Font size
WorksheetsSEJARAH T2 KSSM BAB 7
Total questions: 69
Worksheet time: 35mins
Siapakah nama wakil yang mentadbir Pahang semasa Pahang masih belum ada sultan yang dilantik?
A. Seri Bija Diraja
B. Bendahara Tun Perak
C. Laksamana Hang Kesturi
X terletak dalam negeri Pahang. Kawasan ini merupakan pusat pemerintahan awal negeri Pahang. Nyatakan.
A. Tanah Abang
B. Pekan
C. Riau
Berikut merupakan faktor Sultan Abdul Jamil Shah dianggap sebagai Sultan Pahang yang masyhur KECUALI,
Mempertahankan Pahang daripada ditawan oleh kerajaan Siam.
Mengekalkan hubungan diplomatik yang harmoni dan baik dengan kerajaan Melaka.
C. Membantu negeri-negeri yang dikuasai kesultanan Melaka memerdekakan negeri masing-.masing.
Berdasarkan pernyataan di bawah manakah yang sesuai menyebabkan pusat-pusat pentadbiran kerajaan Melayu sentiasa bertukar-tukar.
A. Mengekalkan kekuatan sultan yang memerintah negeri.
B. Mengekalkan kedaulatan, mengurangkan ancam luar dan memajukan ekonomi negeri masing-masing.
C. Memudahkan pemerintah negeri Pahang dapat bersuka ria, lebih bersemangat.
Antara nama-nama di bawah, yang mana satu merupakan sultan Perak yang pertama?
A. Sultan Mahmud Riayat Shah
B. Sultan Muzaffar Shah
C. Sultan Ahmad Shah
Sultan Perak yang pertama merupakan putera Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Nama dua orang pembesar Perak yang telah menjemput anak sultan Melaka itu ialah,
A. Tun Sabar dan Sarjan kassim
B. Tun Saban dan Nakhoda Kassim
C. Tun Saban dan pembesar berempat.
Berikut merupakan alat-alat kebesaran kerajaan Perak KECUALI
A. Keris
B. Cap mohor
C. Payung Simanjakini
Raja Petani dari wilayah selatan Siam telah bertanggungjawab melantik sultan Terengganu yang pertama. Antara berikut yang mana satu BETUL menjelaskan nama sultan Terengganu yang pertama tersebut.
A. Sultan Zainal
B. Sultan Zainal Shah
C. Sultan Zainal Abidin I
Kawasan wilayah pemerintahan kerajaan Terengganu meliputi kawasan Kemaman hingga Besut. Antara penyataan di bawah mana satu BETUL merupakan pusat pemerintahan pertama Terengganu?
A. Tanjung Baru, Kuala Berang
B. Tanjung Batu , Kuala Kemaman
C. Tanjung Pura, Kuala Berangan.
Pada pendapat anda, yang mana satu BETUL sumbangan Sultan Zainal Abidin III sehingga membawa kepada kemakmuran kerajaan Terengganu pada masa lalu?
A. Membina jaringan jalan keretapi.
B. Menggubal Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu.
C. Membina alat sistem sukat dan timbang yang lebih memguntungkan pedagang dari kerajaan Terengganu.
Sultan Selangor yang pertama digelar Sultan Sallehuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Lumu.
Antara berikut yang mana satu BENAR mengenai cara pelantikan sultan pertama Selangor ini.
A. Raja Lumu menghadap Sultan Mahmud Shah di Melaka untuk mendapatkan pengiktirafan.
B. Membantu Melaka menentang Portugis dan Acheh.
C. Memberikan hadiah kepada sultan Melaka.
Pusat pemerintahan Selangor yang pertama terletak di,
A. Klang
B. Kelang
C. Kuala Selangor
Antara penyataan berikut, pada pendapat anda yang mana satu PENTING menjadi tanggungjawab seorang pemimpin pada masa kini?
A. Mengekalkan kebersihan.
B. Menyediakan tempat rekreasi masyarakat.
C. Mengekalkan perpaduan kaum dan melahirkan rakyat yang berilmu dan berdisiplin .
Namakan Undang-undang yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan negeri Perak.
