wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kertas 1 Fizik SPM 2021 (Modul 2)

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 56mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah kuantiti vektor?

a)

Masa

b)

Jisim

c)

Jarak

d)

Sesaran

2.

Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi sebuah kereta yang memecut dari keadaan pegun dan berhenti pada t = 70 s.


Berapa jauhkah kereta itu bergerak sebelum berhenti?

a)

1000 m

b)

2000 m

c)

3500 m

d)

4500 m

3.

Rajah menunjukkan seorang penunggang motosikal tertolak ke atas apabila motosikalnya berhenti secara tiba-tiba.


Kuantiti fizik manakah yang bertanggungjawab bagi kesan daya impuls yang besar dalam situasi itu?

a)

Kerja yang dilakukan

b)

Tegangan

c)

Masa impak

d)

Sesaran

4.

Sebiji bola lisut berjisim 0.8 kg dipukul oleh pemukul dengan daya 20 N. Jika daya dikenakan dalam masa 0.5 s, berapakah impuls yang dialami oleh bola lisut itu?

a)

0.8 Ns

b)

2.0 Ns

c)

10.0 Ns

d)

30.0 Ns

5.

Apakah daya yang membolehkan suatu jasad bergerak mengikut laluan melengkung menuju ke pusat Matahari?

a)

Daya kenyal

b)

Rintangan udara

c)

Daya memusat

d)

Keseimbangan daya

6.

Berdasarkan Hukum Kegravitian Semesta Newton, pernyataan manakah yang betul?

a)

Daya graviti di antara dua jasad berkadar terus dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad itu

b)

Daya graviti di antara dua jasad berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad itu

c)

Daya graviti di antara dua jasad berkadar songsang dengan kuasa tiga jarak di antara pusat dua jasad itu

d)

Daya graviti di antara dua jasad berkadar terus dengan kuasa tiga jarak di antara pusat dua jasad itu

7.

Rajah menunjukkan lengkung penyejukan apabila suatu gas dipanaskan.


Pada peringkat manakah haba pendam tentu pengewapan dibebaskan ke persekitaran?

a)

PQ

b)

QR

c)

RS

d)

ST

8.

Graf manakah yang menunjukkan hubungan antara isi padu, V dengan suhu, T bagi suatu gas berjisim tetap pada tekanan malar?

a)
b)
c)
d)
9.

Rajah menunjukkan corak interferens gelombang air yang dihasilkan oleh dua sumber koheren, S1 dan S2 di dalam sebuah tangki riak.


Berapakah panjang gelombang bagi gelombang air itu?

a)

0.5 cm

b)

1.3 cm

c)

3.5 cm

d)

5.5 cm

10.

Rajah menunjukkan corak interferens gelombang air.


Apakah yang akan berlaku pada jarak pemisahan di antara garis nod yang berturutan, X jika jarak di antara dua sumber, S1 dan S2 di dalam tangki riak ditingkatkan?

a)

Tidak berubah

b)

Berkurang

c)

Bertambah

11.

Rajah menunjukkan corak gelombang membujur yang dihasilkan oleh satu gelombang bunyi yang merambat di udara.


Berapakah frekuensi gelombang bunyi itu jika laju gelombang bunyi ialah 330 m s-1?

a)

10 Hz

b)

30 Hz

c)

60 Hz

d)

100 Hz

12.

Seorang murid menggunakan kanta cembung untuk mendapatkan imej maya yang diperbesar. Panjang fokus kanta itu ialah 10 cm. Berapakah jarak objek yang sesuai?

a)

8.0 cm

b)

10.0 cm

c)

20.0 cm

d)

25.0 cm

13.

Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh satu cermin cembung?

a)

Songsang, diperkecil dan nyata

b)

Tegak, diperkecil dan maya

c)

Tegak, sama saiz dengan objek dan nyata

d)

Songsang sisi, sama saiz dengan objek dan maya

14.

Satu objek yang berketinggian 5 cm diletakkan 10 cm dari satu kanta cembung. Suatu imej terbentuk pada jarak 20 cm dari kanta. Berapakah ketinggian imej itu?

a)

2.5 cm

b)

6.0 cm

c)

10.0 cm

d)

15.0 cm

15.

Rajah menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang memecut di atas lebuh raya mengufuk.


Pernyataan manakah yang betul?

a)

Daya paduan yang bertindak pada penunggang motosikal itu sama dengan sifar.

b)

Daya paduan yang bertindak pada penunggang motosikal itu tidak sama dengan sifar.

c)

Tujahan yang bertindak pada penunggang motosikal itu sama dengan daya-daya rintangan.

d)

Tujahan yang bertindak pada penunggang motosikal itu kurang daripada daya-daya rintangan

16.

