Font size
WorksheetsQUIZ AWAL MUHARRAM 1443H SIRI 2
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
Nama Penuh, Kelas dan No. Telefon
Siapakah yang menemani Rasulullah s.a.w ketika peristiwa Hijrah?
Saidina Abu Bakar
Saidina Umar
Saidina Usman
Saidina Ali
Apakah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w?
Masjid al-Haram
Masjid al-Nabawi
Masjid al-Aqsa
Masjid Quba
Apakah ganjaran yang ditawarkan oleh pemimpin musyrikin Mekah kepada sesiapa yang berjaya menjejaki Nabi Muhammad s.a.w?
10 ekor kambing
100 ekor unta
50 ekor merpati
Emas dan perak
Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setibanya di Quba'?
Menyatukan Muhajirin dan Ansar
Melakukan solat Jumaat
Berehat
Mendirikan sebuah masjid
Awal Muharram juga dikenali sebagai ...
Bulan Muharram
Tahun Gajah
Tahun Masihi
Maal Hijrah
Apakah peristiwa sempena Tahun Maal Hijrah?
Peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah
Peristiwa Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Berikut merupakan antara sebab berlakunya hijrah kecuali ...
Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak
Kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w di Taif
Perintah Allah mempertahankan Islam
Dakwah rasulullah s.a.w ditentang hebat oleh musyrikin Mekah
Melalui kisah penghijrahan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w dan umat islam berhijrah dari mana dan ke mana?
Dari Kota Madinah ke Kota Mekah
Dari Kota Mekah ke Taif
Dari Kota Madinah ke Baitul Maqdis
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Apakah yang dimaksudkan dengan MUHARRAM?
'Diharamkan' atau 'Dipantang' iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Penghijrahan dan perpindahan nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah
'Dibenarkan' iaitu Allah SWT membenarkan kaum muslimin dan muslimat untuk berhijrah
Memisahkan antara perkara yang haram dan perkara yang halal
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah ...
Membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah.
Berpindah dari suatu tempat ke satu tempat
Perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara rasulullah s.a.w dan musyrikin quraisy
Penghulu bulan Islam ialah...
Muharram
Rejab
Ramadhan
Syawal
Siapakah yang menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w sewaktu penghijrahan rasulullah s.a.w .
Saidina Ali bin Abi Talib
Saidina Umar Al-Khatab
Bilal bin Rabah
Saidatina Khadijah binti Khuwailid
Pembinaan masjid ini dilakukan di tapak bertepatan dengan tempat unta baginda berhenti setelah sampai di Madinah, tapak masjid tersebut adalah sebidang tanah yang dimiliki oleh dua orang anak yatim.
Manakah antara berikut ialah masjid yang disebutkan di atas?
Masjid Nabawi
Masjid Quba
Masjid al-Haram
Masjid Qari
Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu perjuangan rasulullah s.a.w. Kenyataan berikut adalah merujuk kepada golongan...
Muhajirin
Ansar
Bani Nadir
Bani Khuzaah
Siapakah yang ditugaskan menghantar makanan ke Gua Thur?
Sayyidatina Khadijah
Sayyidatina Aisyah
Asma' binti Abu Bakar
Sayyidatina Fatimah
Siapakh yang menjadi juru pandu Rasulullah s.a.w ketika perjalanan ke Madinah?
Abdullah bin 'Uraiqit
Abu Bakar As-Siddiq
Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Masoud
Peristiwa Hijrah menggambarkan ...
Perpecahan umat Islam
Perpaduan umat Islam
Ketakutan umat Islam
Kezaliman umat Islam
Apakah tahun Hijrah bagi 2021?
1440H - 1441H
1441H - 1442H
1442H - 1443H
1443H - 1444H
Berapakah bilangan bulan Hijrah atau bulan Islam?
11
12
13
14
Hari Tashriq ialah ___________ Zulhijjah
1,2,3
10,11,12
11,12,13
12,13,14