A. Undang- undang laut Perak
B. Undang-undang 99 Perak.
C. Undang-undang Kanun Perak.
Pada pendapat anda, mengapakah pusat-pusat pentadbiran kerajaan Melayu sentiasa berubah?
A. Mencari tanah pertanian yang subur.
B. Mengelakkan daripada bertembung dengan kuasa luar yang lain.
C. Mengekalkan kedaulatan, memajukan ekonomi dan mengelakkan ancaman musuh.
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di negeri Pahang?
A. Sistem pewarisan takhta
B. Sistem perkahwinan putera raja dan puteri raja antara wilayah.
C. Sistem penggiliran takhta yang ditentukan oleh bendahara dan pembesar negeri.
X merupakan gelaran bagi pewaris takhta Terengganu. Yang mana satu BETUL nama gelaran X,
A. Tuan yang terutama
B. Yang di Pertuan Muda
C. Yang Mulia di Pertuan muda
Di negeri Selangor, Dewan Di- Raja merupakan institusi yang membantu dan menasihati sultan.
Anggota dalam Dewan Di-Raja Selangor terdiri daripada tokoh-tokoh di bawah KECUALI,
A. Raja Muda
B. Tengku Bendahara
C. Tengku Penghulu Bendahari
Aspek utama warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah tokoh X yang menjadi tonggak utama kerajaan yang berasaskan Adat Temenggung.
Siapakah tokoh X ?
A. Sultan
B. Pembesar berempat
C. Bendahara dan Temenggung.
Negeri-negeri Melayu mewarisi agama Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh hal demikian, agama ini menjadi __________ di semua negeri yang beraja sehingga hari ini.
A. agama dominan
B. agama ikutan segelintir rakyat
C. agama rasmi
Apakah bukti Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka?
Raja Muzaffar membuka negeri di Sunagi Perak
Tun Saban keturunan Kesultanan Melayu Melaka
Raja Muzaffar dihantar ke Perak untuk menjadi Sultan Perak
Raja Muzaffar dijemput oleh pembesar Perak untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap Kesultanan Pahang?
Sultan Abdul Jamil Shah
Menghalang serangan daripada Siam
Membantu Melaka menyerang Portugis
Mendirikan pusat pentadbiran di Pekan
Mengasaskan Kesultanan Pahang
Manakah pusat pentadbiran awal Kesultanan Selangor?
Kuala Selangor
Shah Alam
Jugra
Klang
Apakah gelaran yang diberikan kepada waris ganti dalam Kesultanan Pahang?
Raja Muda
Yang di-Pertuan Muda
Tengku Mahkota
Tengku Muda
Apakah negeri yang menganugerahkan gelaran berikut kepada pembesar negeri?
Orang Kaya Indera Segara
Perak
Pahang
Selangor
Terengganu
Apakah tanggungjawab Dewan di-Raja negeri Selangor?
Membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan fungsi baginda
Memilih dan melantik Sultan
Mengetuai istiadat pemakaman
Bertanggungjawab mendaulatkan syiar Islam
Antara berikut, apakah Undang-Undang Tubuh yang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Al-Mu'tasim Billah?
Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang
Rajah berikut berkaitan dengan peranan Mufti di negara kita.
Negeri X -----> Perlantikan Mufti sebagai anggota Dewan
Di-raja
Apakah negeri tersebut?
Melaka
Pulau Pinang
Selangor
Sabah
Pernyataan berikut berkaitan dengan adat istiadat di Negeri-Negeri Melayu.
Adat Melenggang Perut
Mengapakah adat tersebut dilakukan?
I Mengenali jantina bayi
II Membetulkan kedudukan bayi
III Memudahkan kelahiran bayi
IV Mendengarkan azan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mata wang berikut telah diperkenalkan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Apakah negeri yang telah memperkenalkan mata wang tersebut?
Kedah
Perak
Pahang
Selangor
Bilakah bermulanya penanaman lada hitam diperkenalkan dalam masyarakat Kesultanan Terengganu?