Rajah menunjukkan graf daya melawan mampatan suatu spring.


Pernyataan manakah yang betul tentang graf itu?

a)

F berkadar songsang dengan e

b)

Graf menunjukkan bahawa W = 1/2 Fe

c)

Kecerunan graf mewakili kerja yang dilakukan pada spring

d)

Kawasan berlorek mewakili panjang mampatan spring

17.

Satu daripada faktor yang mempengaruhi kekenyalan suatu spring ialah

a)

bentuk spring

b)

kelenturan spring

c)

suhu spring

d)

diameter dawai spring

18.

Rajah menunjukkan kedudukan tiga bongkah yang tidak serupa apabila direndam di dalam air.


Pernyataan tentang daya apungan manakah yang benar?

a)

Paling besar di X

b)

Paling besar di Y

c)

Sama di Y dan Z

d)

Sama di ketiga-tiga kedudukan

19.

Alat manakah yang berfungsi berdasarkan Prinsip Bernoulli?

a)

Penunu Bunsen

b)

Jek hidraulik

c)

Hidrometer

d)

Roket

20.

Rajah menunjukkan wau ditiup angin.


Wau itu terangkat naik dan mula terbang. Apakah sebab (S) dan konsep fizik (K) yang terlibat dalam situasi itu?

a)

S - Perbezaan daya yang bertindak pada wau itu

K - Prinsip Pascal

b)

S - Perbezaan daya angkat yang bertindak pada wau itu

K - Daya apungan

c)

S - Perbezaan daya-daya yang bertindak pada wau itu

K - Keseimbangan daya

d)

S - Perbezaan tekanan udara di bawah dan di atas wau

K - Prinsip Bernoulli

21.

Rajah menunjukkan sebuah beg sekolah.


Pernyataan manakah yang betul tentang pad bahu T?

a)

Saiz yang kecil membolehkan beban diangkat dengan mudah

b)

Mengurangkan daya untuk menggalas beg itu di atas bahu

c)

Digunakan sebagai penanda kedudukan yang betul semasa menggalas beg

d)

Membantu mengurangkan tekanan pada bahu semasa menggalas beban yang berat

22.

Unit manakah yang digunakan untuk mengukur tekanan dalam kehidupan harian?

a)

N

b)

dB

c)

N m-3

d)

cm Hg

23.

Rajah menunjukkan graf beza keupayaan melawan arus bagi dua perintang, S dan T.


Pernyataan manakah yang benar?

a)

Kedua-dua perintang mempunyai nilai rintangan yang berbeza

b)

Kedua-dua perintang mempunyai nilai rintangan yang sama

c)

T mempunyai rintangan yang lebih besar daripada S

d)

Rintangan bergantung pada arus

24.

Rajah menunjukkan tiga mentol, X, Y dan Z yang serupa disambungkan dalam satu litar elektrik.


Apakah yang akan berlaku pada bacaan ammeter (A) dan kecerahan mentol (K) Y dan Z jika seutas dawai disambungkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

A - Bertambah

K - Bertambah

b)

A - Berkurang

K - Kekal tidak berubah

c)

A - Kekal tidak berubah

K - Kekal tidak berubah

d)

A - Kekal tidak berubah

K - Y bertambah, Z tidak berubah

25.

Rajah menunjukkan tapak sebuah seterika elektrik.


Apakah sifat yang paling sesuai bagi tapak seterika itu?

a)

Kerintangan elektrik yang rendah

b)

Muatan haba tentu yang rendah

c)

Penggunaan tenaga yang rendah

d)

Ketumpatan yang rendah

26.

Rajah menunjukkan satu litar elektrik.


Apakah beza keupayaan yang merentasi titik S dan titik T?

a)

0.6 V

b)

3.0 V

c)

4.0 V

d)

6.0 V

27.

Rajah menunjukkan sebuah magnet bar yang digerakkan ke dalam suatu solenoid untuk menjana arus teraruh.


Apakah kekutuban solenoid di X dan arah pesongan jarum penunjuk galvanometer itu?

a)

X - Utara

Arah - Ke kiri

b)

X - Utara

Arah - Ke kanan

c)

X - Selatan

Arah - Ke kiri

d)

X - Selatan

Arah - Ke kanan

28.

Kesan elektromagnet diperhatikan apabila klip kertas tertarik pada rod besi dalam suatu litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.


Pengubahsuaian manakah yang akan menambahkan bilangan klip kertas yang tertarik pada rod besi itu?

a)

Guna arus yang lebih kecil

b)

Kurangkan bilangan lilitan gegelung

c)

Gantikan rod besi dengan teras besi lembut

d)

Tambahkan jarak di antara lilitan gegelung

29.

Rajah menunjukkan magnet bar ditarik keluar daripada solenoid.


