Font size
WorksheetsModul 1.0 Pengenalan Pembinaan Domestik - Part 1 (9/8/2021)
Total questions: 6
Worksheet time: 5mins
Apakah definisi yang tepat bagi pembinaan?
Memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan
pengembangan industri pembinaan.
Melibatkan persediaan kontraktor untuk melakukan proses pembinaan substruktur dan superstruktur. Selain itu, peringkat ini merupakan proses untuk melengkapkan sistem dalam binaan seperti sistem perpaipan, sistem elektrik, sistem perhubungan dan sistem penyaman udara.
Memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri
pembinaan.
Perbuatan atau aktiviti membina yang merangkumi kerja-kerja mereka bentuk, meruntuhkan, memelihara, membaiki dan merancang serta merangkumi kerja-kerja mekanikal, elektrikal, kejuruteraan awam dan sebagainya
Nyatakan 3 pihak utama yang terlibat dalam sesuatu projek pembinaan?
Klien
Pihak pembeli
Kontraktor
Penjual
Pembekal
Terdapat 5 peringkat dalam proses pembinaan. Nyatakan peringkat seterusnya selepas peringkat pengurusan dalam proses pembinaan?
Peringkat Pembinaan
Peringkat Penyerahan
Peringkat Analisis
Peringkat Perancangan
Nyatakan 3 aspek yang perlu diambil perhatian pada peringkat perancangan?
Peringkat Pembinaan
Pelantikan Pihak Perunding
Peruntukan Kewangan
Peringkat Analisis
Kajian Kemungkinan
Terdapat 6 langkah perlu dilaksanakan sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan semasa peringkat analisis. Apakah langkah seterusnya selepas langkah penyediaan lukisan dibuat?
Pemilihan tapak
Mereka bentuk binaan
Spesifikasi kerja dan anggaran kos
Pengukuran tapak
Apakah yang akan dilakukan pada peringkat pembinaan dalam proses pembinaan?
Dilakukan setelah pembinaan siap dijalankan. Proses penyerahan merupakan suatu proses penyerahan projek oleh kontraktor kepada pihak klien setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Kerja Raya.
Melibatkan persediaan kontraktor untuk melakukan proses pembinaan substruktur dan superstruktur. Selain itu, peringkat ini merupakan proses untuk melengkapkan sistem dalam binaan seperti sistem perpaipan, sistem elektrik, sistem perhubungan dan sistem penyaman udara
Semua maklumat yang telah dianalisis perlu didokumenkan. Aspek yang terdapat dalam dokumen meliputi aspek kutipan maklumat, penawaran tender, sumber pekerja, peralatan dan bahan
Hasil reka bentuk digunakan untuk menyediakan lukisan kerja yang terdiri daripada lukisan reka bentuk, struktur dan perkhidmatan.