Abad ke-16
Abad ke-17
Abad ke-18
Abad ke-19
Maklumat berikut berkaitan dengan karya sejarah.
# Dikarang oleh Raja Chulan
# Mengisahkan sejarah Kesultanan Perak pada abad ke-18.
Apakah karya sejarah tersebut?
Misa Melayu
Hikayat Perak
Kitab Sejarah Perak
Undang-undang 99 Perak
Apakah kegiatan ekonomi yang Utama di Perak dan Selangor?
Penangkapan ikan
Penanaman lada hitam
Perusahaan kraf tangan
Perlombongan bijih timah
Mengapakah Raja Lumu menghadap Sultan Perak, Sultan Mahmud Shah?
Menjadi pembesar di Perak
Menjalinkan hubungan dagang
Meminta izin membuka bandar di selangor
Mendapatkan pengiktirafan menjadi Sultan Selangor
Pilih pernyataan yang benar berkaitan Undang-undang 99 Perak.
Berkaitan adat istiadat diraja
Merupakan undang-undang adat
Digubal oleh Sultan Muzaffar Shah
Mengandungi 99 soalan dan jawapan
Apakah tujuan golongan bangsawan Melaka berangkat bersama-sama Raja Muhammad ke Pahang?
Membangunkan sosioekonomi rakyat
Membentuk pentadbiran baharu
Mengawal keselamatan negeri
Membantu mentadbir kerajaan
Di manakah pusat pemerintahan Raja Muhammad selepas mengasaskan Kesultanan Pahang pada 1470?
Raub
Kuantan
Pekan
Temerloh
Bagaimanakah kedudukan Pahang apabila Raja Muda Abdullah sebagai waris takhta mangkat?
Diletakkan di bawah wilayah taklukan Johor
Ditadbir oleh golongan bangsawan Pahang
Diserahkan kepada bapa saudara baginda
Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.
Apakah bukti kepada pernyataan tersebut?
Raja Muzaffar merupakan putera Sultan Mahmud Shah
Sultan Mahmud Shah ditabal sebagai Sultan Perak
Tun Saban merupakan pembesar Kesultanan Melayu Melaka
Sultan Iskandar Dzulkarnain pengasas Kesultanan Perak
Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak.
Apakah Surat Ciri tersebut?
Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri
Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
Identiti kedaulatan dan kemegahan Sultan Perak
Simbol kepda kewujudan institusi kesultanan
Apakah alat regalia Kesultanan Perak?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Pedang Cura Si Manja Kini
Keris Taming Sari
Keris Panjang Nang Chayam
Keris diraja
Tok Temong telah memberi hadiah kepada Sultan Muzaffar Shah semasa hari pertabalan baginda.
Apakah hadiah tersebut?
Cogan Alam
Mahkota Diraja
Mestika Embun
Sundang Diraja
Siapakah yang telah melaksanakan pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1708?
Tun Saban
Raja Patani
Sultan Melaka
Bendahara Terengganu
Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III dalam pemodenan Terengganu?
Menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
Menggubal Hukum Kanun Terengganu
Menggubal Undang-undang Laut Terengganu
Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Putera Daeng Chelak bernama Raja Lumu yang berketurunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.
Siapakah yang telah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Sultan Selangor?
Sultan Pahang
Sultan Terengganu
Sultan Johor
Sultan Perak
Sultan Mahmud Shah dari Perak telah memberi anugerah kepada Raja Lumu setelah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.
Apakah anugerah tersebut?
Pilih 2 jawapan yang tepat.
Nobat
Pedang
Mahkota
Cap Mohor
Apakah gelaran yang digunapakai oleh Raja Lumu setelah mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766?
Sultan Sulaiman Shah
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Selangor yang didirikan oleh Sultan Salehuddin Shah?
Klang
Kemaman
Shah Alam
Kuala Selangor
Apakah sumbangan Sultan Ala'iddin Suleiman Shah terhadap kemajuan pembangunan negeri Selangor?
pilih 2 jawapan yang tepat.