Pernyataan manakah yang betul?

a)

Kutub solenoid berubah menjadi kutub utara

b)

Tiada pesongan jarum penunjuk galvanometer

c)

Solenoid cenderung menarik balik magnet ke dalamnya

d)

Solenoid menolak magnet menjauhinya

30.

Rajah menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji hukum Faraday bagi aruhan elektromagnet.


Hukum Faraday mewakili

a)

perubahan pemotongan fluks magnet untuk menjana beza keupayaan

b)

perubahan pemotongan fluks magnet untuk menjana arus

c)

perubahan kedudukan magnet untuk menjana arus

d)

perubahan aliran arus untuk menjana medan magnet

31.

Rajah menunjukkan simbol bagi satu transistor.


Apakah jenis transistor dan nama bagi terminal X dan Y?

a)

Jenis - pnp

X - Tapak

Y - Pengumpul

b)

Jenis - npn

X - Tapak

Y - Pengeluar

c)

Jenis - pnp

X - Pengumpul

Y - Tapak

d)

Jenis - npn

X - Pengumpul

Y - Pengeluar

32.

Semasa rektifikasi suatu litar, apakah komponen elektronik yang digunakan untuk menyimpan cas dan meratakan arus output?

a)

Termistor

b)

Transistor

c)

Kapasitor

d)

Diod

33.

Antara berikut, yang manakah sifat bagi sinar katod?

a)

Ia suatu sinaran radioaktif

b)

Ia bergerak dengan perlahan pada suhu rendah

c)

Ia boleh dipesongkan oleh medan magnet

d)

Tenaga kinetiknya boleh ditukar kepada tenaga angin

34.

Rajah menunjukkan lengkung reputan bagi empat radioisotop yang berbeza.


Radioisotop manakah, A, B, C atau D, yang mempunyai T1/2 yang paling lama?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Pembelahan nukleus ialah satu tindak balas nuklear yang menghasilkan tenaga nuklear. Tentukan jisim yang bertukar kepada tenaga jika tenaga nuklear yang dibebaskan oleh tindak balas itu ialah 1.5\times10^{15}\ J  

a)

 1.0×102 kg1.0\times10^{-2}\ kg  

b)

 1.7×102 kg1.7\times10^{-2}\ kg  

c)

 3.0×102 kg3.0\times10^{-2}\ kg  

d)

 1.0×105 kg1.0\times10^5\ kg  

36.

Sebuah meter kadar mencatat kadar bilangan 2200 bilangan per minit pada pukul 12.00 tengah hari daripada suatu sumber radioaktif. Pada pukul 1.15 petang hari yang sama, kadar bilangan telah berkurang kepada 275 bilangan per minit. Berapakah separuh hayat bagi sumber radioaktif itu?

a)

10 minit

b)

25 minit

c)

30 minit

d)

45 minit

37.

Berapakah tenaga yang dibebaskan daripada satu reputan radioaktif dengan cacat jisim 0.0038 u.j.a.?

 1\ u.j.a.\ =\ 1.66\times10^{-27}\ kg  


 c=3.0×108 m s1c=3.0\times10^8\ m\ s^{-1}  

a)

 8.96×1022 J8.96\times10^{-22}\ J  

b)

 4.98×1019 J4.98\times10^{-19}\ J  

c)

 2.69×1013 J2.69\times10^{-13}\ J  

d)

 5.68×1013 J5.68\times10^{-13}\ J  

38.

Pernyataan manakah yang betul tentang foton?

a)

Suatu unit tenaga

b)

Suatu kuantum cahaya

c)

Suatu zarah bercas positif

d)

Suatu elektron yang dipancar keluar dari permukaan logam akibat kesan fotoelektrik

39.

Berapakah tenaga bagi foton cahaya 670 nm?

 Pemalar Planck, h=6.63×1034 J sPemalar\ Planck,\ h=6.63\times10^{-34}\ J\ s  
 laju cahaya di dalam vakum, c=3.0×108 m s1laju\ cahaya\ di\ dalam\ vakum,\ c=3.0\times10^8\ m\ s^{-1}  

a)

 1.98×1025 J1.98\times10^{-25}\ J  

b)

 1.32×1027 J1.32\times10^{-27}\ J  

c)

 2.97×1019 J2.97\times10^{-19}\ J  

d)

 3.96×1019 J3.96\times10^{-19}\ J  

40.

Apakah halaju suatu zarah yang mempunyai jisim, m dan panjang gelombang de Broglie, λ?

a)

mλh\frac{m\lambda}{h}

b)

hmλ\frac{h}{m\lambda}

c)

2hmλ\frac{2h}{m\lambda}

d)

2hcmλ\frac{2hc}{m\lambda}