Worksheetskata ganda
Total questions: 65
Worksheet time: 33mins
Emak Aziela membeli sayur-sayuran di pasar Parit pada waktu pagi untuk membuat kuih.............
onde-onde
epok-epok
cumi-cumi
Ranjith telah menyapu ____________________ di bawah pokok rumahnya.
kekuda
dedaun
pepijat
kekisi
Aktiviti ____________ membersihkan taman perumahan diadakan pada setiap akhir bulan.
ziarah - menziarahi
gunung - ganang
kenduri - kendara
gotong - royong
Apabila tiba musim perayaan, penduduk Kampung Nangka Sebiji akan ______________ ke rumah jiran - jiran.
terang - benderang
menguis - nguis
ziarah - menziarahi
berlari - larian
Adik tidak dapat menunggang basikalnya kerana __________ basikalnya telah rosak.
rempah - ratus
hingar - bingar
kekisi
jejari
Ibu memasak kari ayam dengan menggunakan ____________ yang dibeli.
hiruk - pikuk
rempah - ratus
awan - gemawan
adai - badai
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ____________ itu.
bengkang -bengkok
batu - batan
kacau - bilau
haru - biru
Rambut Wenday __________setelah bangun daripada tidur.
compang - camping
robak - rabik
kusut - masai
huru - hara
Guru besar mengambil tindakan tatatertib ______________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak - peranda
lambat - laun
remeh- temeh
serta - merta
Rumah Nenek Zaharah _____________ dengan suara cucu- cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang - langgang
punah - ranah
riuh - rendah
calar - balar
Kaki Bali ___________ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
punah - ranah
lekuk - lekak
robak - rabik
calar- balar
Encik Lokman mengawasi anak - anaknya yang sedang asyik __________ di pantai itu.
mandi - manda
mundar -mandir
riuh - rendah
kacau - bilau
Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan ____________ terdekat Puan Maisarah.
saudara - mara
limpah - ruah
corat - coret
kuih- muih
Pak Daud mencantas ________ pokok yang sudah mati.
reranting
pepohon
tetulang
dedaun
Kos untuk membina______________ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
tetambak
kekuda
bebola
kekisi
Adik berasa sangat teruja kerana dapat melihat ikan ____________ semasa melawat Aquaria.
sesumpah
lelumba
kekupu
jejentik
Pengantin perempuan pada masa kini kurang gemar memakai ___________ sewaktu bersanding kerana berat.
jejamang
rerambut
lelangit
kekuda
Syarikat Sasmurni mengiklankan produk keluarannya melalui _____________ yang direntang di pusat beli -belah.
sesiku
lelangit
gegantung
sesumpah
1.______ tingkap di bilik abang reput kerana dimakan oleh anai-anai.
kekuda
kekisi
tetupai
pepatung
1.Pak Cik Maniam meletakkan ______ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung yang makan padinya.
kupu-kupu
orang-orang
mata-mata
kuda-kuda
3.Seekor ___________ mempunyai sepasang sesungut
rama-rama
kuda-kuda
tupai-tupai
kura-kura
5.Astin suka makan ________ikan yang dimasak oleh nenek.
cecair
kekura
bebola
sesiku
7.Yee Hong sedang menonton televisyen sambil makan ________.
kunang-kunang
jemput-jemput
epok-epok
agar-agar
9.Ayah tersesat ketika hendak mencari jalan ke rumah kawan karibnya yang sudah lama tidak berjumpa kerana jalan ke sana _____
lalu-lalang
mundar-mandir
bengkangk-bengkok
bersimpang-siur
13.Jon ketawa ______ semasa menonton komedi itu.
teresak-esak
tersedan-sedu
terketar-ketar
terbahak-bahak
16.Petani di kampung itu tidak dapat menjalankan aktiviti tanaman kerana tanah di situ _______ akibat kemarau.
kusut-masai
kering-kontang
bengkang-bengkok
comot-momot
17.Peminta sedekah yang berpakaian _________ itu sedang tidur di kaki lima.
kumat-kamit
riuh-rendah
mundar-mandir
compang-camping
18.Ibu membeli sepasang ______ berlian untuk kakak sebagai hadiah perkahwinan.
kuda-kuda
anai-anai
anting-anting
tupai-tupai
19.Ais akan menjadi _______apabila dipanaskan.
sesumpah
dedalu
cecair
jejaka
4. Karipap yang dihidangkan itu ________ dimakan oleh Iskandar.
sedu-sedan
kumat-kamit
cerai-berai
licin-licau
3. Aqasya__________ menyiapkan latihan Matematik apabila diminta oleh Cikgu Hasry.
lintang-pukang
kelam-kabut
hiruk-pikuk
lalu-lalang
9. Nenek menjamu Marlisa dan adiknya dengan _________ tradisional.
gunung-ganang
bukit-bukau
kuih-muih
lalu-lalang
Afiq lari _________________ kerana dikejar anjing ketika pulang dari sekolah.
kelam-kabut
lintang-pukang
sesat barat
Garisan yang dilukis oleh adik ________________ kerana dia baru belajar menulis.
herot-berot
simpang-siur
pontang-panting
bengkang-bengkok
Tarian yang ____________________ itu menarik perhatian ramai penonton.
liang-liuk
lemak-merdu
lemah-gemalai
lemah-longlai
Kaviyan, Arvin dan Seswin merupakan _________________ saya semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia dahulu.
kakak-kakak
rakan-rakan
guru-guru
jiran-jiran
Badan saya ________________ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
lembik-lembik
gemuk-gemuk
carik-carik
sakit-sakit
Kuih karipap yang baru digoreng itu ______________ belaka.
comel-comel
panas-panas
cantik-cantik
pahit-pahit
Lembu yang diternak oleh Pak Busu________________ belaka.
bulat-bulat
kering-kering
cantik-cantik
gemuk-gemuk
_______________ itu bergayut di atas pokok.
Unta-unta
Ular-ular
Kerbau-kerbau
Monyet-monyet
Isteri nelayan itu menjemur ikan di atas _________________ yang dibina di halaman rumah.
papan-papan
ruang-ruang
rak-rak
para-para
Lantai rumah datuk reput akibat dimakan ______________ .
anai-anai
agar-agar
kura-kura
kisi-kisi
Ibu memegang tangan adik ______________ semasa melintas jalan.
dekat-dekat
rapat-rapat
ketat-ketat
erat-erat
Emak memasak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Kuala Lumpur.
buah-buahan
lauk-pauk
sayur-sayuran
buah-buah
Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
berpusing-pusing
terapung-apung
berpinar-pinar
berkaca-kaca
Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
menggerak-gerakkan
membeza-bezakan
mencerai-ceraikan
mengharu-birukan
Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal
menjerit-jerit
mendayu-dayu
mengilai-ngilai
membelai-belai
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
tersengguk-sengguk
tersekat-sekat
terjerit-jerit
teresak-esak
2.Puan Rohana meletakkan _________ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dan dapur.
sesendal
kekuda
sesekat
kekisi
3.Encik Ahmad memasang _________ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.
tetingkap
kekuda
sesiku
kekisi
8.Ayah menggantikan ________ di rumah kami dengan yang baharu kerana sudah reput.
tetulang
tetupai
tetikus
sesiku
9.Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana ________nya telah rosak.
sesendal
sesondol
tetulang
kekuda
7. Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A. berkali-kali
B. berkobar-kobar
C. berpeluh-peluh
D. beringat-ingat
Azmi lari _________________ kerana dikejar anjing ketika pulang dari sekolah.
kelam-kabut
sesat-barat
lintang-pukang
kusut-masai