Membina rumah dan kedai
Membina landasan kereta api
Menubuhkan pasukan polis
Menubuhkan mahkamah syariah
Apakah asas penggantian pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?
Adat Perpatih
Sistem warisan
Sistem penggiliran
Adat Temenggung
Rajah di atas menunjukkan sistem pewarisan takhta bagi kesultanan negeri X.
Apakah negeri X?
Perak
Pahang
Selangor
Terengganu
Apakah persamaan sistem pemerintahan Kesultanan Pahang dan Terengganu?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Waris ganti digelar Putera Mahkota
Memperkenalkan sistem penggiliran
Mengamalkan sistem perwarisan takhta
Pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Apakah peranan Dewan di-Raja di negeri Selangor?
Mentadbir negeri
Menasihati sultan
Memilih pembesar
Meluluskan undang-undang
Apakah bukti bahawa Sultan bertanggungjawab mendaulatkan syiar Islam?
Institusi agama dihormati
Sultan meluluskan tauliah penceramah agama
Undang-undang syariah dilaksanakan
Masjid dinamakan dengan nama sultan
Siapakah tokoh agama yang dilantik menganggotai Dewan di-Raja Selangor?
Kadi
Mufti
Imam
Syeikh
Gambar berikut berkaitan dengan sejenis tengkolok diraja sebuah negeri Melayu.
Apakah negeri Melayu tersebut?
Perak
Selangor
Pahang
Terengganu
Pilih pernyataan yang benar berkaitan Undang-undang 99 Perak.
Berkaitan adat istiadat diraja
Merupakan undang-undang adat
Digubal oleh Sultan Muzaffar Shah
Mengandungi 99 soalan dan jawapan
Hukum Kanun Melaka merupakan asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu.
Apakah warisan perundangan tersebut yang dijadikan asas kepada undang-undang negeri Melayu?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Hukum jual beli
Peraturan pelayaran
Larangan istana
Tanggungjawab syahbandar
Membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibu supaya dapat memudahkan proses kelahiran merupakan amalan dalam Adat Keputeraan.
Apakah amalan tersebut?
Bercukur
Berendoi
Melenggang perut
Bayi diperdengarkan azan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan adat perkahwinan?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Merisik
Bertunang
Bercukur
Berendoi
Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi, Terengganu pada tahun 1819.
Apakah isi kandungan karya tersebut?
Pendidikan
Salasilah raja
Perubatan
Sastera rakyat
Maklumat berikut berkaitan dengan karya sejarah.
-dikarang oleh Tengku Dalam Kalthum
-mengisahkan sejarah Kesultanan Terengganu abad ke-19 dan ke-20.
Apakah karya sejarah tersebut?
Misa Melayu
Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga
Hikayat Pahang
Kitab Sejarah Perak
Apakah barang dagangan utama Pelabuhan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kuala Sungai Perak?
Gading gajah
Senjata
Kraf tangan
Bijih timah
Mata wang syiling telah ditemui di negeri Selangor.
Siapakah pemerintah yang memperkenalkan mata wang tersebut?
Sultan Sulaiman Shah
Sultan Ibrahim Shah
Sultan Muhammad Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Gambar berikut merupakan Masjid Negeri Selangor.
Apakah peranan utama pembinaan masjid tersebut?
Mendaulatkan syiar Islam
Memberi tauliah penceramah
Menjadi simbol agama Islam
Menggubal undang-undang Islam
Apakah kegiatan ekonomi bagi negeri Terengganu pada abad ke-18?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Perusahaan batik
Penanaman lada hitam
Perlombongan emas
Penangkapan ikan
Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah yang dinamakan ______ sejak abad ke-17.
kupang emas
katun
tampang
bidor
"Semasa kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) tempoh berkabung ialah 40 hari".
Siapakah yang menentukan tempoh perkabungan tersebut?
Menteri Besar
Pihak istana
Kerajaan Negeri
Jemaah Menteri
Hukum Kanun Pahang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614).
Berapakah kandungan undang-undang tersebut?
99 fasal
92 fasal
96 fasal
98 fasal
