WorksheetsTHK - Penanda Wacana Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Gerakan mencari mangsa bot karam itu dihentikan selepas empat hari. __________, laut ketika ini agak bergelora dan boleh membahayakan kepada anggota penyelamat.
Oleh itu
Selepas itu
Namun begitu
Tambahan pula
"Kamu telah mencatat keputusan yang cemerlang dalam ujian bulan lepas. __________, ayah harap kamu akan terus berusaha," nasihat Pak Seman kepada anak bongsunya.
Lebih-lebih lagi
Namun begitu
Lagipun
Tambahan pula
Ariffin seorang yang cacat penglihatannya. __________, dia tidak pernah menjadikan kecacatan yang dialaminya sebagai halangan untuk melanjutkan pelajaran.
Walaupun begitu
Pada hal
Oleh itu
Di samping itu
Sebagai murid sekolah, kita perlu cukup tidur. __________, badan akan menjadi lebih sihat dan cergas.
Lagipun
Namun demikian
Akhirnya
Sungguhpun demikian
Semua orang hendak pergi ke pameran buku itu. __________, saya pun hendak ikut sama.
Namun begitu
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Kalau begitu
Kampung Semerah telah dilanda banjir ekoran hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti. __________, semua penduduk diarah berpindah ke tempat selamat.
Walau bagaimanapun
Oleh yang demikian
Lebih-lebih lagi
Namun begitu
Soalan Matematik dalam ujian itu susah benar. __________, Rafeah dapat menjawabnya dengan baik.
Meskipun begitu
Selain itu
Dengan demikian
Lantaran itu
Kakak telah membeli sepasang baju kebaya. __________, dia turut membeli sehelai selendang untuk dipakai sempena majlis pertunangannya.
Walau bagaimanapun
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Jika begitu
Pasukan pengakap itu ditugaskan untuk membersihkan masjid. __________, mereka juga diminta mengecat pagar masjid.
Di samping itu
Namun begitu
Semenjak itu
Akhirnya
Pak Alang menternak ayam daging. __________, dia juga memelihara burung puyuh untuk menambah pendapatannnya.
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Lantaran itu
Oleh sebab itu
Tiket untuk tontonan filem "Suci" petang ini telah habis dijual. __________, Harris tidak dapat menonton filem tersebut.
Lantaran itu
Selain itu
Tambahan pula
Namun begitu
Hujan semakin lebat. ____________ semua penduduk kampung sudah bersiap sedia untuk berpindah.
Lagipun
Walaupun begitu
Sementara itu
Walau bagaimanapun
Sufian hendak keluar bermain badminton dengan rakan-rakannya. __________, dia mendapatkan kebenaran daripada ibu bapanya.
Namun begitu
Selepas itu
Sebelum itu
Tambahan pula
Puan Rozita rajin betul membuat kerepek. __________, dia menerima tempahan yang banyak menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum itu
Oleh itu
Walaupun begitu
Lebih-lebih lagi
Chee Meng masih teringat akan kemalangan ngeri yang dialaminya dulu. __________, dia sentiasa berwaspada apabila memandu.
Walau bagaimanapun
Tambahan pula
Kalau begitu
Oleh itu
Adik bongsu saya sangat suka menonton siaran kartun. __________, siri kartun "Shin Chan."
Jadi
Selain itu
Kemudian
Lebih-lebih lagi
"Ramli, kamu telah dilantik sebagai Ketua Murid. __________, kamu mesti menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab," nasihat Guru Besar.
Oleh itu
Namun begitu
Tambahan pula
Sementara itu
Mariam berada di Afrika selama tiga puluh tahun. ___________, dia pulang juga ke tanah air.
Dalam pada itu
Kemudian
Akhirnya
Lagipun
Nurin pandai menguruskan masa untuk belajar dan bermain. __________, pelajarannya tidak pernah merosot.
Oleh itu
Meskipun
Lagipun
Namun begitu
Najib rajin mengulang kaji pelajaran. __________, peperiksaan akhir tahun semakin hampir.
Selain itu
Dengan ini
Namun demikian
Lebih-lebih lagi
