Font size
Worksheetsikatan kimia
Total questions: 22
Worksheet time: 17mins
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai ikatan kimia?
Ikatan kovelen terbentuk apabila atom logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Suatu logam bertindak balas dengan bukan logam untuk membentuk zarah yang terikat bersama oleh daya tarikan antara molekul
Ikatan ion terbentuk apabila atom logam memindahkan elektron kepada atom bukan logam
Ikatan kovalen adalah lebih kuat daripada ikatan ion
Satu sebatian terdiri daripada 3 atom yang diikat dengan ikatan kovalen. Pasangan unsur yang manakah akan mempunyai atom untuk membentuk sebatian ini?
Aluminium dan klorin
Magnesium dan klorin
Hidrogen dan nitrogen
Hidrogen dan sulfur
Antara yang berikut, yang manakah merupakan satu sebatian?
Nitrogen
Karbon dioksida
Udara
Argon
Rajah menunjukkan susunan elektron kalsium oksida.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai kalsium oksida?
Atom kalsium berkongsi elektron dengan atom oksigen
Atom kalsium memindahkan elektron kepada atom oksigen
Atom oksigen membebaskan elektron
Atom kalsium menerima elektron
Rajah menunjukkan susunan elektron bagi sebatian karbon dioksida.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai sebatian itu?
Terbentuk melalui pemindahan elektron
Terbentuk melalui penerimaan elektron
Terbentuk melalui perkongsian elektron
Terbentuk melalui perkongsian neutral
Rajah menunjukkan suatu sebatian.
Berapakah pasangan elektron yang dikongsi oleh atom-atom dalam sebatian ini?
6
7
12
14
Jadual menunjukkan susunan elektron bagi atom W, X, Y dan Z.
Antara pasangan atom berikut, yang manakah membentuk sebatian melalui perkongsian elektron?
W dan Z
W dan Y
X dan Z
X dan Y
Antara molekul berikut, yang manakah tidak berupaya membentuk ikatan hidrogen?
CH3COOH
NH3
CH4
HF
Satu unsur X membentuk sebatian kovalen dengan hidrogen. Sebatian kovalen itu juga membentuk ikatan hidrogen antara molekul.
Antara yang berikut, yang manakah unsur X?
Karbon
Nitrogen
Sulfur
Klorin
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan ikatan logam dengan betul?
Daya tarikan elektrostatik antara ion positif dan ion negatif dalam logam
Daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam bercas positif
Logam boleh menderma elektron valens
Logam berkongsi elektron valens
Jadual menunjukkan nombor proton bagi enam unsur P,Q, R, S, T dan U.
Antara pasangan unsur berikut, yang manakah boleh mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus?
P dan Q
P dan R
R dan T
R dan U
Antara yang berikut, atom manakah yang paling elektronegatif?
Helium
Fluorin
Klorin
Iodin
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang ikatan datif?
Merupakan sejenis ikatan kovalen
Dikenali juga sebagai ikatan logam
Sepasang elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja
Ammonia apabila larut dalam air tidak boleh membentuk ikatan datif
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa sebatian ion mempunyai takat lebur yang tinggi?
Terdapat ion-ion yang bebas bergerak dalam sebatian itu
Ikatan kovalen antara atom-atom adalah kuat
Daya elektrostatik antara ion-ion adalah kuat
Jadual menunjukkan susunan elektron unsur X dan Y.
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara X dan Y?
Tidak larut dalam air
Boleh mengkonduksi arus elektrik dalam semua keadaan
Takat lebur dan takat didih yang rendah
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Jadual menunjukkan jenis sebatian bagi oksida X dan W.
Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah betul?
X adalah logam
Oksida bagi X mempunyai takat lebur yang tinggi
Oksida bagi W larut dalam air
Oksida bagi W boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan pepejal
Jadual menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi tiga sebatian.
Mengapakah sebatian-sebatian ini mempunyai nilai takat lebur dan takat didih sedemikian?
Ia terdiri daripada bukan logam
Ia mempunyai ikatan kovalen yang lemah
Ia mempunyai daya tarikan elektrostatik yang lemah
Ia mempunyai daya tarikan antara molekul yang lemah
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sifat sebatian kovalen?
Larut dalam pelarut organik
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal
Mengkonduksikan elakektrik dalam pelarut organik
jadual menunjukkan nombor nukleon dan bilangan neutron bagi unsur K, L, M dan N.
Antara pasangan unsur berikut, yang manakah akan membentuk sebatian ion?
K dan L
L dan N
K dan N
L dan M
Rajah menunjukkan susunan elektron bagi suatu sebatian.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai sebatian itu?
Larut dalam benzena
Larut dalam air
Mempunyai takat didih yang tinggi
Boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan
Jadual di bawah menunjukkan nombor proton bagi unsur P, Q, R dan S.
Antara pasangan unsur berikut, yang manakah akan membentuk sebatian dengan takat lebur yang tinggi?
P dan S
Q dan R
Q dan S
Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai kekonduksian elektrik yang baik dalam keadaan leburan dan larutan akueus?
Pepejal kuprum
Natrium klorida
Gas klorin
Ammonium klorida
