NEW
Font size
WorksheetsKuiz Perniagaan Bab 3 Ting. 4
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I Mendorong pihak terlibat memahami dan bekerjasama menterjemah visi
II Mengambil masa melebihi lima tahun untukmencapainya
III Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
"VISI : Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi tersebut ?
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi ?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Mantap Mantop.
[Syarikat Mantap Mantop ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 15% dalam tahun 2019]
Antara berikut, yang manakah benar berkaitan dengan visi Syarikat ABC ?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Dibentuk untuk meningkatkan motivasi pekerja
Kaedah untuk mencapai matlamat oleh organisasi
Merupakan tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi yang betul.
Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan
Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi
Objektif harus ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi
Visi dapat dicapai dalam masa melebihi lima tahun
Apakah kesan kegagalan mendapatkan untung terhadap imej perniagaan ?
Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
Manakah faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya ?
Sumber manusia
Undang-undang
Ekonomi
Politik
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran suatu produk.
Kos tetap : RM 400,000.00
Harga : RM 120.00
Kos berubah seunit : RM 70.00
Berapakah titik pulangan modal ?
2105 unit
3333 unit
5714 unit
8000 unit
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan ?
Boleh diukur
Boleh dicapai
Daya saing
Jangka masa
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai ?
Berlaku kerugian
Sumber tidak diagih dengan betul
Wawasan perniagaan tidak dapat di capai
Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
