NEW
Font size
Worksheets6.8 BM T4 : KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Klik jawapan yang sesuai.
Aku ____________ bunga mawar. Wajahku sangat cantik berkelopak serta berwarna merah.
a. sekuntum
b. sebuah
c. sepokok
d. sehelai
Klik jawapan yang sesuai.
Aku telah ditanam di sebuah __________ yang luas. Di situ terdapat ramai rakan sepertiku. Kami semua mempunyai pelbagai warna.
a. taman
b. kebun
c. ladang
d. padang
Klik jawapan yang sesuai.
Ramai orang yang berkunjung di situ tetapi tiada seorang pun yang berani menyentuhku. Ini kerana aku mempunyai duri yang _______________.
a. tirus
b. tumpul
c. runcing
d. tajam
Klik jawapan yang sesuai.
Pada suatu hari, ada sepasang kekasih datang ke taman itu. Mereka telah membelek-belek aku dan mencium bau badanku. Aku telah ____________ oleh lelaki itu untuk diberi kepada kekasihnya.
a. ditebas
b. diambil
c. dipetik
d. dipotong
Klik jawapan yang sesuai.
Wanita itu telah meminta kekasihnya meletakkan bunga itu pada rambutnya. Aku berasa sangat gembira kerana aku dihargai oleh manusia dan menjadikan aku _________ kepala. Sungguh malang bagiku kerana aku akhirnya telah dibuang kerana telah layu selepas beberapa hari berada di rumah wanita itu.
a. berhias
b. menghias
c. hiasan
d. hiasan-hiasan
Klik jawapan yang sesuai.
Aku seekor arnab. Nama aku _____________. Aku tinggal dengan tuanku yang bernama Mubin. Dia telah menyediakan sebuah ____________ untukku berlindung.
a. Sang Belang, sangkar
b. Si Comel, kandang
c. Si Tompok, reban
d. Si Putih, sangkar
Klik jawapan yang sesuai.
Mubin ialah tuan yang baik hati. Dia selalu menjagaku dengan baik. Setiap hari, dia akan memandikan aku. Kadang kala dia membawaku ke ____________ untuk bermain-main. Di taman, ramai orang yang suka mengusik dan membelaiku kerana kecantikanku. Mubin juga memberiku makan makanan kegemaranku iaitu lobak merah dan ______________.
a. taman, lobak putih
b. padang, sawi
c. padang, lobak merah
d. taman, kangkung
Klik jawapan yang sesuai.
Semasa Mubin ke sekolah, dia akan _________ aku di dalam sangkar. Apabila pulang, dia akan melepaskan aku untuk bermain-main dengannya. Aku sangat seronok mempunyai tuan yang selalu menghiburkan aku. Sekurang-kurangnya aku tidak berasa ___________.
a. meletakkan, senyap
b. menahan, sunyi
c. menghalau, sepi
d. mengurung, sunyi
Klik jawapan yang sesuai.
Suatu hari, semasa Mubin di sekolah, ada seekor anjing liar cuba menangkapku di dalam sangkar. Aku sangat takut kerana anjing itu sangat _______. Nasib aku sangat baik kerana Mubin pulang dari sekolah dan ______________ anjing itu.
a. jinak, memburu
b. ganas, menghalau
c. ganas, mengejar
d. jinak, mengelak
Klik jawapan yang sesuai.
Sejak hari itu, Mubin amat menjaga keselamatanku. Dia akan mengurung aku di dalam sangkar dan meletakkan aku di dalam rumah. Dia juga telah ________ seekor lagi arnab putih di sebuah kedai haiwan sebagai ___________ aku. Sekarang aku sudah mempunyai teman yang baharu. Aku berasa sangat gembira dan bahagia sekali dengan kehadiran teman baharuku itu.
a. membayar, rakan
b. mengambil, sahabat
c. membeli, peneman
d. menjual, kawan
Klik jawapan yang sesuai.
Aku sebuah basikal. Nama aku ialah _____________. Aku dilahirkan di sebuah kilang _________________. Kilang itu terletak di _____________, Selangor.
a. Toshiba, telefon, Kuala Lumpur
b. Si Comel, baju, Kuantan
c. Lee Runny, basikal, Shah Alam
d. Samsung, kereta, Kota Bharu
Klik jawapan yang sesuai.
Badan aku diperbuat daripada __________________. Aku berwarna merah berbelang biru. Badan aku juga mempunyai _____________ tayar iaitu satu di bahagian belakang dan satu di bahagian hadapan. Badan aku juga boleh ___________.
a. plastik, tiga, dilipat
b. getah, tiga, diasingkan
c. besi, dua, dilipat
d. kain, dua, dipatahkan
Klik jawapan yang sesuai.
Setelah siap, aku telah dihantar ke ________________ menjual basikal. Aku dihantar dengan menggunakan ________________. Nama kedai itu ialah __________________.
a. pasar, lori, Kedai Runcit Ahmad
b. kedai, bas, Pasar Besar Klang
c. gudang, kereta, Gedung Beli-belah
d. kedai, lori, Kedai Basikal Ah Kaw
Klik jawapan yang sesuai.
Tuan kedai itu meletakkan _____________ pada badanku. Aku dijual dengan harga RM200. Sebelum itu dia telah membersihkan aku dan meletakkan aku di _______________ kedainya. Dia meletakkan aku di situ supaya aku dapat dilihat oleh orang yang ________________ di hadapan kedai itu.
a. harga, hadapan, lalu-lalang
b. bayaran, tepi, ulang-alik
c. potongan, belakang, ulang-alik
d. imbuhan, sisi, lalu-lalang
Klik jawapan yang sesuai.
Pada suatu hari, seorang budak datang ke kedai itu. Nama budak itu ialah _________________. Dia amat tertarik akan aku. Dia telah _________ ibunya membeliku. Raman menjaga aku dengan baik. Dia juga akan membasuh aku setiap hari. Aku sangat _____________ kerana mendapat tuan seperti Raman.
a. Puan Aishah, menyeru, terhibur
b. Pak Cik Karim, memohon, sedih
c. Encik Leong, menyuruh, sayu
d. Raman, meminta, gembira
