wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Islam T4 (sempena bulan kemerdekaan )

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maksud al-Muntaqim ialah.............

a)

Allah Maha Pembalas

b)

Allah Maha Mendengar

c)

Allah Maha Perkasa

d)

Allah Maha Melihat

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

a)

Mengambil hak orang lain secara paksaan

b)

Memberikan sesuatu kepada seseorang untuk tujuan penghargaan

c)

Pemberian sebagai tanda berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan

d)

Sebarang pemberian atau suapan untuk memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan.

3.

Contoh syirik jali ialah...

a)

Melakukan solat untuk mendapatkan perhatian orang lain

b)

Meyakini Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan

c)

Sombong dengan kelebihan diri sendiri

d)

Berasa hebat dengan amalan sendiri

4.

Haji ialah...

a)

mengunjungi Baitullahil Haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu

b)

mengunjungi Baitullahil Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu

5.

Menuduh perempuan yang beriman dan suci merupakan salah satu dosa besar, ia merujuk kepada perbuatan

a)

Li'an

b)

Qazaf

c)

Ta'zir

d)

Qisas

6.

"Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat, dan af'aal (perbuatan)". Berikut merujuk kepada

a)

Syirik Khafi

b)

Syirik Jali

c)

Syirik Besar

d)

Syirik Kecil

7.

Perbuatan syirik terbahagi kepada dua, iaitu

a)

Jali & Khafi

b)

Munafik & Fasik

c)

Besar & Kecil

d)

Buruk & Baik

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan membunuh?

a)

Perbuatan menyekutukan Allah

b)

Perbuatan menuduh wanita yang suci berzina

c)

Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang

d)

Perbuatan mengaut keuntungan diatas kekurangan orang lain

9.

Orang kurang upaya ialah......

a)

Orang yang hilang anggota fizikal.

b)

Orang yang tidak mempunyai keupayaan diri utk melibatkan diri secara efektif dlm masyarakat.

c)

Orang yang mempunyai sticker OKU.

d)

Orang yang tidak berkemampuan.

10.

Ahmad menyediakan kerusi roda untuk Azmi bergerak ke tandas bagi mengambil wudhuk.


Situasi di atas adalah adab terhadap orang kurang upaya dari aspek....

a)

fizikal

b)

mental

c)

ibadah

d)

jasmani

11.

Antara berikut, yang manakah hikmah beradab terhadap orang kurang upaya

a)

melahirkan keinsafan

b)

mengembirakan hari

c)

menimbulkan rasa dihargai dalam diri mereka

d)

mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat

12.

APAKAH MAKSUD SOLAT SUNAT GERHANA

a)

SOLAT SUNAT SELEPAS SUBUH

b)

SOLAT YG DILAKUKAN ANTARA MATAHARI NAIK SELEPAS SYURUK SEHINGGA SEBELUM GELINCIR MATAHARI

c)

SOLAT YG DILAKUKAN KETIKA BERLAKU GERHANA MATAHARI ATAU BULAN

d)

SOLAT SUNAT YG SANGAT DITUNTUT

13.

APAKAH HUKUM SOLAT SUNAT DHUHA?

a)

SUNAT

b)

SUNAT MUAKKAD

c)

HARUS

14.

Apakah maksud berdikari?

a)

Menggunakan ihsan kawan-kawan dalam menyiapkan kerja sekolah

b)

Meminta bantuan daripada ibu bapa untuk membeli barang yang tidak penting

c)

Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain

d)

Meninggalkan bilik tidur tidak dikemas

15.

Nyatakan maksud ayat خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أحَدًا

a)

Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual)

b)

lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya

c)

pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang

16.

Nyatakan kelebihan berdikari terhadap EKONOMI

a)

Mudah menjadi kaya

b)

Disayangi oleh masyarakat

c)

Mendapat sumber pendapatan y diyakini halal

d)

Islam dipandang tinggi

17.

Berikut adalah aspek kesederhanaan yang dituntut dalam Islam kecuali

a)

Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh tanggungjawab

b)

Memenuhi syarat dalam melakukan tiap tugasan

c)

Menunaikan tugas mengharap ganjaran dari pihak atasan

d)

Melaksanakan tugas ikhlas kerana Allah

18.

Berikut adalah cara mengamalkan sifat wasatiyah KECUALI

a)

bekerja mencari rezeki yang halal dan berkat

b)

menggunakan akal untuk melakukan kezaliman dan keganasan

c)

melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

d)

membelanjakan harta dengan cara yang betul

19.

Melaksanakan ibadah fardhu dan sunat secara istiqamah ialah keseimbangan dari sudut_________________________.

a)

rohani

b)

jasmani

c)

akli

d)

duniawi

20.

Khalifah pertama Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin ialah...........

a)

Umar Al-Khattab

b)

Abu Bakar Al-Siddiq

c)

Usman Bin Affan

d)

Ali Bin Abi Talib

21.

Pusat pemerintahan Kerajaan Khulafa al-Rasyidin ialah...........

a)

Madinah

b)

Mekah

c)

Hijaz

d)

Kufah

22.

> Memerangi golongan murtad / nabi palsu / orang yang enggan membayar zakat.

> Melantik khalifah selepasnya dengan tujuan memelihara perpaduan ummah.


Perkara di atas berkaitan dengan polisi pentadbiran Khalifah.......

a)

Saidina Umar bin al-Khattab

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Ali bin Abi Talib

d)

Saidina Abu Bakar as-Siddiq