WorksheetsT.ISLAM T4P13 KESENIAN MENURUT ISLAM
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Aktiviti seni atau hasil karya yand dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak.
Pernyataan di atas merujuk kepada ...
pengertian kesenian Islam
pengertian konsep kesenian Islam
adab kesenian Islam
etika kesenian Islam
Pilih pernyataan yang menerangkan konsep kesenian Islam
(3M)
Bersifat terbatas kepada budaya tertentu
Membangun potensi umat Islam
Berteraskan syariat Islam
Meliputi aspek iman dan akhlak
Pilih adab dan etika kesenian Islam
(3M)
Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berkarya
Menciplak karya orang lain
Berkarya secara sederhana
Memelihara hak orang lain
Berikut adalah adab dan etika kesenian Islam kecuali ...
Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan
Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syarak
Mengandungi unsur merosakkan akidah dan maksiat
Kesenian yang berteraskan nilai akhlak Islam
"Seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan" (The Meaning of Art)
Siapakah yang menyatakan pernyataan di atas?
Herbert Read
Sidi Gazalba
Mohd Bakhir Hj. Abdullah
Albert Eistien
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
" Sesungguhnya Allah indah, dan Dia suka akan segala yang __________ " (Muslim)
sempurna
bersih
indah
wangi
Islam tidak melarang kesenian tetapi menolak seni yang melanggar batasan __________
(2M)
agama
bangsa
akhlak
budaya
Berapakah asas utama kesenian Islam?
2
3
4
5
Pilih asas utama kesenian Islam
(2M)
Aqidah
Akhlak
Keindahan
Keaslian
Jelaskan persamaan kesenian Islam dengan kesenian barat
(2M)
Mementingkan aspek keindahan dan kepuasan tanpa menekankan aspek moral dan akhlak
Mempunyai satu identiti yang mengikat dan menyatukan kesenian tersebut
Melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, dantik, elok dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
Mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui penghayatan daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan
Apakah tulisan yang menyatukan kesenian Islam?
Arab
Rumi
Cina
Heroglif
Pilih ciri-ciri kesenian Islam
(3M)
Memberi sumbangan kepada kesatuan hidup umat Islam
Mempunyai satu ikatan kuat yang melambangkan kesatuan unsur akidah dan tauhid
Menekankan nilai estetika tinggi yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan naluri sahaja
Membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah SWT
Contoh seni bina Islam ialah __________
(3M)
mihrab
mimbar
landskap
empangan
Contoh seni sulaman Islam ialah __________
(2M)
kerawang
sejadah
permaidani
ukiran seramik
Contoh ibadah Islam yang ada kaitan dengan irama muzik (tanpa alat muzik) ialah __________
(2M)
nasyid
takbir hari raya
nasyid
qasidah
Pilih prinsip-prinsip kesenian Islam
(2M)
Menghasilkan karya yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
Mencipta seni yang boleh menyampaikan mesej positif dan negatif
Tidak lalai daripada mengingati Allah SWT serta batasan syariat
Mengagungkan seni yang bermutu tinggi secara berlebihan
Pilih kepentingan adab dan etika kesenian menurut Islam
(2M)
Mempamerkan kecemerlangan tamadun Islam
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
Mengelirukan manusia tentang batasan dalam berkarya
Memenuhi fitrah manusia yang menyukai keindahan selari dengan syariat
Ibnu Khaldun menyatakan bahawa:
"Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri __________
(3M)
emosi
estetika
etika
logik
__________ ialah cabang falsafah yang mengkaji konsep keindahan, cita rasa dan lain-lain
Emosi
Estetika
Etika
Logik
Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses mencanting batik memerlukan ketelitian yang biasanya memakan masa yang agak panjang.
Terangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh Hafiz supaya dapat mempraktikkan adab dan etika kesenian Islam.
Yusuf boleh mencanting batik dengan syarat tidak meninggalkan ibadah wajib
Yusof boleh mengupah orang lain untuk mencanting batik tersebut sementara beliau melaksanakan urusan lain
Yusof boleh merangka jadual gerak kerja mencanting batik tersebut agar tidak tertinggal solat fardu
Yusof boleh mencanting batik tersebut sehingga siap terlebih dahulu bagi melaksanakan aktiviti yang lain
