wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5B8- membina kemakmuran negara

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Dasar ekonomi baru dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 1970 hingga tahun 1990.

Apakah matlamat pembentukan di DEB? M/s 166

a)

Memulihkan hubungan antara kaum.

b)

Menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

c)

Merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat dan pemimpin.

d)

Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama.

2.

Antara berikut yang manakah berkaitan strategi dasar ekonomi baru?

I. Membasmi kemiskinan

II. Menubuhkan agensi kerajaan.

III. Memberi modal kepada petani.

IV. Menyusun semula masyarakat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah tujuan penubuhan agensi berikut?

a)

Menstabilkan harga padi.

b)

Membantu pekebun kecil

c)

Meningkatkan taraf hidup petani.

d)

Membantu dalam penyelidikan padi.

4.

Kaum bukan bumiputera turut diberi peluang dalam pemilikan modal saham dengan pengenalan. M/s 172

a)

Amanah saham Malaysia

b)

Amanah saham nasional

c)

Amanah saham bumiputera.

d)

Amanah saham bukan bumiputera.

5.

Bagaimanakah matlamat dasar pembangunan nasional (DPN) dapat dicapai? M/s 174

a)

Peranan agensi kerajaan

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat.

c)

Memperkenalkan rancangan buku hijau.

d)

Pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar

6.

Apakah tanaman yang diusahakan di program pembangunan wilayah? M/s171

a)

Kopi

b)

Tembakau

c)

Lada hitam

d)

Getah

7.

Apakah rancangan pembangunan lima tahun di bawah DPN? M/s 174

I. Rancangan Malaysia keempat

II. Rancangan Malaysia kelima

III. Rancangan Malaysia ke-6

IV. Rancangan Malaysia ketujuh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju.

Apakah aspek negara maju tersebut? M/s 175

a)

Keadilan sosial

b)

Bersikap demokratik

c)

Berilmu pengetahuan

d)

Kecemerlangan sosial.

9.

Apakah strategi DPN untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan masyarakat? M/s 175

a)

Membuka tanah secara besar-besaran

b)

Memperkasakan Sekolah jenis kebangsaan.

c)

Memajukan kawasan pertanian di luar bandar.

d)

Melibatkan pihak swasta dalam pembangunan

10.

Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan fizikal dan alam sekitar dalam DPN.

Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?m/s175

a)

Penciptaan baja organik.

b)

Penggunaan teknologi hijau.

c)

Penanaman secara tradisional

d)

Penguatkuasaan undang-undang.

11.

Apakah tujuan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB)

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat.

c)

Membentuk masyarakat berdisiplin.

d)

Mewujudkan masyarakat perdagangan.

12.

Apakah usaha kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam DPN?m/s179

a)

Meluluskan lesen kepada syarikat usaha sama.

b)

Memperkenalkan konsep pertanian pintar.

c)

Menggiatkan lagi penyertaan bumiputera.

d)

Menyelaraskan program pembangunan bandar.

13.

Apakah kesan pembangunan DEB dan DPN terhadap rakyat? M/s180

a)

Melahirkan insan berilmu

b)

Meningkatkan kualiti hidup

c)

Mengatasi sifat perkauman.

d)

Menyatukan negara bangsa.

14.

Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri berat negara kita? M/s 185

a)

MIDA

b)

RISDA

c)

HICOM

d)

PETRONAS

15.

Apakah ciri zon perindustrian bebas? M/s 186

a)

Bandar terancang yang mengandungi kemudahan asas.

b)

Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai

c)

Berasal daripada kawasan pembangunan wilayah.

d)

Pusat penyelidikan dan pembangunan industri.