peraturan catur, buah bidak (pawn) hanya boleh bergerak 1 petak atau 2 petak kehadapan pada gerakan pertama, kemudian hanya boleh bergerak 1 petak kehadapan pada pergerannya yang seterusnya.


Berdasarkan rajah, manakah gerakan bidak pada gerakan pertama yang dibetul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Benteng / tembok (rook / castle ) adalah nama yang diberikan kepada buah catur yang berbentuk seperti tembok kota istana. Benteng hanya dibenarkan bergerak lurus ke kiri kanan, depan atau belakang tanpa melangkah mana-mana buah catur yang lain.


Apakah nama buah catur berikut?

a)

Bidak / pawn

b)

Benteng / Rook

c)

Pahlawan / Knight

d)

Menteri / Bishop

7.

Bentuknya seperti bidak (pawn) tetapi saiznya lebih tinggi. Buah ini disebut menteri atau gajah (Bishop). setiap pemain akan mempunyai 2 buah bishop. 1 akan berada dipetak putih dan satu lagi berada dipetak hitam. Bishop hanya bergerak secara menyerong tanpa melangkah buah catur yang lain.


Apakah nama bagi buah catur seperti dalam rajah?

a)

Menteri / Bishop

b)

Raja / King

c)

Permaisuri / Queen

d)

Pahlawan / Knight

8.

Buah yang berbentuk kuda ini mewakili pahlawan berkuda. Buah ini dinamakan pahlawan (Knight) tetapi kebiasaan orang menyebutnya kuda. Buah ini boleh bergerak ke kiri, kanan, depan atau belakang tetapi gerakannya berbentuk huruf L.


Apakah nama buah catur yang berbentuk seperti kuda?

a)

Raja / King

b)

Pahlawan / Knight

c)

Permaisuri / Queen

d)

Bidak / Pawn

9.

King ialah buah catur yang paling berharga. buah catur ini biasanya memakai mahkota seperti simbol "+". King hanya boleh bergerak 1 petak sahaja kesemua arah. Setiap pemain hanya boleh mempunyai 1 king sahaja sepanjang permainan.


Antara berikut yang manakah adalah King?

a)
b)
c)
d)
10.

Setiapa pemain pada awalnya diberikan 1 buah permaisuri. Permaisuri antara buah yang paling berpengaruh kerana buah ini boleh bergerak seperi benteng dan menteri ke semua arah. buah ini dikenali dengan melihat kepada mahkotanya.


Buah catur yang berupaya bergerak seperti benteng dan menteri ialah __________

a)

Raja / King

b)

Pahlawan / Knight

c)

Menteri / Bishop

d)

Permaisuri / Queen

11.

"Check" ialah suatu keadaan dimana raja telah diancam oleh buah musuh untuk dibunuh. Apabila di"check" raja perlulah menyelamatkan diri atau melindungi raja dari terbunuh.


Apakah yang dimaksudkan dengan "check"?

a)

Boleh tukar duit di bank

b)

Permaisuri terancam

c)

Raja terancam

d)

Terdapat ancaman covid-19

12.

"Check" ialah suatu keadaan dimana seorang pemain mengancam untuk "membunuh" raja pihak lawan dengan menggunakan apa sahaja buah caturnya. Raja yang terancam harus dilindungi. Antaranya ialah raja perlu bergerak ke petak yang lebih selamat, membunuh buah yang menjadi pengancam tersebut ataupun boleh melindungi raja dengan buah catur yang lain.


Apakah yang TIDAK boleh dilakukan ketika Raja dalam keadaan "check"?

a)

Raja melarikan diri ke petak lain

b)

Gunakan buah catur lain untuk melindungi Raja

c)

membunuh buah catur yang menjadi pengacam

d)

Raja bertukar tempat dengan Rook

13.

"checkmate" ialah keadaan kepada situasi dimana raja sudah tidak dapat disematkan lagi dari ancaman bunuh. Raja tiada tempat selamat untuk bergerak lagi, tiada buah yang berupaya melindungi raja serta tiada buah yang mampu membunuh pengancam raja.


Apakah yang dimaksudkan dengan "Checkmate"?

a)

Keadaan membunuh pahlawan berkuda

b)

Keadaan Raja bergerak seperti Permaisuri

c)

Keadaan Raja telah "ditawan" musuh

d)

Keadaan Raja kawin dua

14.

Bidak walaupun sering dijadikan umpan untuk mengurangkan jumlah buah di atas papan catur. Namun bidak yang berjaya bergerak hingga ke petak hujung akan diberi penghormatan besar. Iaitu buah bidak diberi pilihan samada untuk bertukar menjadi permaisuri, menteri, pahlawan atau benteng.


Apakah yang berlaku jika buah bidak bergerak sehingga sampai ke petak hujungnya?

a)

Buah bidak akan mati

b)

Buah bidak boleh melakukan "check"

c)

Buah bidak boleh membunuh permaisuri

d)

Buah bidak boleh ditukar menjadi buah permaisuri

15.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap kalah bermain catur.

1) Menyerah kalah

2) Raja telah ditawan dan tidak mampu dilindungi lagi

3) pemain yang tamat tempoh masa untuk berfikir


Yang manakah BUKAN seseorang pemain catur dianggap kalah dalam permainan?

a)

Permaisuri (queen) telah terbunuh

b)

Masa bermainnya telah tamat

c)

Raja (King) telah di "checkmate"

d)

Pemain menyerah kalah

16.

Pemain catur dibenarkan untuk membunuh seberapa banyak buah catur pemain lawan tetapi tidak dibenarkan membunuh raja pihak lawan. Apabila keadaan "checkmate" permainan sudah dianggap tamat.


Buah apakah yang tidak boleh dibunuh dalam bermain catur?

a)

bunuh kesemua bidak (pawn)

b)

bunuh menteri (Bishop)

c)

bunuh Permaisuri (Queen)

d)

bunuh Raja (King)

17.

Pahlawan (knight) merupakan satu-satunya buah catur yang boleh melangkah buah lain untuk bergerak. Tetapi pergerakannya hanya terbatas kepada 3 petak seperti huruf L.


Buah catur manakah yang boleh melangkah buah catur lain?

a)

Raja (King)

b)

Permaisuri (Queen)

c)

Pahlawan (Knight)

d)

Bidak (pawn)

18.

Bidak (pawn) adalah buah catur yang dilihat seperti kurang berpengaruh. Ini adalah kerana bidak hanya mampu bergerak kehadapan sahaja. Bidak tidak boleh bergerak kebelakang.


Buah catur yang hanya boleh bergerak kehadapan tenpa boleh berundur ialah ___________

a)
b)
c)
d)
19.

Pahlawan (knight) bergerak terhad 3 petak sahaja. gerakannya seperti huruf L.


Berdasarkan gambar manakah yang menerangkan tentang pergerakan buah pahlawan (knight)?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

"castling" ialah suatu istilah yang diberikan kepada suatu gerakan. Raja dan benteng melalukan gerakan serentak dengan tujuan membina kubu. Walaupun seperti membuat dua pergerakan buah. namun ia dianggap 1 gerakan. Castling hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja sepanjang perlawanan dengan syarat-syarat tertentu.


Apakah buah catur yang terlibat semasa melakukan "castling"?

a)

Permaisuri dengan pahlawan

b)

Raja dengan benteng

c)

pahlawan dengan menteri

d)

Raja dengan permaisuri