Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

THK - Peribahasa Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Abang Salim telah mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan SPM kerana dia memang __________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

putih mata

d)

rambang mata

2.

Salleh memang seorang yang __________ kerana tidak pernah membantu ayahnya di kebun.

a)

malu-malu kucing

b)

kucing bertanduk

c)

tulang belakang

d)

berat tulang

3.

Warden asrama itu __________ kerana ada kalangan penghuni asrama masih tidak memadamkan lampu walaupun jam sudah pukul 11.00 malam.

a)

patah hati

b)

naik darah

c)

jauh hati

d)

sakit mata

4.

Semua barang di pasar raya dijual dengan __________.

a)

harga mati

b)

harga pokok

c)

jual mahal

d)

jual nama

5.

Walaupun Rusdi seorang bekas penagih dadah yang dihina oleh masyarakat, dia tetap __________ Pak Dollah.

a)

bau bacang

b)

keramat hidup

c)

darah daging

d)

mayat hidup

6.

Encik Yusoof tidak pernah __________ dalam hal-hal urusan rumah tangga anak sulungnya itu.

a)

naik angin

b)

atas angin

c)

cepat tangan

d)

campur tangan

7.

Encik Badul menjadi kaya-raya hasil daripada kegiatan perniagaannya yang __________ penduduk kampung itu.

a)

hisap darah

b)

cekik darah

c)

makan suap

d)

peras ugut

8.

"Jangan dilayan sangat budak yang __________ itu kerana sikapnya boleh berubah-ubah dengan cepat sahaja," kata Senah kepada suaminya.

a)

lidah biawak

b)

mata duitan

c)

kepala angin

d)

keras hati

9.

Dialah yang menjadi __________ dalam pergaduhan antara Azni dengan Raihan itu.

a)

ayam tambatan

b)

mati akal

c)

batu api

d)

batu loncatan

10.

Banyak pemuda terpikat kepada Salbiah kerana dia memiliki __________ yang amat cantik.

a)

air muka

b)

muka tembok

c)

hati budi

d)

ambil hati

11.

__________ Mariam untuk meninggalkan ibunya yang masih sakit itu di rumah.

a)

Besar kepala

b)

Keras kepala

c)

Berat hati

d)

Besar hati

12.

Saya mahu __________ tentang persetujuan mereka dengan segera supaya dapat saya membuat pembayarannya.

a)

harga pokok

b)

hitam putih

c)

harga mati

d)

orang tengah

13.

Ayah __________ apabila diberitahu oleh orang kampung bahawa abang pergi mandi-manda di sungai itu.

a)

gelap mata

b)

naik angin

c)

sakit telinga

d)

cakap angin

14.

Abdullah seorang budak yang __________ kerana selalu membantu ibu dan bapanya semasa mereka bekerja di ladang.

a)

ringan tangan

b)

cepat tangan

c)

berat tangan

d)

murah hati

15.

Sejak mempunyai menantu seorang jutawan, Puan Aminah bersikap __________ dengan jiran-jirannya.

a)

kepala angin

b)

naik lemak

c)

malu-malu kucing

d)

hidung tinggi

16.

Cikgu Kassim sangat __________ kerana murid-muridnya tidak membuat kerja yang disuruh.

a)

gila pangkat

b)

bawa kaki

c)

buat dajal

d)

hangat hati

17.

Cikgu Airah meminta murid-muridnya supaya __________ semasa beliau memberikan penerangan.

a)

cakap kosong

b)

pasang telinga

c)

mulut murai

d)

cari akal

18.

Budak itu memang __________ kerana perangainya tidak menentu dan sukar diramal.

a)

murah hati

b)

keras kepala

c)

kepala angin

d)

keras hati

19.

Arif menjadi __________ bagi pasukan bola sepak sekolah kami dalam setiap perlawanan yang diadakan.

a)

anak angkat

b)

buah hati

c)

cahaya mata

d)

ayam tambatan

20.

Hari ini Samad memang __________ kerana boleh bertemu dengan pegawai kanan pejabat itu yang dapat menyelesaikan masalahnya itu.

a)

langkah kanan

b)

langkah seribu

c)

lepas tangan

d)

lepas laku