WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 5 (BAB 1-KEDAULATAN NEGARA)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah konsep kekuasaan tertinggi sesebuah negara?
Kerajaan
Kedaulatan
Kesatuan
Kewibawaan
Apakah asas yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
Mempunyai hak mentadbir negara
Mengiktiraf kedudukan orang Melayu
Mengekalkan kerjasama antara kaum
Memajukan dasar pendidikan kebangsaan
Sovereignty merujuk kepada perkataan kedaulatan dalam bahasa Inggeris. Apakah maksud perkataan tersebut?
Negara berhak menentukan sempadan negeri
Negara bersatu menentang penceroboh
Negara berkuasa penuh dalam pentadbiran
Negara berjuang menuntut kemerdekaan mutlak
Apakah perkataan yang merujuk kedaulatan dalam bahasa Arab?
Daulat
Daulah
Derhaka
Dermawan
Tokoh tersebut mentafsirkan kedaulatan sesebuah negara berasaskan kekuatan semangat. Apakah kekuatan semangat tersebut?
I Semangat bersatu padu
II Semangat berpolitik
III Semangat beragama
IV Semangat kekitaan bangsa
III dan IV
II dan III
I dan IV
I dan II
Apakah persamaan sumbangan Aristotle (Ahli Falsafah Yunani) dan Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)?
Penyatuan negara
Tafsiran kedaulatan
Pengasas realpolitik
Kediktatoran pemerintah
"Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat". Siapakah tokoh yang memberi tafsiran tersebut?
Dato' Onn Jaafar
Tunku Abdul Rahman
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Tun Dr. Mohammad Salleh Abas
Mengapakah kedaulatan sesebuah negara perlu mendapatkan pengiktirafan daripada negara lain?
I Menjamin kesejahteraan rakyat
II Mengekalkan kemakmuran negara
III Memperoleh kemerdekaan negara
IV Mengatasi kemunduran ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III Ndan IV
Bagaimanakah jenis kedaulatan sesebuah negara ditentukan?
Rumpun bahasa
Etnik rakyat
Sempadan negeri
Bentuk pemerintahan
Pilih pasangan yang tepat berkaitan dengan jenis kedaulatan dan maksudnya.
Kedualatan moden - Berasaskan sistem pemerintahan berkuasa mutlak
Kedaulatan tradisional - Kedaulatan terletak pada kewibawaan pembesar
Kedaulatan antarabangsa - Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Kedaulatan undang-undang - Kerajaan dan rakyat terikat oleh kesetiaan terhadap raja.
Bagaimanakah kedudukan raja ditentukan mengikut kedaulatan tradisional?
Kesetiaan rakyat
Kestabilan politik
Kekuatan ketenteraan
Keunggulan perlembagaan
Peristiwa Revolusi Perancis dan Revolusi Keagungan di England telah membentuk kedaulatan negara. Apakah jenis kedaulatan tersebut?
Kedaulatan moden
Kedaulatan tradisional
Kedaulatan antarabangsa
Kedaulatan undang-undang
Bagaimanakah kedaulatan moden negara kita terbentuk?
Penyatuan parti politik
Perpaduan antara kaum
Penggabungan negeri-negeri
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum
Gambar berikut berkaitan dengan badan kehakiman negara Malaysia. Mengapakah badan kehakiman perlu bersifat bebas dan berwibawa?
Membendung perbalahan rakyat
Mengatasi sebarang pencerobohan luar
Memelihara kedaulatan undang-undang
Menjamin keberkesanan dasar pentadbiran
Apakah kesan daripada pembentukan kedaulatan antarabangsa?
Menjamin keamanan negara
Mengukuhkan pemerintahan negara
Mengukuhkan kemakmuran ekonomi
Menjaga hal ehwal alam sekitar
X merupakan pengesahan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa. Apakah X?
Persidangan Damai Paris
Persidangan Kemuncak ASEAN
Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970
Apakah ciri-ciri kedaulatan yang identiti sesebuah negara?
I Mempunyai teknologi
II Mempunyai kewangan
III Mempunyai sempadan
IV Mempunyai pemerintahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan negara.
-Sistem Raja Berperlembagaan
-Sistem Demokrasi Berparlimen
Apakah kepentingan pemerintahan negara tersebut?
Pengekalan sistem pemerintahan beraja
Pembentukan sebuah negara persekutuan
Penubuhan kerajaan negeri yang berdaulat
Pemantapan sistem pentadbiran negara
Apakah peranan utama Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara?
Ketua kerajaan
Ketua Institusi Beraja
Ketua Utama Negara
Ketua Pentadbir Negara
Apakah asas sistem perundangan negara kita?
Badan Kehakiman
Senarai Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia berjiran dengan Singapura dan Thailand. Bagaimanakah tindakan negara mewujudkan pemisahan antara negara tersebut?
Pendaftaran kerakyatan
Penguatkuasaan undang-undang
Pengukuhan kawalan ketenteraan
Penetapan sempadan
Apakah kesan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
Mengukuhkan sistem pertahanan
Melancarkan pentadbiran negara
Mengelakkan pergaduhan kaum
Menjamin kekayaan negeri
Gambar berikut menunjukkan Parlimen Malaysia. Apakah peranan utama Parlimen?
Menentukan dasar kerajaan
Memeterai pelbagai perjanjian
Menggubal sistem perundangan
Menguruskan pembangunan negara
Apakah kuasa yang terlibat dalam melaksanakan dasar pentadbiran negara?
I Badan Berkanun
II Jemaah Menteri
III Kementerian berkaitan
IV Pihak Berkuasa Tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut berkaitan dengan usaha kerajaan selepas memperoleh kedaulatan negara.
- Rukun Negara
- Bahasa Kebangsaan
- Kebudayaan negara
Apakah matlamat utama usaha kerajaan tersebut?
Memajukan bidang ekonomi
Memupuk perpaduan rakyat
Menyekat kedatangan imigran
Menyalurkan bantuan kewangan
Kerajaan berperanan melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi negara. Bagaimanakah peranan tersebut dapat dilaksanakan?
Selepas pelantikan Perdana Menteri
Selepas penubuhan kabinet kerajaan
Selepas Pilhan Raya Umum dijalankan
Selepas negara memperoleh kemerdekaan
Berikut merupakan hubungan luar yang disertai oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
- Komanwel
- Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Apakah kepentingan Malaysia mengadakan hubungan luar tersebut?
Mengekalkan warisan tradisi
Memperkuatkan bidang ketenteraan
Melahirkan rakyat yang bekerjasama
Mempertahankan kedaulatan negara
Bagaimanakah usaha negara memperjuangkan kedaulatan rakyat?
Menjamin kestabilan politik
Menamatkan bayaran cukai
Mengadakan rundingan damai
Memperkenalkan sistem beraja
Gambar berikut menunjukkan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia. Apakah kesimpulan daripada gambar tersebut?
Mengadakan kunjung mengunjung
Menunjukkan keunikan negara
Mengekalkan perpaduan kaum
Mematuhi undang-undang negara
Maklumat berikut berkaitan lambang-lambang negara.
- Jata Negar
- Bendera Malaysia
- Lagu Kebangsaan
Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang-lambang tersebut?
Membina sahsiah diri yang berdisiplin
Menanam persaan cinta akan negara
Mempertahankan kemakmuran negara
Mengekalkan sistem Demokrasi Berparlimen
