wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz pedagogi

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud _____________.

a)

cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.

b)

terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun

c)

kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah

d)

Bertujuan untuk mencapai objektif yang spesifik dalam jangka pendek.

2.

Konsep Teknik ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam ______________.

a)

Menyediakan bahan dan peralatan yang sesuai

b)

melatih kanak-kanak mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas

c)

menggalakkan kanak-kanak menjalankan sesuatu aktiviti secara spontan tanpa panduan atau arahan dari guru

d)

pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

3.

pernyataan berikut merupakan situasi pengajaran micro KECUALI

a)

Kelas kecil (5 - 8 orang murid)

b)

Pelbagai kemahiran digunakan

c)

Guru pelatih berperanan sebagai murid

d)

Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja

4.

kemahiran variasi rangsangan merujuk kepada _____________.

a)

Memberi kefahaman kepada orang lain, dan menentukan yang penerangan itu difahami.

b)

Guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran.

c)

Aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian.

d)

Menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai interaksi yang lain.

5.

Tujuan bermain mengikut Piaget adalah ______________.

a)

Meningkatkan motivasi kanak-kanak dan menggalakkan kanak-kanak berinteraksi serta bekerjasama

b)

Aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran psikomotor, bahasa, muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak

c)

Bermain dapat mengukuhkan keupayaan berfikir serta mendorong kanak-kanak memberi makna kepada pembelajaran semasa mereka menjalankan aktiviti permainan

d)

Kanak-kanak belajar cara untuk berkomunikasi melalui kemahiran bahasa dengan rakan sebaya

6.

Persekitaran pembelajaran merujuk kepada_________

a)

suasana dan keadaan fizikal tempat di mana kanak-kanak belajar dan guru mengajar

b)

satu usaha yang berterusan dan lebih berorientasikan pnyelenggaraan

c)

kepada keupayaan guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharu suasanabilik darjah supaya menjadi satu persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

d)

Melibatkan aspek memotivasikan murid untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian serta menguruskan kerja murid

7.

Antara berikut merupakan komponen-komponen dalam kemahiran menyoal. KECUALI _____________

a)

mencungkil fikiran

b)

kejelasan

c)

hentian

d)

memberi petunjuk

8.

Antara kriteria dalam memilih bahan bantu mengajar adalah _______________

a)

Bahan bantu mengajar harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri

b)

bahan bantu mengajar hendaklah diberi pada setiap kanak-kanak

c)

bahan bantu mengajar hendaklah dibeli untuk mengekalkan kualitinya

d)

bahan bantu mengajar harus cantik dan menarik

9.

kemahiran pengukuhan merupakan _________.

a)

satu teknik yang selaras dengan objektif dan aras pencapaian penilaian

b)

satu teknik supaya guru mendapat idea baharu dalam PnP

c)

satu teknik supaya kanak-kanak menjadi pasif didalam kelas

d)

satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan kanak-kanak dalam beberapa cara yang positif

10.

Pengajaran semula akan dilakukan sekiranya ______________

a)

kanak-kanak tidak dapat menumpukan perhatian

b)

guru pelatih gagal menguasai kemahiran pengajaran yang berkenan

c)

pengajaran dan pembelajaran tidak mencapai ojektif

d)

kanak-kanak tidak dapat mengikuti pengajaran guru pelatih